­
Kacau dodol @ 3 Syawal - Anies♥You

Kacau dodol @ 3 Syawal

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Our unofficial family's Raya activity is back!

sebelum tu, kalau korang nak baca cerita-ceriti-ceritu kami kacau dodol pada bulan Syawal, sila klik kat SINI, SINI, & SINI ya!

kali ni kami buat atas permintaan anak-anak mak cik. diorang pakat keluar belanja then kami buat sama-sama minggu lepas.

aktiviti ni mula dalam pukul 11.30AM macam tu laa... kalau ikutkan tu, agak lewat juga. bila lambat mula, maka akan lambat jugalah nak selesai. sebab, nak buat dodol ni bukan setakat sejam dua. mungkin akan jadi lebih masa kalau berlaku hal-hal tak diingini seperti hujan.


dodol & kelapa memang tak boleh dipisahkan. jadinya, harus dibuang sabut dulu. kelapa-kelapa ni kutip kat belakang rumah anies je...

sabut & tempurung yang basah akibat terkena hujan harus dijemur. semua ni akan jadi bahan bakar untuk masak dodol. syukur pagi tu matahari sangat terik. cepat je sabut & tempurung kering.

penyediaan tungku. kami guna blok batu sebagai tungku. lepas adjust kedudukan tungku, barulah kawah dinaikkan.

kelapa yang siap dibelah, dibersihkan sebelum diparut. total kelapa yang digunakan untuk kacau dodol kali ni = 15 biji.

kelapa yang dah diparut, akan di blend + air. tujuannya untuk percepatkan proses perah santan. kami guna perahan santan pertama sahaja (pati) untuk buat dodol ni. hasil perahan, dapat 2 baldi penuh pati santan. BTW, jangan risau... santan tu tak ada bau bawang pun walaupun jug blender tu ada kesan kunyit...

selesai perah santan, unggun dihidupkan. kami guna kayu / ranting pokok getah + sabut + tempurung kelapa supaya dodol ni 'akan ada extra smoky smell'... barulah dodol rasa ummphh! anies, tu (tungku) blok batu yang buat alas rumah kayu tradisional tu, kan? ya, betul!

1 baldi santan akan dicurahkan ke dalam kawah manakala 1 baldi santan yang lain akan dicampurkan dengan tepung pulut. kami guna 2 bungkus (kampit) tepung pulut. bila dah sebati, santan + tepung pulut ditapis sebelum dicampurkan dengan santan dalam kawah. santan ni akan dimasak sampai pekat. proses ni ambil masa sekitar 30-40 min, bergantung kepada (keadaan) api. kali ni, 2 orang (serentak) akan kacau dodol. sebelum-sebelum ni seorang je (bergilir-gilir) yang buat sebab senduk cuma ada 1 je.

sementara tunggu santan jadi pekat, kami masak air gula melaka. kami guna 3KG gula melaka + 1KG gula pasir. once air gula dah masak, barulah dimasukkan ke dalam kawah. lepas tu proses kacau dodol dilakukan (non-stop) sampailah dodol masak sepenuhnya.

short video. sempat lagi tu buat video ''velocity kacau dodol'' katanya😂 kredit: TT Wil.


anies tak dapat join diorang untuk tunggu sampai dodol masak sebab dah gerak balik KL. gambar tengah kacau dodol pun tak snap sebab mem besar kau tak mandi lagi😂😂

okey... tu je laa cerita untuk hari ni... 
BTW apa aktiviti family korang time raya ni? jom share👇

thanks for reading...

daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

46 Words of Lo♥e

  1. Bestnya buat dodol sendiri, kami beli dodol di melaka je anies.. hihi... kat sarawak mmg xde dodol sangat pun... selamat hari raya anies!! maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya kak
      bli kat melaka tu kat mana?

      Delete
  2. Syok juga tu mengacau dodol ramai2.

    ReplyDelete
  3. seronok tu, kacau dodol secara tradisional...dulu , rumah pakcik nie memang akan buat..sebab dia ramai anak bujang...sekarang takde dah...diorang buat dodol pakai mesin je

    ReplyDelete
  4. Alaaa... pendek nau bideo tu!

    ReplyDelete
  5. Wahh seronok beramai2 kacau dodol. Di tempat Cuya tak merasa suasana gini

    ReplyDelete
  6. Dulu masa kecik2, aktiviti kami buat Ketupat daun palas.. Skrg beli je..

    ReplyDelete
  7. proses pembuatan dodol termasuk lama ya, aku pernah melihat sendiri dan biasanya waktu proses mengaduk yang lumayan berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sekiyar 6 - 7 jam kalau buat dari mula sampai dodol masak

      Delete
  8. very beautiful post thank you very much

    ReplyDelete
  9. Me gusta el coco. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Se pueden elaborar muchos productos a partir del coco...

      Delete
  10. rajin kacau dodol lambat nak siap tu

    ReplyDelete
  11. Uish.. Sempat lagi ye kacau dodol.. Meriah aktivitinya..
    Raya ketiga Sha dah masuk pejabat.. huhuhu..

    ReplyDelete
  12. batu alas tiang rumah tu lejen! ada tenaga lelaki yg tlg kacau dodol takpe hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb yg pompuan dah sediakan bahan..lelaki kenalah tlg kacau smpi msk

      Delete
  13. Sedapnya dodol.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  14. Seronoknya tengok aktiviti mendodol keluarga Anies. Semua buat from the scratch ikut cara tradisional haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je nk buat cr mudah guna pressure cooker😁

      Delete
  15. Because of my limited language skills, I misunderstood the word "kacau." In Indonesian, "kacau" means messy or chaotic. Ternyata maksudnya mengaduk ya ^_^

    ReplyDelete
  16. Memang tak mudah buat dodol ini ya kak. Tak terbayang saya mengaduknya pun hrs 2 orang, dan sampai dodol sebati sangat kan. Berat pasti. Yg tak biasa olahraga lengan, lenguh langsung 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul
      tp orang lelaki 💪 boleh tolong sampai masak😁

      Delete
  17. Dodol yg dulu kakak kasih ke saya, itu buat sendiri kan? Sedaaap memang. Saya suka dodol. Di sinipun ada. Tp rasa beda2. Yg sedap ada, yg tak sedap pun ada.

    Saya suka juga dodol durian. Dicampur dengan durian, jadi wangiii sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. yang tu kami buat sendiri..ok kan rasanya?😀

      Delete
  18. Saya suka dodol, apalagi yang baru masak.. Masih lembut.. Enak nyee... Gak pernah buat dodol, paling beli saja, gak kuat aduk dodol, lama nian, tapi puas dengan hasilnya ya😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya yang baru masak memang sedap. rasa macam.jem.makan dengan roti

      Delete
  19. Kacau dodol jadi have a lot of fun dengan adanya short video dan music. Goyang terus..😉

    ReplyDelete
  20. Waww mendodol tengah panas terik tu! Mesti sedapp
    Saya tolong dibalik tabir masak rendang je hahaha

    ReplyDelete
  21. Gagah nya nak berdodol.. sabar dan semangat kena tinggi tu hahahah 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 thn sekali. kalau tiap2 bln mau pengsan😁

      Delete
  22. Fuhh..salutelah dengan orang buat dodol. Kena buat dari pagi sebab prosesnya lama. Untung betul ada kelapa kat rumah, jimat banyak dah tu. Kelapa pun mahal. Mesti penat ni sebab semuanya buat secara manual dari mula. Tapi ramai-ramai cepatlah sikit kerjanya siap kan. Suka dodol yang cair sikit lepas masak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu masing2 nak tolong.. insya allah benda susah jd senang

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆