Padang, Indonesia: menaiki kereta api Minangkabau Express

10:51 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum anies cerita lebih lanjut tentang jalan-jalan ke Padang dan BukitTinggi ni, anies nak beritahu, gambar yang diambil tak sebanyak macam trip sebelum2 ni.

ni disebabkan kondisi diri yang tak berapa sihat. kejap sakit kepala, kejap sakit perut. so secara tak langsung mengganggu mood nak bergambar.

so yang mana sempat anies snap, anies akan share kat sini. insya-Allah.

>>::<<

salah satu perkara yang menyebabkan anies excited nak datang ke Padang adalah, kereta api Minangkabau Express nilah.

anies dapat info fasal kereta api ni daripada blogger Kembara GD yang datang ke Padang tahun lepas. dan beliaulah yang berkongsi pengalaman menaiki kereta api ni yang selamat dirasmikan pada May 2018.

so bila dapat naik, tak tergambar dia punya excited tahap gaban tujuh petala langit kesuma tu 🤣🤣🤣🤣 sebab tulah dalam entry sebelum ni, anies gelisah bagai nak rak bila tiba kat kaunter immigresen / kastam.

sebenarnya, dari info yang anies dapat, jadual berlepas dari Stasiun BIM (airport) ke Stasium Padang adalah pada jam 12.10 tengah hari.

flight anies pula mendarat dalam jam 11.00 pagi. so dengan pemeriksaan kastam, dengan ragam orang ramai.... pasti ia akan ambil masa lama dan barangkali angan2 nak naik kereta api mungkin akan terkubur begitu saja.

selesai pemeriksaan kastam / immigresen, anies tengok jam dah pukul 11.40 am. sebaik jumpa Am, our supir, anies terus beritahu yang kami nak naik kereta api dan turun kat Stasiun Padang.

tapi Am macam tak nak tunggu kami kat Stasiun Padang, so dia cadangkan kami turun kat Stasiun Tabing. malas nak fikir panjang, anies pun terus setuju dan kami pun berjalan kaki ke Stasiun BMI sebaik keluar dari airport.

jarak dari airport ke Stasiun BIM lebih kurang 300 meter je. tapi sebaik saja kami tiba di pintu masuk stesen, staf kereta api dah panggil kami. katanya, kereta api akan berlepas dalam masa seminit. bila tengok jam, belum lagi jam 12.10! biar betul ni? ke... anies salah tengok jadual?

apa lagi! berlarilah kami masuk ke stesen. anies pula terus ke kaunter untuk beli tiket sementara yang lain terus masuk gerabak. belum sempat kami duduk, kereta api pun bergerak meninggalkan Stasiun BIM.

fuhhh tercungap-cungap dibuatnya. yang kasihan, family anies laa sebab diorang kena berlari tadi. bila kereta api dah bergerak, diorang tanya kenapa kita tak sampai ke stesen terakhir? anies cakap, dah beritahu Am macam tu tapi dia suruh juga turun kat Stasiun Tabing. bila dengar anies cakap macam tu, diorang balas, "tak puaslah duduk dalam kereta api ni..." aduyai... terasa bersalahlah pula...

perjalanan dari Stasiun BIM ke Stasiun Tabing memakan masa lebih kurang 25 minit. sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan kampung dan bandar / pekan kecil. seronok sangat!

oh ya, suasana dalam kereta api pun smooth dan best. kerusi pun terasa macam keras je lagi dan ada 'bau kedai' hehehe... warna hijau menambahkan keceriaan dalam gerabak.

setiba di Stasiun Tabing, kami pun berjalan keluar sambil melangkah rel. rasa nostalgik sangat sebab macam dah lama je tak pijak rel kereta api. yelah, kat sini semua rel kereta api dah ada elektrik. kalau gatal2 nak pijak, memang menjemput sakaratul maut laa kau...

tapi kat sini, rel kereta api sama macam kat sini dulu. selamat je kalau pijak.

then, ketika kami baru nak cari tempat berteduh, Am dari seberang jalan dah panggil kami. laju betul dia drive dari airport...

sebaik naik van Pregio, kami pun terus ke destinasi pertama. ke mana tu?

tunggu....

Stasiun BIM (Bandara International Minangkabau) dari kawasan parking airport. nampak tak jejantas tu? kalau tak nak berpanas, korang boleh gunakan jejantas tu. tapi kalau tak silap masa anies datang, jejantas ni ditutup...

sebenarnya nak snap signage Stasiun BIM tapi tak nampaklah pula...

nilah kereta api yang bakal kami naiki...sempat lagi snap walaupun tengah berlari 🤣🤣🤣

suasana dalam gerabak... mak ko hijau kerusinya... sangat selesa dan paling penting ada air cond...


ralit melihat pemandangan di luar...


tiket... disebabkan kelam kabut, tak perasan anies terbeli tiket ke Stasiun Padang, padahal nak turun kat Stasiun Tabing... adehhh....

rasa teruja sangat bila kereta api berada di tengah2 antara jalan raya. paling best, bila ada kenderaan berhenti untuk beri laluan kepada kereta api...waduhhhh sangat nostalgik!

Alhamdulillah... kami dah sampai Stasiun Tabing... jumpa ramai kanak2 yang baru balik sekolah... pada masa sama kedengaran bacaan ayat2 suci Al-Quran menandakan waktu Zohor makin hampir...

Stasiun Tabing dari seberang jalan...

Stasiun Tabing... p/s laluan kereta api dari Stasiun BIM ke Stasiun Padang cuma memiliki 4 stasiun sahaja... (BIM - Duku - Tabing - Padang) insya allah ada rezeki lagi nak naik kereta api sampai ke Pariaman pula....

okey tu je la perkongsian untuk hari ni... thanks 4 reading.... daa...

KORANG... TOLONGLAH CHECK BLOG KORANG TU... KENAPA TAK BOLEH MASUK, EK??

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

94 Words of Lo♥e

  1. Seronok naik train tgok view kampung hijau mcm tu. Adehhhh terlebih cepat pulak train dkt sana huhu kalau KTM sini terlebih lambat pulak waduh2 mcm2 hahaha takpe pengalaman semua tu. Baca ni rasa teringin pulk nak ke sana. Cant wait for the next story!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psl... sy slh tgk jadual or train tercepat. hehehe... kalau ke padang jgn lupa naik train ni tau

      Delete
  2. wah..bestnya..ingat masa di bukit tinggi dlu-dluuuuuuuuuuuuuuu..haha..nampak nau lamanya..

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat naik kereta api baru tu hehe. Of course la rasa lain dgn yg kat sini punya :)

    ReplyDelete
  4. wah sudah berkunjung ke padang aja mba :D
    sudah bertemu dengan tari piring dengan uda dan uni nya yang ramah-ramah donk yaa

    ReplyDelete
  5. Blog akak dah lama dah org tak boleh masuk..dr tahun lepas lagi.tapi sekarang tengok page view semakin meningkat.tak tahulah ada yg dpt masuk ke tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap boleh msk kejap x... kn check tu kak ada virus kot

      Delete
  6. Wah cik Anies malah sudah menikmati keretanya... welcome to Indonesia especially to West Sumatra Cik. Enjoy your trip

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas, itu yang buat saya excited mau ke padang

      Delete
  7. Replies
    1. alamak, apa dia cakap ni? hehehe

      Delete
    2. Hahaha
      Buon itu cantik
      inizio itu artinya initial atau mula atau awal hahaha
      Belajar lah cakap Bapak itu, kalau Anies ke Italy, boleh lah praktek :)

      Delete
    3. italy belum termsk dlm travel list lg, mbak evi. tq tlg translate👍👍👍

      Delete
  8. Warna jok kursinya terlalu mencolok ya, hijau
    Wah tampak gimana gitu.
    Saya justru belum pernah ke Minangkabau

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mau tampil lain daripada yang lain, mas hehehehe

      Delete
  9. Interesting post my dear, thank you for sharing :-)

    ReplyDelete
  10. wahhh seronoknya naik ketapi!

    ReplyDelete
  11. MESTI SERONOK NAIK KERETAPI SAMBIL MENIKMATI PANORAMA ALAM INDAH SEPANJANG LALUANNYA

    ReplyDelete
  12. wah meskipun kakak dari malaysia tapi sering bepergian juga ya. keren!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini baru kali kedua datang ke indonesia hehehe

      Delete
  13. negeri padang ini selalu buat penasaran nak jejakkan kaki disana kuliner dan budayanya sungguh luar biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi naik kereta api ini lebih buat saya excited hehehe

      Delete
  14. Hijau jew tempat seats nyer🤗🤗

    ReplyDelete
  15. Minangkabau.... Jom pi negeri sembilan😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setali tiga uang, seperti pinang dibelah kampak itu dua nagari.

      Delete
    2. tapi negri sembilan kami pergi tiap2 bulan bla balik kampung😆

      Delete
  16. satu pengalamnan yang best..

    dah lama juga tidak naik komuter dan LRT..

    rindu la pulak.

    btw...memamg syok gila la dapat duduk kereta api yang selesa

    ReplyDelete
  17. Bila lah nak pi Negaraa jiran nie...

    ReplyDelete
  18. Mur mur.... Oke lah kalau nak ComPare ngan Singapore kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. singapore jgn sebut laa antara negara termahal di dunia

      Delete
  19. Replies
    1. tunggu airport baru dibuka tak lama lagi. kalau x silap laa

      Delete
  20. Padang pun salah satu dream place saya . Bestkan naik train dekat indonesia , luas dan selesa . Tiket tu macam sama je dekat train dekat station Gambir .

    ReplyDelete
  21. bestnye...

    PS: haahkan....NZ mmg memukau...sesekali jauhkan diri, bawak hati...eeehh silap, bawak adik....:)

    ReplyDelete
  22. cantik juga tempat dia, xpernah sampai lg ke sana..

    salam singgah https://sweetepalhijau.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. best sangat la aka satu ni...salam blogger jawa indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dr malaysia... thanks 4 ur comment👍

      Delete
  24. luas dan selesa juga tengok dalam train tu. seronok juga layan view luar :)

    ReplyDelete
  25. Segar pemandangan kehijauan tu.. nampak suasana pekan dan stesyen pun tenang je..

    Btw, parcel sudah selamat sampai.. alhamdulillah, terima kasih Anies! :) :)

    ReplyDelete
  26. Wah, nampak selesa keretapinya.

    ReplyDelete
  27. Duuh aduuuh... sudah sejak lama aku penasaran sama Padang, eh Kak Anies sudah main ke Padang duluan. Asyik lagi naik kereta api. Selamat berlibur di Indonesia Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti mbak einid ke padang kita pergi sama2 ya ;-)

      Delete
  28. Kak Anies coba share kuliner apa saja yang dimakan di Padang, apakah nasi Padang? Sate Padang? Atau Soto Padang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah makan semua kecuali sate padang... hehehe

      Delete
  29. Boleh ye beli tiket ke Padang tapi turun tempat lain? Kat Malaysia tak boleh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb stesen padang last sekali so kalu trn stesen awl xjd masalah. kite laa yg rugi. sbb setiap hentian harga lain2

      Delete
  30. kite bayangkan keteapi tu ada atap macam bumbung minangkabau =P

    ReplyDelete
  31. Selamat datang di Indonesia, semoga berkesan selama perjalanan disana kak..

    ReplyDelete
  32. wah keren juga pemandangannya mba

    ReplyDelete
  33. Nostalgianya naik keretapi macam nie..
    Cantik seat dia warna hijau.. ceria..

    ReplyDelete
  34. senyap-senyap dah sampai bukit tinggi ye.sila sambung entry please

    ReplyDelete
  35. Baca cerita pun dah rasa berdebar-debar. Seminit lagi nak gerak tu, cuak oii..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun mmg x sangka seawal tu kereta api bertolak. mmg kelam kabut laa jd nya heheh

      Delete
  36. Cantik ketapi dia. Tempat duduk pun nampak seles. X sesia berlari2

    ReplyDelete
  37. nasib semua tak bertukar jd mak ko hijau.. hahha. suka benar akak ni naik train

    ReplyDelete
  38. yg penting dpt tgk view lawa dan cuba train baru kan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆