Golden Triangle: Ban Sop Ruak, menyeberang sungai Mekong + Van Pak Len / GTSEZ
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebelum tulis entry ni, puas jugalah anies fikir... nak letak title apa ya... hmm...
ni kerana, Golden Triangle bukanlah milik mana-mana negara. ia cumalah suatu (kawasan) titik pertemuan sempadan bagi Thailand, Laos dan Myanmar.
disebabkan @ Ban Sop Ruak ada tugu Golden Triangle, maka tak hairanlah ramai yang anggap kawasan ni berada dalam negara Thai. tapi sebenarnya tidak.
kerajaan Thai & Laos bersepakat mahu jadikan Golden Triangle sebagai tempat tumpuan pelancong. tapi Myanmar pula tak bersedia nak ikut cara jiran mereka disebabkan konflik dalaman yang tak berkesudahan.
so secara tak langsung sukar untuk Myanmar nak bangunkan kawasan Golden Triangle (negeri Shan) supaya dikenali ramai & popular seperti Ban Sop Ruak (Thailand) dan Van Pak Len (Laos).
kalau nak cakap fasal sejarah tempat ni, hmm... tak tertaip anies dibuatnya. apa pun dapat melawat kawasan ni then naik bot ke Laos (sekali lagi!) dah cukup buat anies teruja! dalam masa beberapa jam dapat 'pergi' ke 3 negara sekaligus! siapa tak happy, kan?😁
well, part Myanmar tu kami cuma tengok dari jauh je yakni (kawasan) sungai Ruak (sungai sempadan Myanmar - Thailand) je.
hmm... anies bercerita dengan foto laa ya!
Ban Sop Ruak
jarak dari Mae Sai ke sini lebih kurang 29KM++. sebaik tiba, apa yang kami nampak dulu adalah deretan kedai yang menjual cenderamata. ya laa kan... kawasan pelancongan. selain tu, ada juga kiosk makanan & minuman dan kemudahan lain seperti tandas, parking space etc.
disebabkan pihak tour agency nak rushing naik bot, jadinya anies tak sempat nak rakam kawasan sekitar Ban Sop Ruak ni. foto yang ada ni pun diambil lepas kami balik dari Van Pak Len. tu pun tak banyak.
nama je Segitiga Emas tapi bukannya ada emas pun!😂
tak dapat masuk Myanmar, dapat bergambar berlatar belakangkan Myanmar pun jadi laaa😂😂
snap foto je. jangan tanya apa ni...👆👇😂
haa... yang ni anies tahu sebab check kat Google😂 Tung Luam Chaloem Phra Kiat...
menyeberang sungai Mekong
tambang bot (harga tiket) = 300 ke 1000 Bath per person. tapi kami punya (tiket) dah termasuk dalam pakej.
sebelum naik, semua orang wajib pakai jaket keselamatan. kat sini tak ada check passport ya walaupun kejap lagi kita nak masuk Laos.
well... cakap fasal sungai Mekong, semua orang dah tahu kan? kalau tak tahu, pergi buka balik buku teks Geografi & Sejarah sekarang!😂
short video - suasana kat jeti @ Ban Sop Ruak...
menuju ke bot...
1 group naik bot yang sama...
terjumpa foto ni kat group WA. tak tahu laa siapa yang snap. TQVM👍
atas bot...
Van Pak Len / GTSEZ
perjalanan ni ambil masa sekitar 15 - 20 minit sebelum berlabuh di jeti khas @ Van Pak Len. oh ya, GTSEZ tu adalah akronim bagi Golden Triangle Special Economic Zone.
kata tour guide, kawasan ni telah dipajak China selama 100 tahun sebelum dikembalikan kepada kerajaan Laos. so, syarikat-syarikat gergasi dari China boleh melabur kat sini tanpa sebarang cukai.
ada pros. & cons. bila guna cara ni. yang pros nya, cara ni akan buka peluang pekerjaan kepada rakyat Laos, Thai dan Myanmar a.k.a penduduk sekitar Golden Triangle. cons nya pula, ia ibarat satu penjajahan moden ke atas sesebuah negara tapi berselindung di sebalik nama pembangunan. ada nak tambah lagi pros. & cons. nya?
kawasan depan jeti. senyap, luas, cantik dan bersih👆👇kalau main layang-layang kat sini waktu petang, syok juga!

kami merayau-rayau sekitar Van Pak Len dengan buggy ni. cerita kat sini akan anies sambung minggu depan. well... kalau ada kesilapan fakta di atas, mohon perbetulkan yaa🙏
dear friends, this is an auto-published post. i'm not around at the moment, but thank you for leaving your comments. i'll be back soon...



















Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Vietnam
25 Words of Lo♥e
Lovely photos of your trip.
ReplyDeleteBila pergi negara orang, macam2 fakta dan sejarah yg kita boleh pelajari kan.
ReplyDeletecantik view sempadan tiga negara berjiran
ReplyDeleteWhat a nice trip, thanks for your sharing
ReplyDeleteMeriah gambar²nya. Wahhhh blog adek ku berwajah baru header baru. Lama benor kakak mu ni menghilang kan. Sowi² harap adek sihat² hendaknya. Miss me x?! Hakhakhak!
ReplyDeleteLindo lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteYg belah Myanmar tu yg bahaya erk Anies? Pasal kes² human trafficking...
ReplyDeleteBest la 1 trip je boleh cover 2-3 negara 👍🏻
Menarik. Rasa macam ada sama dalam perjalanan ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah, jauh wisata luaslah pengalaman..sg mekong ni femes la dulu-dulu dengar zaman sekolah men dulu subjek geografi..
ReplyDeletewoww bestnya dapat ke 3 negara sekaligus!
ReplyDeletehaha china ni kan opportunist.. orang lain punya negara pun dia nk ambil kesempatan pulak. padahal punyalah jauh sempadan antara 3 negara ni dgn negara dia. adeh
thank you
ReplyDeleteShort video tu memang betul2 short... Panjang la sikit...
ReplyDeleteMeriah bot tu. Mesti seronok jalan-jalan ramai-ramai macam ni.
ReplyDeleteMenarik traveling ke Thailand..pasti banyak kenangan indah...ke jeti lagi memang happening ..
ReplyDeletethank you very much!
ReplyDeletevery beautiful post, thank you
ReplyDeleteBelas fotos que você compartilhou, uma adorável viagem, boa semana bjs.
ReplyDeleteteringat pengalaman naik bot di pedalaman sarawak dalam satu misi, driver bot pesan awal2 jgn hulur tangan dalam air.. cantik-cantik fotonya.. pandai kakak ambik gambar.. kalau saya ambik gambar hurmm.. barai..
ReplyDeleteTak jauh dah Myanmar tu kan
ReplyDeleteThank you!
ReplyDeleteMenarik sangat journey ni... dapat explore byk tempat dan perkara baru.. Kalau dpt masuk Myanmar kan lagi best...
ReplyDeleteBila china masuk atas nama pajak, perniagaan, pelaburan maka tahu lah.. dia akan ikat negara tu dan akan berhutang dalam jangka masa yg lama huhuu..
ReplyDeleteUnik tengok binaan negara luar ni ya.....
ReplyDeletesegitiga emas nie ada dalam buku sejarah ;)
ReplyDeleteWaaah tak banyak berubah golden triangle nih. Saya sempat foto di atas gajah itu. Cuma memang dengan teman saya tak tertarik naik boat 🤣. Saya ingat kami kesana naik public bus. Ntahlaah, waktu itu kami berdua memang lagi suka2nya eksplor sendiri. 😄
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆