Buriram, Thailand: singgah Chang Arena a.k.a 'rumah' Buriram United FC

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

perjalanan dari Aranyaprathet ke Buriram mengambil masa hampir 4 jam. bas berhenti 2 kali untuk isi minyak dan ke tandas. dan sama macam sebelum ni, stesen minyak PTT Station akan jadi pilihan driver kami sebab ada kedai 7 Eleven atau kafe Amazon. driver pun dah maklum, kalau masuk PTT Station, kami pasti akan ambil kesempatan untuk 'menyinggah' 7E😂😂

well... walaupun perjalanan ni jauh dan lama, tapi anies enjoy dengan suasana / persekitaran dan pemandangan kampung, ladang, sawah dan pekan-pekan kecil dalam provinsi yang terletak di timur laut Thailand ni selain info-info baru yang dikongsikan our tour guide sepanjang perjalanan.

sekitar 12.30 tengah hari kami selamat tiba di pekarangan Chang Arena. suasana kat sini agak sunyi. yelah... mana ada orang main bola waktu tengah hari, kan?

well, cakap fasal Buriram United FC (BUFC) ni... ia lebih kurang macam pasukan bola sepak JDT @ Malaysia sekarang. BUFC ni antara kelab bola sepak 'paling berkuasa' di Thai League 1. manakala Chang Arena pula, home of BUFC.

tapi masa kami kat sini, tak ada seorang pun pemain BUFC yang muncul. mana laa tau kan... kot kot ada yang nak sambut kedatangan kami. ahaks!😂

lepas bergambar kat pekarangan Chang Arena dan kawasan sekitar, kami pun masuk ke BUFC official store. ada ahli rombongan yang mahu beli jersi BUFC. bila anies tengok price tag, fuhhh... rata-rata atas 1000 - 2000 Bath sehelai. ori punya jersi ya. bukan cap ayam😂anies cari jugalah kalau-kalau ada enamel pin BUFC tapi nan hado. keciwa haku!

hampir sejam berada kat sini, kami pun beredar. waktu Zohor pun dah masuk. jadinya elok sangatlah kalau kami cari masjid untuk solat jamak.


ni laa stadiumnya. warna biru adalah warna rasmi BUFC. tak jauh dari (belakang) stadium, ada litar go kart...

short video @ pekarangan Chang Arena...

ni laluannya kalau korang join stadium tour. tapi rombongan kami tak buat pun... nak ikut stadium tour ni ada entrance fee, ya!

main entrance of BUFC official store...

short video @ inside the BUFC offcial store...

ada ni haa... seketul bertudung merah...


okey tu je untuk hari ni.
thanks for reading
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

25 Words of Lo♥e

  1. bila tengok price tag adehh tercekikk hehehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya baca travelog ni! Dari Aranyaprathet sampai ke Chang Arena, setiap detik macam boleh rasa sendiri suasana jalan kampung dan singgah PTT Station tu 😆. Part '7E wajib singgah' tu memang relatable sangat… confirm geng 7E sejati!

    ReplyDelete
  3. jauh perjalanan luas pemandangan. nanti la bila pencen nak ke sana...

    ReplyDelete
  4. Greetings from Turkiye Anie :)

    ReplyDelete
  5. Lindo lugar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sí, es un lugar muy bonito para visitar en Buriram.

      Delete
  6. menyerlah cantik bertudung merah peminat bola sepak

    ReplyDelete
  7. Um excelente domingo, com muita paz e saúde.

    ReplyDelete
  8. Kalo dah bab bola, memang saya tak terlalu update 😄. Cuma kalo ajak Raka dia pasti suka nih, dan biasanya akan beli jersey ori nya .

    Kalo dilihat dari luar, sepintas tak terlalu mirip stadium ya. Mungkin Krn flat. Stadium biasanya kan melengkung bentuknya atau membulat 😅

    ReplyDelete
  9. Wah, perjalanan jauh tapi worth it sebab dapat singgah Chang Arena ‘rumah’ Buriram United yang power tu! Memang kena la singgah 7 Eleven dulu, tempat wajib ‘isi perut’ dan recharge tenaga. Harga jersi BUFC tu boleh buat dompet terkedu, siap ‘cap ayam’ ke? Hahaha. Next time pergi jangan lupa bawa ‘tabung poket’ siap-siap, atau cuma beli pin kalau ada, jangan sampai kecewa macam Anies! Seronok baca, rasa macam ikut jalan-jalan sama. 😂⚽️

    ReplyDelete
  10. singgah 7E tu wajib kan. hehe

    ReplyDelete
  11. Utk kita yg gegirls tk minat bola ni mmng tktau apalah 🤣 harga baju jersey ori mmng maheii, nk beli enamel pin takde pulak kann
    Ewahh merah menyala kak anies!

    ReplyDelete
  12. Tak sangka si tudung merah minat bola!

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing have a good sunday

    ReplyDelete
  14. Pertama kali dengar Buriram United FC...sebab jarang dapat info sukan dari Thailand selain sepak takraw dan Muay Thai

    ReplyDelete
  15. cikbunga lum sampai lagi kat Thailand... insyaAllah ... satu hari nanti ;)

    ReplyDelete
  16. Tourist guide pun dah tahu orang suka singgah 7E kan. hihi..baguslah memahami. Jauh takde hal kalau kita enjoy kan. Buriram United on top sekarang. Menang liga 10 tahun berturut² macam JDT.

    ReplyDelete
  17. Biasa kalau masuk kedai mcm ni nak cari fridge magnet jer hahaha.. yg lain2 tu takut nak beli hahaha..

    ReplyDelete
  18. Cantik stadium dia.. pergh!! Seram tengok harga..
    Sesekali melalui perjalanan yang hijau macam ini mesti best kan Anies..

    ReplyDelete
  19. Menyerlah si tudung merah berlatar belakang biru 😊

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆