مكة المكرمة، المملكة العربية السعودية: الزيارة إلى جبل النور وأماكن مناسك الحج
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
hari ketiga @ Mekah, aktiviti kami seterusnya adalah melawat tempat bersejarah serta kawasan manasik haji.
kawasan manasik haji ni merujuk kepada lokasi-lokasi penting yang terlibat secara langsung dengan ibadah haji. kat sinilah jutaan umat Islam melaksanakan (perkara) rukun dan wajib haji.
well... kalau sesiapa pergi umrah lebih-lebih lagi dengan travel agensi, pastinya akan dibawa ke sini. kenapa? dengan cara tu (terutama bagi yang pertama kali buat umrah) akan dapat gambaran dan merasai suasana ketika musim haji berlangsung.
ya, situasi ketika musim haji memang jauhhh beza dengan musim biasa. jadinya melalui peluang sebegini jemaah akan jadi lebih bersedia sekiranya... manalah tahu kan... lepas balik umrah, rezeki menjadi duyufur rahman pula menyusul?
Bukit Cahaya (Jabal Nur)
lokasi pertama kami... tak lain tak bukan... tempat yang menjadi saksi Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama @ Gua Hira'; yang terletak di atas Jabal Nur dan jaraknya dari Mekah cuma sekitar 3-4KM je.
Gua Hira' ni kami just tengok dari jauh. ya, ada juga jemaah umrah yang ambil kesempatan untuk mendaki sampai ke Gua Hira'. aktiviti ni tak termasuk dalam pakej selalunya. kalau nak pergi, tak ada halangan. tapi kena arranged sendiri laa...
antara foto yang sempat anies snap untuk tatapan korang...
bukan group kami je yang ada kat sini...
pernah terfikir tak keadaan kat sini pada 1400 tahun yang lalu?
baru masuk pukul 8.00 pagi tapi matahari dah terik...
tak tahu laa kenapa anies suka tengok batu-batuan bukit kat sini...
short video
Padang Arafah & Bukit Kasih Sayang (Jabal Rahmah)
dari Jabal Nur ke Padang Arafah, ia mengambil masa kira-kira 30 - 45 minit untuk sampai.
Nabi SAW ada menyebut: الحَجُّ عَرَفَةُ, yang bermaksud, haji itu adalah Arafah.
well... masa kami tiba, bahang matahari betul-betul tengah menyengat. ditambah pula angin yang bawa debu pasir bersama. dalam hati sempat berbisik. kalau musim haji, entah dapat bertahan ke tak aku dengan suasana macam ni. ni baru umrah. kalau haji sebenar... Allahu Akbar... tak tahu nak cakap macam mana...
jarak dari parkir bas ke area berdekatan Jabal Rahmah agak jauh. anies rasa kasihan pula tengok ahli group yang tak larat nak jalan jauh. tapi semangat mereka... fuhhh! macam ni👍👍👍
sama macam kat Jabal Nur, kami tak daki Jabal Rahmah. just tengok dari jauh je...
Arafah starts here...
👆👇rangka khemah untuk musim haji...

Jabal Rahmah: tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa selepas 500 tahun terpisah sejurus kedua-duanya dikeluarkan dari syurga...
hospital yang terletak depan Jabal Rahmah. kalau tak silap, kata mutawif hospital ni cuma beroperasi ketika musim haji je...
bayangkan... masa ni je dah rasa ramai dan sesak... bayangkan pula ketika musim haji? mereka yang dah buat haji tentu faham suasananya...

mudah-mudahan anies dan kawan-kawan yang baca entry ni dijemput oleh-Nya dan dikurniakan rezeki berada @ sini pada Hari Arafah yang sebenar... aminnn...
Muzdalifah
dari Padang Arafah, kami melewati 2 lagi kawasan manasik haji terpenting. tapi kali ni kami tak turun bas. cuma tengok je dari jauh sambil dengar penerangan daripada mutawif.
jarak dari Arafah ke Muzdalifah lebih kurang 8KM. bagi jemaah haji, selepas wukuf di Arafah mereka akan bermalam kat sini sambil mabit (mengumpul batu) sebelum menuju ke Mina pada hari berikutnya.
BTW foto-foto yang di snap ni mungkin ada yang tak tersusun mengikut tempatnya. so minta diperbetulkan kalau ada salah (caption) ya...
👆👇laluan pejalan kaki terpanjang di dunia yang berukuran 25KM, menghubungkan jemaah dari Arafah ⇨ Muzdalifah ⇨ Mina ketika musim haji berlangsung...
Masjid Masyaír Haram. anies pasti mana-mana jemaah haji yang bermalam @ Muzdalifah, pasti pernah menunaikan solat kat sini...
short video
Mina
dan... lokasi terakhir manasik haji yang kami lewati adalah Mina. kat sini jemaah haji akan melontar di 3 Jamrah iaitu Jamratul Aqabah, Jamratul Ula dan Jamratul Wusto.
jemaah haji juga akan bermalam kat sini pada hari Tasyrik sebelum kembali semula ke Mekah.

Terowong Muassim... masih ingatkah kalian peristiwa Terowong Muassim pada tahun 1992?

khemah-khemah untuk jemaah haji👆👇
Alhamdulillah, selesai sudah lawatan singkat tapi banyak perkara kami peroleh. OTW balik dari Arafah, mutawif ada cakap lebih kurang macam ni dengan nada sayu: "tuan puan nak doa dimakbulkan tak? jadi... tuan puan ambillah kesempatan untuk berdoalah kat sini dengan bersungguh-sungguh dan insya Allah... doa tersebut pasti Allah makbulkan. percayalah! tapi, apa-apa pun tuan puan kena datang pada 9 Zulhijjah laa... kalau berdoa masa ni, saya pun tak pasti doa tu dimakbulkan atau tak..."
dari rasa nak menangis terus jadi ketawa... alahai... ustaz...😂
that's all for today...
daaa





















Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
28 Words of Lo♥e
musim haji kelip mata pun boleh hilang pasangan, huhu. teringat masa kami hajitahun 2018, makcik sama khemah kehilangan suami. suami dia stop tadah air minum masa selepas melontar. dia kelip mata tengok dah takda. semalaman makcik tu kerisauan. ustaz jenuh mencari mujur ada orang baik jumpa dan keesokan ustaz jemput pakcik tu di mekah. sebelum jumpa tu sesat kawasan bas dan kena rompak dan dikurung dalam bas. kesian sangat
ReplyDeleteOh very good photos
ReplyDeletePandai ustaz tu bergurau ye...semoga akak dapat ke sini suatu hari nanti...
ReplyDeleteterus saya google pasal terowong Muassim tu. beribu nyawa terkorban sebab terowong runtuh, Allahuakbar..
ReplyDeletekami turun kat jabal nur dengan jabal rahmah je. yg lain2 tu samalah tengok dari dalam bas je. mutawwif cakap, kalau time haji tu dahsyat giler dia punya jem. time tu lah menguji segala kesabaran sangat
ReplyDeletethank you!
ReplyDeletealhamdulillah laksana kembara jiwa jejaj tanah suci
ReplyDeleteMay Allah Grant it to me, insAllah :).. greetings from Turkiye
ReplyDeleteSemoga direzeki ke sana 1 hari nanti. InsyaAllah.
ReplyDeletevery good post, thank you very much
ReplyDeleteBeautiful photos, dear friend! I love the video, too, and was happy to see so many birds!!! :) Thank you so much for sharing your travel experiences and photos, I really love your posts!
ReplyDeleteEs un buen recorrido. Te mando un beso.
ReplyDeleteGua Hira' tu tinggilah juga kan. Kagum betul dengan Saidatina Khadijah setiap hari naik turun memhantar makanan ke baginda Rasulullah ketika baginda berkhalwat di situ. Bayangakan ketika itu usia isteri nabi 60 tahun.....
ReplyDeleteRindunya Tanah Suci. Rindu semua nya dan terkenang 2022 musim Haji kami selepas COVID. Moga dapat ke sana lagi.
ReplyDeleteAllahu Akbar, bergetar hati sy tengok tempat² ni ... Berapa rindunya nak kembali ke sana 🥹
ReplyDeleteSy doakan Anies dan semua rakan maya yg dikasihi diberikan rezeki menunaikan haji aamiin 🤲🏻
allah tinggi juga gua hira' ye kalau nak difikirkan waktu tu usia isteri nadi dah 60
ReplyDeleteUm lugar extraordinário, obrigada por compartilhar essas fotos, desejo uma feliz quinta-feira bjs.
ReplyDeletesalam ramadhan cik anies ittewww., aminn
ReplyDeleteUncle pun selalu terbayang macam mana keadaan tempat yg kita ziarah masa zaman nabi dulu... insaf...
ReplyDeleteMelihat foto-foto yang disajikan oleh mbak anies, saya rasanya sendu dan rindu. Ingin rasanya berangkat ke Saudi sana, berziarah dan menyusuri jejak nabi Muhammad.
ReplyDeleteTapi apa daya, wang belum terkumpul. Jadi ya paling hanya bisa bermain di sekitar rumah saja
Perbanyakkan doa agar kita jadi tetamu Allah pada musim haji nanti...sekali dalam seumur hidup pun alhamdulillah
ReplyDeleteNtah kapan saya dpt giliran haji itu. Daftar sudah, tp giliran dpt wassalam lah, puluhan tahun 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteTp berharap sangat bisa dpt giliran di saat arab Saudi musim dingin. Kalau saat summer, ntahlah kak, mungkin saya ikhlaskan jatah saya ke anak 😄.
Saya ingat ada lewat sinj pas umroh. Tp tak ingat berhenti atau sekedar lewat 😅😅. Agak kacau memang travel yg saya pilih waktu itu. Dah saya blacklist pun
ReplyDeleteSaya terkadang juga membayangkan keadaan di masa itu 1400 THN lalu. Seandainya yaaa mesin waktu betul2 ada, memang teringin nak lihat. Tak terbayang nabi Adam dan hawa bertemu setelah 500 tahun.. kenapa makin kesini, usia hidup manusia makin pendek 😅😅
ReplyDeleteTragedi Mina itu saya juga ingat. Luar biasa beritanya saat itu... Apalagi setahun sebelumnya papa mama saya baru balik haji
ReplyDeletePeristiwa Terowong Muassin memang meninggalkan kesan hingga kini. Rindu nya semua. Kenangan Haji 2022 takkan dilupakan, moga dapat ke sana lagi.
ReplyDeleteSyahdunyaa dari tengok gambar saja. Masih belum dapat rezeki jejak disini. In sha Allah satu hari nanti, aminn. 🤲
ReplyDeletePerkongsian yang luar biasa.. Walau sekadar melalui gambar..
ReplyDeleteSemoga satu hari kita semua akan berpeluang ke sini.. Aamiin..
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆