✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Synopsis ringkas:
Berdasarkan kisah benar, Saraswati atau
mesra dipanggil Saras mempunyai the 6th sense dan
berkebolehan melihat hantu, syaitan, iblis dan seangkatannya sejak
kecil lagi. Kelebihan yang dimilikinya itu tidak pernah diceritakan
kepada mamanya sebaliknya dia berkongsi dengan rakan baiknya Adit dan
adiknya, Laras.
Hampir saban hari dia 'didatangi'
makhluk2 halus ini sama ada di sekolah mahu pun di rumah. Suatu hari,
kawan karibnya Adit tidak hadir ke sekolah beberapa hari. Setelah
diselidik, Saras terus ke Bandung untuk menjejaki keluarga Adit.
Setiba di hadapan pntu pagar rumah Adit, Saras didatangi 'bayangan'
peristiwa Adit dibunuh. Akibat terkejut, dia pun pengsan. Sebaik
sedar, dia dapati dirinya berada dalam rumah Adit dan ibu Adit
kelihatan termenung. Apa yang mengejutkan Saras, 'pembunuh-pembunuh
Adit' itu merupakan pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat dengan
keluarga Adit.
Dan sejak itu, Saras secara tidak
langsung merungkai beberapa hal misteri di sebalik makhluk halus
yang ditemuinya.
Berjayakah Saras menyelesaikan segala
konflik yang ada? Bagaimana pula dengan penerimaan mamanya terhadap
the 6th sense yang dimiliki anaknya itu lebih-lebih lagi
selepas Saras dikatakan menjadi punca kematian adiknya, Laras?
my review:
Sebenarnya ini merupakan filem
Indonesia pertama yang anies saksikan di pawagam. kalau di seberang, mereka menggunakan judul #MerekaYangTakTerlihat tetapi untuk pasaran Malaysia, mereka tukat kepada #RohYangTakTerlihat.
Apa yang dapat
anies simpulkan, filem ini keseluruhannya tidaklah begitu
menyeramkan walaupun ada je yang dalam wayang tu terjerit2 sebab terkejut. Tambah pula bila diselitkan dengan elemen lucu. Jadi,
ada part ynag nampak macam seram tapi akhirnya bertukar jadi part lawak. Dari segi jalan cerita, walaupun berdurasi 1 jam 30 minit,
ia cukup padat dan laju tetapi penonton masih dapat menghayati setiap
babak dan plot.
daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐⭐⭐
filem ini bakal menerjah pawagam seluruh tanahair pada 12 April 2018. ingat tu, 12 April tau!
sama macam KL Special Force, kami menontonnya di MM Cineplexes E-Curve Mutiara Damansara. so, terima kasih banyak2 kepada pihak budiey.com atas dua pass tayangan perdana ini.
selain 2 pass tayangan, para tetamu diberi sekotak pop corn dan setin Coca Cola... oh dietku...
wakil produksi Malaysia sedang memberi ucapan ringkas...
wakil kepada penerbit filem ini yang dijemput khas dari Indonesia...
trailer. credit.
okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. selamat menonton!
thanks 4 reading...







Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
North Macedonia
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam