✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dalam entry lepas anies dah beritahu yang gambar jalan-jalan ke Padang/ Bukittinggi ni tak banyak atas sebab2 tertentu.
so untuk entry ni, anies akan gabungkan cerita jalan-jalan kami dalam satu entry.
sebaik keluar dari Stasiun Tabing, dari jauh kedengaran sayup-sayup bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. so, tu tandanya waktu Zohor akan tiba dalam masa beberapa minit sahaja lagi. so, tanpa buang masa, anies pun suruh Am menuju ke....
MASJID RAYA SUMATERA BARAT
bila dah sampai Padang ni, memang wajib jejakkan kaki kat sini. sebab apa? selain bersolat, kita juga boleh menikmati rekabentuk indah dan mungkin takkan jumpa kat mana-mana tempat design masjid seperti Masjid Raya Sumatera Barat ni.
of coz, bumbung masjid inilah yang jadi tarikan ramai. tapi kalau tengok bumbung je apa kes... baiklah kita masuk dan solat sekali.
sebaik sampai, azan pun berkumandang dan kami terus ke ruang ambil wuduk. sebaik selesai, terus naik ke tingkat atas untuk solat berjemaah.
sejuk hati melihat ramai jemaah bersolat bersama. usai solat, kami duduk sekejap sambil menikmati hiasan dalaman masjid yang memukau. melihat gelagat kami, ada beberapa jemaah menegur sambil bertanyakan dari mana kami datang.
bila jawab, kami datang dari KL, masing-masing excited bercerita yang mereka ada saudara di KL laa, pernah bekerja kat KL laa dan macam2 lagi. bila berbual, terasa macam berada kat Negri Sembilan laa pulak hahaha... bezanya slang 'nogori' diorang lagi pekat hahaha...
lepas bersolat kami pun terus keluar. tapi sebelum tu haruslah bergambar kan... tanda kenangan yang kami pernah sampai di sini. insya Allah, ada rezeki pasti kami datang lagi.
suka tengok bumbung masjid ni. nampak gah dan memukau.
dan lagi snap gambar orang tengah solat 🤣🤣🤣
tertera 99 Asmaul Husna... cantik kan?
luas betul ruang solatnya...
pintu dari sebelah kanan ruang solat...
pintu masuk untuk jemaah wanita...
ruang di luar masjid dari tingkat atas...
snap dari dalam van je...
dari masjid, Am tanya kami nak makan apa. sama ada seafood atau masakan Padang. fikir punya fikir, akhirnya kami cakap, "makan apa-apa jelah, Am janji kami kenyang" 🤣🤣🤣
tapi sebelum Am bawa kami ke restoran, kami singgah di...
JAMBATAN SITI NURBAYA
tak ada apa-apa yang menarik kecuali dengan niat nak bergambar je.
sebenarnya ada cerita di sebalik jambatan ni. anies malas nak taip. korang Google-lah sendiri ya.
dari atas jambatan... sekali pandang macam perkampungan nelayan...
laluan ni akan terus ke laut...
taburan rumah-rumah penduduk...
habis bergambar walaupun kepanasan, kami terus naik van dan menuju ke...
PONDOK IKAN BAKAR CAB. KHATIB SULAIMAN
sebelum sampai sini, tak terasa pula lapar tapi sebaik ternampak ikan bakar, terus jadi 🤣🤣🤣dan sama macam restoran masakan Padang yang lain, pelbagai jenis menu dihidangkan tapi kita cuma makan / ambil yang perlu sahaja.
yang kelakarnya, bila tengok menu semua nak makan. semua nampak sedap. lepas 'berbincang', kami pilih beberapa lauk sahaja.
since kitorang duduk di tingkat atas dan menghadap laut, perghhh dia punya suasana tu tak payah cakaplah. dapat makan nasi panas2, lauk pun sedap, ikan bakar mengancam... masing2 senyap bila nasi masuk mulut.
siap bertambah ko! lepas makan, mak cik nak tapau lauk tapi anies cakap, nanti kat hotel pun ada juga kedai makan...
besar juga restoran ni... kami makan di tingkat atas...
masa ni lauk belum penuh satu meja...
sambil makan, menghadap laut dan melayan bayu laut yang.... ahhhhh...
selesai makan, kami singgah sekejap kat...
PANTAI PADANG
maaflah, anies tak tahu nama kawasan ni... just namakan Pantai Padang je...
lokasinya tak jauh pun dari restoran. saja je berhenti kat sini sebab nak hirup bau Lautan Hindi. ya laa... sebelum ni asyik hadap Selat Melaka je...🤣🤣🤣
kalau tidur kat Padang mungkin boleh kot kami bermandi manda kat sini 🤣🤣🤣
orang tak ramai masa tu... rasanya kami je kot yang ada 🤣🤣🤣
jauhnya tanah airku dari Padang. tapi bila naik flight sejam je 🤣🤣🤣
macam ni rupanya Lautan Hindi...
lepak petang2 kat sini memang syok...
boleh tahan jugalah ombak kat sini tapi manakan sama dengan Ombak Rindu🤣🤣🤣
selesai ambil gambar, kami pun bertolak ke destinasi seterusnya...
ke mana? stay tune!!
thanks 4 reading
happy weekends
daaa...
kawan2, tolong check link blog korang ya... kalau anies tak BW maknanya blog korang bermasalah. please take note.





















Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam