Selamat belajar + jaga diri, Naufal!

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Rabu lepas, kami sekeluarga turun ke KLIA T1 untuk hantar Naufal. 

Alhamdulillah... hajat Naufal nak terus sambung belajar kat luar negara (tanpa belajar bahasa asing or ikuti apa-apa kursus @ Malaysia terlebih dahulu) tercapai jua. kami melompat tumpang happy bila dapat berita ni masa cuti Maulidur Rasul bulan lepas.


bersama wakil pegawai (4 dari kiri) dari KPTM (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). kumpulan ni cuma 14 orang je (11 lelaki, 3 perempuan) dan semuanya menerima biasiswa penuh tajaan yayasan pelajaran negeri ***.


p/s salah seorang student perempuan☝tu anak kepada schoolmate umi Naufal dulu. hai... kecil betul dunia ni😀


short video - diorang akan sambung belajar ke peringkat ijazah @ Maghribi tapi bukan @ universiti yang sama sebab masing-masing ambil kursus berlainan. Naufal & 2 yang lain akan belajar @ Ibn Tofail University @ Kenitra; 39KM dari Rabat dan 139KM dari Casablanca 🎶🎵 denyutttt jantungku berdebar terasa indahnya🎵

short video - check in luggage. sebelum tu umi Naufal ada cakap... berat luggage mungkin lebih 24KG (limit untuk 1 pelajar). so anies suruh Naufal timbang sekali lagi. takut timbangan kat rumah tak sama dengan kat airport. haa... memang betul. dah terlebih 0.3KG. then umi Naufal menyampuk, tu laa nak bawa sangat ikan bilis! macam laa kat Maghribi tu tak ada ikan bilis😂


bila dah terlebih muatan tu, terpaksa laa keluarkan apa-apa yang patut termasuklah kasut dan segala casing laptop, iPad etc. dan yang kelakarnya, time tu jugalah abah Naufal mencelah: "ooo patutlah cari stand laptop tak ada!" kantoiiii😂😂

once dah keluarkan barang-barang, Naufal timbang semula. turunlah sikit 1.1KG😂 then barulah buat wrapping luggage sebelum pegawai (yang uruskan diorang) panggil untuk check in luggage.

usai check in, ada sesi taklimat ringkas daripada pegawai KPTM & yayasan. then, diorang luangkan masa dengan family sampai jam 7.15PM sebelum diminta berkumpul semula untuk mendengar amanat terakhir + bacaan doa. lepas tu, 'sesi' yang mengharukan suasana... apa lagi kalau bukan bersalaman dengan ahli keluarga yang hadir.


30 tahun lepas, kami hantar abah Naufal ke airport Subang untuk sambung belajar @ Syria. dan minggu lepas... kami hantar 'anak' abah Naufal pula ke Maghribi. how time flies... masa salam dengan ahli family lain, Naufal boleh bergelak ketawa lagi. tapi bila salam & peluk umi, abah dan adik-adik dia...😭😭😭


tak apa, Naufal. tiga tahun kat sana tu terasa kejap je nanti. tahu tahu je dah nak convo. apa-apa pun tunggu kami datang, tau!😉


scan passport & tiket. flight diorang berlepas pada 9.00PM dan akan transit @ Doha (2 jam) sebelum mendarat @ Casablanca pada pagi hari berikutnya. tiba sana, diorang akan duduk sehari kat kedutaan Malaysia sebelum dihantar ke universiti masing-masing.

short video. bye-bye bang Nopal! selamat belajar, jaga diri baik-baik dan jumpa lagi pada 2028 nanti!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

28 Words of Lo♥e

  1. Wonderful post and photos. Thank you so much for sharing. 😊

    ReplyDelete
  2. Sebak kita baca bab bersalam dan berpelukan tu. Tahniah, Naufal. Semoga Alalh swt permudahkan urusan Naufal sepanjang pengajian di sana. Betul³, pejam celik kejap jer dah 3 tahun.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Naufal, Aunty tumpang berbangga..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah Naufal dan seluruh keluarga. Semoga sukses hendaknya 🤲🏻
    Boleh la Anies menyusul, travel belah² sana pulak kan :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Semoga emua urusan Naufal di Maghribi dipermudahkan dan diberikan kelapangan.. Aamiin.. Kejap ja 3 tahun tu kan Anies..

    ReplyDelete
  6. Tahniah Naufal, semoga dipermudahkan urusan pembelajaran...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah tahniah Naufal selamat julang jaya

    ReplyDelete
  8. jarang dengar student sambung belajar kat maghribi berbanding di jordan sana. tahniah buat naufal! jaga diri di tempat orang dan semoga berjaya!

    ReplyDelete
  9. Tahniah, Naufal awak lelaki so, pasti boleh, anak saya perempuan belajar di luar negara..kini dah bekerja..dia ambil kedoktoran. So naufal good luck. Dapat saya rasa kesedihan berjauhan dengan anak ni..memang keluar air mata..apapun macam dekat ja tu, ada talian hayat,,phone..call anak bila rindu.

    ReplyDelete
  10. Tahniah dapat belajar kat oversea. Semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  11. Suerte a Nuafal. te mando un beso.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dan Tahniah. Moga cemerlang dunia akhirat.

    ReplyDelete
  13. Uncle tumpang bangga!
    Uish... 2028.... lamanya

    ReplyDelete
  14. Boa terça-feira. Com muita paz e saúde. Uma maravilhosa noite..

    ReplyDelete
  15. I follow you 1364, maybe follow back?
    you have amazing blog

    https://myfashionworldbyt.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. tahniah naufal...smoga trus cemerlang di negara org

    ReplyDelete
  17. Tahniah dan selamat maju jaya buat Nopal! ✌️

    ReplyDelete
  18. Rasa2nya kalau naik full service airlines, kelebihan sedikit 0.3 kg mereka masih maafkan. Saya selalunya naik MAS, Emirates atau Qatar airways, lebih sikit, mereka tak pernah masalahkan. Beda cerita kalau saya naik air asia. Itu baru ditimbang sangat 🤣🤣.

    ReplyDelete
  19. Apapun, congrats untuk Naufal. Belajar yg rajin, bawa hasil yg bagus saat balik ke Malaysia 😊

    ReplyDelete
  20. Tahniah Naufal.
    bertuahnya dapat sambung belajar di Morocco. Sebut Rabat dan Casablanca tu teringat kali pertama turun dari flight hujan-hujan di Casblanca. Rabat pula sungguh indah suasananya, dengan Laut Atlantik... banyak bangunan putih.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah memang genius dr parents turun ke anak. Semoga berjaya

    ReplyDelete
  22. Maghribi negara lawa jugak Nis. Casablanca dan Morocco tu subhanallah cantik tgk dlm utube

    ReplyDelete
  23. ooo mengikut ayahnya la sambugn belajar di oversea.. alhamdulillah terbaik semoga berjaya dan kembali membawa segulung ijazah dan berbakti kepada negara dan bangsa gitu huhuu..

    ReplyDelete
  24. tu dia kantoi stand laptop pun diangkut .. kantoi di situ.. hihii tak apa lah nak pergi berjuang kan.. tapi kalau airlines besar setakat lebih 0.3kg tu diorang tak kesah la.. lagi2 atas nama student.. sbb kita dulu selalu buat hahahaha... ok dah nampak anies akan ke morocco dalam setahun dua ini hahaha.. amin...!!

    ReplyDelete
  25. Tahniah Naufal! Bestnya dapat belajar dekat Morocco 🤩

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah...tercapai hajat Naufal. Mesti seronok sangat.
    Tak pasal kantoi ada barang yang dicari rupanya dibawa Naufal. hihi...
    Selamat sambung belajar dan mendapat keputusan cemerlang. Kejap je tu 3 tahun. Tahu-tahu je grad nanti.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆