✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kisah ini berlaku kira-kira 4-5 tahun lepas. saya menerima mesej daripada seseorang yang mengatakan beliau mahu ikut trip saya ke Spain dan Morocco.
"Boleh saya tahu, encik XX ni biasa ke dengan konsep backpacker ni?"
"Encik XX boleh ke nak jalan kaki sehari 10KM? Lepas tu tidur kat hostel je?"
Lepas berborak-borak, dia cakap dia tak kisah dan sudah biasa dengan semua tu.
Saya ni pengendali trip secara backpacker. Sebab itulah saya tanya macam-macam dan bukan semua orang saya terima. Jadi saya terpaksalah selidik terlebih dahulu sebelum mengambil mereka untuk menyertai mana-mana trip yang saya kendalikan.
Di akhir perbualan, Encik XX meluahkan sesuatu kepada saya.
"Sebenarnya sebelum ni saya pernah tanya satu group travel untuk mengikuti mereka ke Jepun. lepas tu mereka tanya saya, apa pekerjaan saya. Saya pun jawablah, saya ni penjual sayur di pasar malam. Saya dah lama berhajat nak Jepun. Bila mereka tahu yang saya ni hanya penjual sayur, mereka terus tolak permintaan saya atas alasan saya ni cuma penjual sayur."
"Saya sedih sangat. Mungkin diorang ingat penjual sayur ni tak ada duit. Nak pergi sendiri saya memang tak tahu langsung. Dan seumur hidup saya, (usianya hampir 30an) saya tak pernah naik kapal terbang."
Akhirnya encik XX ikut trip saya ke Morocco dan Spain. Alhamdulillah, sepanjang berada di sana encik XX tak pernah timbulkan masalah. selalu beri kerjasama dan tepati waktu.
Pada akhir tahun lepas, saya terima mesej daripada encik XX. dalam mesej itu, dia sertakan sekali gambarnya bersama isteri dan anak berusia setahun di hadapan Disneyland Tokyo.
"Encik XX pergi dengan siapa?" soal saya.
"Saya pergi sendiri. tanpa agent. semua benda saya buat sendiri dari A sampai Z."
Sebak saya mendengarnya. saya terbayangkan, seandainya 4-5 tahun lepas saya tak ajak encik XX sertai trip saya hanya kerana dia penjual sayur di pasar malam, mungkin sampai hari ini dia tidak menjejakkan kaki di mana-mana negara luar.
Atau dia mungkin menjadi mangsa penipuan agent pelancongan (scammer).
::moral of the story, don't judge the book by its cover 😊😊
cerita ini diubahsuai daripada sebuah emel.
gambar sekadar hiasan
Salam Jumaat everyone!
thanks 4 reading...
daaaa









Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam