✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Synopsis:
sekembali dari Tanah Arab, Robin dapati kediamannya telah dicerobohkan dan dimusnahkan manakala teman wanitanya, Marian hilang. lantas Robin pergi bertemu Tuck untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku sepanjang ketiadaannya.
selepas itu Robin terus ke lombong dan mencari Marian. walaupun dapat bertemu Marian, sayangnya wanita itu ada bersama lelaki lain. perubahan Marian berlaku disebabkan berita yang mengatakan Robin telah meninggal dunia 2 tahun lepas sewaktu dia bertempur di Tanah Arab.
pertemuan semula Robin dengan Yahya Ibn Umar atau lebih dikenali sebagai John telah menyebabkan dia terdorong untuk mencari keadilan untuk diri dan keluarganya. meskipun berasal dari keluarga kaya, namun disebabkan kuasa yang dipegang seorang syerif, seluruh Nottingham 'terpaksa' tunduk dengan kehendaknya demi memastikan bumi Nottingham terus makmur dan terpelihara.
pun begitu, cara syerif 'menundukkan' penduduk tidak selari dengan kehendak Robin. bersama John, mereka mengatur strategi untuk menumpaskan syerif yang tamak itu.
berjayakah mereka? bagaimana pula dengan nasib Marian dan penduduk Nottingham?
anies beria nak tengok filem ni sebab tagline-nya, the legend you know, the story you don't... curious je bunyinya, kan?
sebelum komen, anies just nak share sedikit fakta tentang filem Robin Hood ni. filem Robin Hood pertama kali diterbitkan kira-kira 110 tahun yang lalu yakni pada tahun 1908. kali terakhir 10 tahun lepas (2008), Hollywood juga mengeluarkan filem judul sama. untuk menjayakan watak Robin Hood, penggambaran filem ni ditunda kerana memberi laluan kepada Taron Egerton yang terlibat dengan sekuel filem Kingsman.
okey, tentang filem ni pula... bagi anies jalan ceritanya agak cacamerba sikit. tak berapa tersusun pada sejam yang pertama. ini kerana 'kerja sebagai pencuri' bukanlah idea Robin sebaliknya ia idea John atau nama Arabnya Yahya Ibn Umar lakonan Jamie Foxx.
elemen (sensitiviti) agama dalam filem ni kerap ditonjolkan. walaupun tak ketara melalui layar tonton tapi dari segi dialog memang banyak sampai anies sendiri naik risau dan tak senang duduk.
part paling best dalam filem ni dah tentu skill memanah yang ditunjukkan Robin. kalau korang nak tahu, skill memanah ni diajar oleh Lars Andersen, Youtuber terkenal dari Denmark. produksi filem sanggup mengupah Lars demi memantapkan watak Robin dan watak2 yang lain.
overall, filem ni berjaya mengungkap 'sisi lain' Robin yang pernah kita dengar / baca / tonton. tapi kalau korang nak bawa anak-anak2 kecil untuk tonton filem ni... anies rasa tak sesuai kot... kalau orang dewasa no prob hehehe
terima kasih banyak2 budiey.com atas 2 pass tayangan perdana ni. suka tengok pass RH ni. nampak unik.
antara adengan2 dalam Robin Hood 2018:
Robin bertemu semula dengan John...
Robin sedang bertempur dengan orang gasar...
Robin menumpaskan musuhnya ketika di medan perang...
Robin bertemu Tuck, salah seorang paderi yang agak rapat dengannya di Nottingham...
Robin tidak percaya dengan keadaan rumahnya yang rosak teruk selepas kembalinya dia ke Nottingham...
credit gambar
trailer. credit video
selamat menonton!





















Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam