10th Invest Smart Fest 2023
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Lama tak join event yang boleh dapat ilmu free macam Invest Smart Fest ni.
anies dapat info fasal event ni pun dah last minute. so Ahad minggu lepas, lepas Zohor terus tuju KLCC Convention Center.
sebaik sampai, Datuk Asri Ahmad dah ada kat atas pentas. kalau korang dah familiar dengan saham, Bursa Malaysia etc., sure kenal punyalah dengan Datuk Asri ni.
dapat je seat anies terus tadah telinga... dengar ceramah sejam Datuk Asri. dalam perkongsian ni beliau tekankan apa langkah utama yang perlu kita tahu sebelum libatkan diri dalam saham, pelaburan dan lain-lain.
selain duit, ilmu tentang pelaburan, etc. juga perlu ada. kesilapan terbesar ramai orang buat adalah, mereka tak timba ilmu dulu. so bila rugi, tak dapat untung, modal habis macam tu je... maka mulalah nak melenting. salahkan orang lain. padahal... sendiri yang b*d*h dan sombong. tak nak belajar.
selain tu, mindset. kebanyakan yang ceburi saham, pelaburan etc meletakkan mindset: nak cepat kaya/untung besar dan tak sabar.
hari ni labur RM100. tapi esok nak RM1000. ehh... tu dah menyimpang jauh sangat. disebabkan mindset seperti inilah, ramai yang terperangkap dengan scammer, fake traders, ah long etc.
lepas sesi Datuk Asri, anies join ceramah tentang mengenali scammer dan bagaimana nak mencegah diri agar tak terjebak dengan aktiviti mereka.
panelist kali ni ada 4 orang yang terdiri daripada sarjan polis, pegawai dari Securities Commission Malaysia, pegawai dari Bank Negara dan pegawai dari MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission)
dalam sesi ni panelist menekankan aspek-aspek keselamatan, panduan dan langkah untuk mengelak scammer online. kenapa online? ni kerana orang ramai pada hari ni lebih 'rapat' dengan handphone yang mana mereka mudah terjebak dengan aktiviti scammer
aktiviti scammer offline juga ditekankan kerana masih ramai di luar sana yang tak menyedari/tak cakna hal seumpama ini.
overall, event ni sangat bagus untuk kita belajar salah satu aspek pengurusan kewangan. walaupun ada sesetengah perkara kita dah tahu tapi tak salah kalau kita ambil tahu sebagai langlah untuk sentiasa beringat.
so, macam biasa... beberapa keping foto sempat anies rakam sepanjang berada kat sini.
ruang legar KLCC CC... tampak lengang sebab dah petang. plus, masa ni hari terakhir event...
main entrance...
antara bank tempatan yang ambil bahagian...
Datuk Asri baru memulakan perkongsian...
nak tanya lebih lanjut fasal Bursa Malaysia? datang je ke booth ni. staf mereka sedia membantu...
kaunter pendaftaran...
dapat free popcorn. sedappp👍👍👍
main stage...
sesi perkongsian terakhir... di hari terakhir event...
short video...
tak sia-sia datang ke sini. dapat goodies tumbler special dari Securities Commission Malaysia, selaku salah satu organizer a.k.a 'orang kuat' event ni😀😀 kalau buka akaun CDS dengan pihak yang ambil bahagian sepanjang event ni, lagi banyak goodies boleh dapat.
well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa...
16 Words of Lo♥e
Event yang sangat bermanfaat tu...
ReplyDeleteOrang2 yang 'celik melabur' wajib hadir ni....
ReplyDeleteUncle 'celik melebur' !
sy dua2🤣
Deletebanyak produk yang ditawarkan
ReplyDeleteya. terutama produk pelaburan
DeleteEspero que vaya muy bien. Te mando un beso.
ReplyDeleteKita suka la pi tempat camni sebab banyak boleh belajar. Aritu ada buat kat sini tapi rasanya dah 3/4 tahun dah..takde plan ke diorang nak mai lagi buat tour kat ganu
ReplyDeletemungkin ada kot lps ni tp tu laa ura2 pasal kes covid naik ni... bimbang jg...
DeleteForeigners bisa tak beli saham Malaysia? Saya sendiri invest di saham juga paling banyak kak. Bursa Indonesia, dan ada beberapa saham di bursa Amerika, dan bursa inggris. Lumayan, yg inggris tiap 2x setahun saya dapat dividen nya.
ReplyDeleteMemang wajiblah utk paham sebelum terjun ke investasi. Kalo memang risk profile kita bukan speculative, jangan lah pula ambil saham atau investasi yg resiko tinggi 😄.
Saya dari dulu memang tipe speculative. Makanya LBH suka saham. Ada juga bonds, dan sebagian taro di gold bar.tapi tetap porsi saham lebih besar.
foreigner boleh beli saham malaysia esp yang sukakan saham syariah compliance.
Deletewahh bagus tu! salah satu pelaburan utk long term. kalau modal besar mana2 invest dalam mana2 saham tak jdi masalah
Bagusnya, dapat tambah ilmu tentang pelaburan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kalau bunyi macam too good to be true tu, skim cepat kaya ler tu.
ReplyDeleteAda event seperti ini ,ikutan nanam /invest saham gak😀...
ReplyDeletesenangnya mendapat ilmu plus berbagai goodie bag dengan isi yang menarik. Kami juga invest saham sebelum ini, lalu kami lepas lagi untuk merenovasi rumah. Hehehe. Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah beri rezeki untuk invest lagi tahun depan. Aamiin
ReplyDeletebyk dpt ilmu program macam ni
ReplyDeleterasanya yg jd mangsa tu sebab kurangnya ilmu
ReplyDeleteIlmu dapat, goodies pun dapat.. asyik..
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆