Bisik pada laut

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
 

Singgah di sini seketika. menghirup bayu laut sambil ralit perhati gelagat alam.

tak banyak yang berubah meski hampir setahun tak menyapa.

alunan damai deru ombak yang menghempas batuan pantai. hadir bersama bauan hamis laut yang menusuk rongga. 

sang bulu pelbagai warna, berguling-guling keriangan atas pasir. senang lagaknya bagai tak dihimpit masalah duniawi. sesekali terdengar ngiauan tatkala ada langkah mendekatinya.

hati mahu terus di sini. menjamah keindahan dan menjadi saksi seketika mentari hilang di ufuk barat. 

tapi gerimis mula menapak di wajah. ah, bila masa aku mengundangmu? 

hati memberat. jejak ini harus ditinggalkan. wahai hamparan alam membiru, aku mahu kembali lagi. membisik rasa yang terpendam.

hari baru telah bermula....

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

46 Words of Lo♥e

  1. Kalau tengok alam memang asyik dan tidak mahu berganjak.

    ReplyDelete
  2. pantai memang menggamit rasa tenang dan rasa nak duduk lama2 menikmati bayu laut, dengar deruan ombak dan hamparan laut di depan mata. Rindunya pantai kat hometown huhu

    ReplyDelete
  3. puitisnya MashaAllah. someday, zaty always has the urge nak santai dekat laut jugaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggi pujian tu Alhamdulillah... jom bersantai. cari me time

      Delete
  4. tengok laut memang menenangkan. rindu nak tengok laut jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh laa kita ke Laut Mediterranean.. ehh!

      Delete
    2. Laut Mediterranean? Omai… yang dekat-dekat sikit tak ada ke 😂

      Delete
    3. sal laa teringin nk kembali tgk laut mediterranean😂

      Delete
  5. Great blog, very inspiring! I like the way you write, very interesting. I wish you all the best in the new year!
    Greetings from Poland!

    ReplyDelete
  6. Allahuuu merdunya puitis madah pujangga cik anies. assyiiikk menghayatinya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi pujiannya tu...alhamdulillah... ilham spontan sbnr nya..

      Delete
  7. alang-alang dah guna bahasa sastera...why not tulis novel sekali tentang cinta dua alam hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta 2 alam? habis nnt novel sy kena banned😂😂

      Delete
  8. El paisaje es muy bello. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. wah..bermadah pujangga gtew...:)

    ReplyDelete
  10. Seronok baca catatan Anies yang ini. Terus buat saya rindu nak ke pantai…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima masih jom jom kita g pantai dalam nak x?😂

      Delete
  11. Masa Alloh puisinya bagus sekali 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi sangat pujiannya tu..

      btw, mbak yanti kenapa blognya ngak bisa dikomentar?

      Delete
  12. Laut dan suara deburan ombak memang seperti alunan nada yg memanggil untuk kembali kesana

    ReplyDelete
  13. Best lepak tepi pantai . Ambil angin dengar deruan ombak . Stressed out .

    ReplyDelete
  14. Kak Anies juga pandai membuat tulisan puitis 😊. Saya selalu butuh waktu lama kalo mau mikirin Kata2 berpuisi, langsung seolah blank 😅. Baca ini, rasa ingin melihat laut juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. spontan je ni mbak fanny... 😁 jom tengok laut!

      Delete
  15. Alhamdulillah.. Ada masanya kita perlu melakukan sesuatu seperti ini.. Suka baca coretan Anies yang ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa. pinjam ketenangan alam

      thanks sha👍

      Delete
  16. seronok kalau rumah dkt dgn pantai tp bila tengahari bahang la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahang kt sini ok lg kalu banding bahang kat singapore

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆