Hah? cerita raya?
10:31 am
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
'Script' raya kami hampir sama je saban tahun... tiada yang 'wow' melainkan ada yang sudi hulurkan duit raya hahaha...
tahun ni, kebanyakan family members beraya di rumah mertua masing2. sebaliknya, jiran anies pula, tahun ni semua anak cucu cicit diorang balik kampung. memang penuh halaman depan rumah dengan kereta diorang sampaikan anies nak keluar pergi kedai pun tak boleh. bayangkanlah punya banyak kereta! (1 family 1 kereta. belum lagi kereta cucu cicit yang dah berkeluarga!)
tahun ni, anies start cuti hari Selasa, 4hb. Isnin, 3hb masih bekerja macam biasa. since cuti sekolah awal kali ni, so highway memang tak sesak tapi kat R&R memang penuh. anies habis kerja pukul 5.00, entah kenapa masa drive balik tu, mata punyalah mengantuk. nak tak nak kena stop juga kat R&R then zzz... terjaga je, orang dah azan Maghrib. since dah beli makanan siap2 jadi makan dalam kereta je laa...
selesai makan, baru gerak dan tuju ke R&R seterusnya. surau R&R sebelum ni penuh. selesai Maghrib, terus drive balik. tapi bila teringatkan tak beli baju raya lagi, so tukar direction ke AEON.
bukan perkara pelik kalau beli baju raya last minit. sebelum ni dah cari kat KL tapi tak menarik hati. warna yang berkenan tak ada. cari punya cari, Alhamdulillah, dapat juga.
hari berikutnya, hari untuk mengemas. memang mencabar bila tiba hari terakhir Ramadan ni. penat dia lain macam. betul tak? anies rasa macam nak pengsan. tambah pula cuaca panas.
walaupun penat, sempat jugalah masak laksa Sarawak untuk berbuka puasa. Alhamdulillah, berakhir sudah Ramadan kali ini. moga2 kita diberi kesempatan dan nyawa lagi untuk meraikan Ramadan pada tahun depan...
dan sebahagian gambar yang ada...
snap dari belakang rumah. anak2 jiran yang rasanya tak habis berbuka lagi, dah berdentam dentum main bunga api. tak tahulah berapa banyak bunga api diorang mainkan... yelah, anak pegawai imigresen... faham2 je laa hahaha
disebabkan sebelah siang tak dapat keluar sebab kereta kena block, dalam pukul 10.00 malam baru dapat terjah bazar raya. punyalah ramai manusia... anies ingatkan anies seorang je yang tak habis shopping raya...
menjadi kelaziman di masjid kampung anies... pagi 1 Syawal, lepas solat subuh pasti ada makan-makan. semua juadah ni dibawa oleh para jemaah. so secara tak langsung dapatlah merasa juadah raya jiran2 sekampung... lepas makan, sama2 bersihkan pinggan mangkuk dan ruang untuk persediaan solat hari raya...
lazim lepas makan-makan kat masjid, anies akan terus ke kubur. sebab masa ni orang tak ramai lagi. kalau pergi lepas solat raya, memang ramai dan terpaksa berhimpit sebab laluan agak sempit atau terpaksa mencelah2 di kubur. 4 kubur wajib diziarahi yakni kubur arwah atuk, arwah abah, arwah ayah dan arwah mak cik... semuanya di tempatkan di kawasan yang sama...
#teambajumerah merangkap team penyokong Liverpool. tahun ni ada 2 team raya. satu team hijau dan satu lagi team merah. anies rasa ni je kot gambar raya yang senonoh sikit. yang lain, diorang buh filter macam nak rak. konon peloles la tu. tapi bila zoom tak ubah macam muka mayat aduhhh...
raya kedua beraya di tepi jalan hahaha... yang dok belakang tu mungkin dia tak sabar nak jadi tarzan kot hahaha... since orang tua bersembang tak habis2 kami yang muda belia ni larilah keluar cari port untuk OOTD kononnya hahaha... ni pun satu. buh filter sampai tak boleh nak bincang!
jangan tiru perangai budak baju oren tu. dia kalau dapat kuih raya, dia seorang je nak bedal. orang lain dapat serdak je... hahaha... yang tepi tu dah bersedia nak jadi aunty onion letteww hahahaha
korang dapat duit raya tak tahun ni? tak dapat? hahaha bertabahlah. siapa suruh tak datang rumah anies? kan dah melopong. tahun ni korang jangan jeles ya... anies masih dapat duit raya tauuu... walaupun bukan juta jutaan...yang penting dapat. korang? nan hado hahahaha (gelak setan tersepit) - gambar sekadar hiasan -
okey tu je cerita raya kami... raya ke 6 dah masuk kerja...
korang macam mana? seronok tak raya kali ni?
thanks 4 reading...
daaa
73 Words of Lo♥e
Siapa 2 tarzan kota berfoto di ayunan, kak ? ... ,
ReplyDeleteHahahaha,kak Anies bisa deh memberi julukan begitu 😆
Aku jadi ingat pernah bergelayutan di akar pohon Bodhi berukuran raksasa ..,kayak tarzan modern 😅
lama tak buat macam tu mas... sekali sekala ketika lebaran hahahaa
DeleteIdul fitri di sana tak beda jauh dengan di Indonesia yah. Ada ketupat, masakan daging dan kue2
ReplyDeleteya mas, udah namanya serumpun... bezanya tiada rendang crispy hahaha
DeleteHehehe.... nice jokes mak Cik :)
Deletemn ada laa pak cik
DeleteCie teteh yang lagi senang-senangnya mengenang hari raya,..paling enak itu saat hari raya ketemu keluarga ya teh, ngumpul bareng, canda bareng dan makan bareng,..yeeey senangnya
ReplyDeletebetul mas... semuanya senang sekali...
Deleteakak balik kampung hari ahad pun jalan lengang je.
ReplyDeleteseronok.
tak jem. tahun ni gambar raya akak ada lebih sikit. semua org bersemangat nak bergambar gitu.
kan...sng kn kak kalau cuti awal semua org dah blk hehehe
DeleteSadly, I got no money on this Eid day :(
ReplyDeletecome here i'll give u duit raya ;-)
Deletemeriahnya raya di kg halaman. masa kanak2 dan remaja mmg sedap raya tp bila dah tua ni mcm biasa2 je.
ReplyDeletemasa ni laa cikgu nk jd mcm budak2 hehe
Deleteserasa melayuuu sekali ini mbak :D
ReplyDeleteya mas... tiada yang lebih melayu melainkan ketika lebara
DeleteSepertinya kebiasaan disana dan disini sama ya saat 1 syawal
ReplyDeleteTapi kebersamaan ngumpul keluarga lah yang membuat happy
Saat saat best nya di malam takbiran bisa sama teman teman lama
ya mas... lebaran kita sama sahaja... nama pun serumpun...
DeleteMeriah juga raya Anies, Raya kita biasa-biasa je. Penat je lebih sebab tolong kemas rumah non-stop on stop of kurang rehat sejak balik hari tu.
ReplyDeletemeriah dgn saudara mara...bkn selalu dpt mcm ni...
DeleteCheq tergelak sikit bila terbaca part bunga api tu 🤣..biasa laa tu kerja anak2 depa laa kan nak 'tolong' melupuskan hasil rampasan, dlm tengah seronot berdentum dentam tu janganlah ada yg putus jari pulak, menyesal tak sudah nnt haa..🤭
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat cikpuan blog, Maaf Zahir & Batin naa..🤝🏻🧕🏻
yg bakar org tua bdk2 kecik main bunga api hok merah tu je hehehe
Deleteselamat hari raya cik suerin
tahun ni pun beraya seperti tahun-tahun lain. cuma lainnya tahun ni ada anak buah yang pertama. meriah la sikit
ReplyDeletebest tu...anak buah lelaki ke perempuan?
Deleteramadan telah usai. saatnya bebas makan dan beli baju baru. THR telah cair.
ReplyDeletebelum habis, mas. puasa 6 syawal belum buat lagi
Deletewah komentar ny hilang ya kak anis
ReplyDeleteada. tak pergi ke mana2 pun
DeleteMakanannyaaaa bikin ngiler mbaa hahahahahahaha
ReplyDeletesabar mas, sabarrrrr
Deleteselamat hari raya nis !! Tanah kubur tu macam di kg ayah sy, pasir lembut bila terjaga cantik la. kemain selfie
ReplyDeleteselamat hari raya. bahagian atas, pasir putih mcm ni. bahagian bwh, tanah merah sbb kawasan paya yg ditambak.
Deleteoohhhh begitu
Deletekawasan bwh masih baru lg. kaw ats dah berusia lbh 100 thn kubur2 kt situ
DeleteSelamat Idul Fitri. Mohon maaf lahir dan bathin.
ReplyDeleteLaksa Serawak pasti lah sedap
salam aidil fitri buat mas aris sekeluarga
DeleteSalam 11 Syawal Anies.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin :)
ReplyDeletesalam 13 syawal en khir ;-)
DeleteHai Kak... lebaran kakak di sana meriah sekali dan ada kesamaan sih kayak di sini, terutama ziarahnya. Pasti masyarakat di sini setelah shalat banyak yang ziarah lalu keliling dari satu rumah ke rumah lain untuk mencicipi kue lebaran dan bermaaf-maafan.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Idul Fitri
Mohon Maaf Lahir dan Batin ya Kak
hai mbak einid...
Deleterasanya sama sahaja kemeriah lebaran di mana2 pun... maklum sahajalah kita kan serumpun...
salam aidil fitri buat mbak einid sekeluarga di sana ya
Ramai je yang suka shopping last raya.. lebih mengujakan.. hehehe..
ReplyDeleteCantik dan comel sampul duit raya tu..
dgn harapan dpt diskaun byk tp nan hadoooo
Deletemy raya is quite simple as we just went out to visit families. that is all. hehe
ReplyDeletebest jg tu
DeleteSaya setelah hari raya pergi ke hutan,..he-he,.pergi mancing,..loh kok curhat 😂😂😂
ReplyDeletewahhh banyak dapat ikannya?
DeleteKo Kuanyu ke hutan ketemu Tarzan nggak? Hehehe 😀
Deletemungkin hahaha
Deleteselamat hari raya =)
ReplyDeleteselamat hari raya..
Deletesye cuti 3 hari jer raya..hehe..
ReplyDeleteisnin selasa n jumaat kan? pnjg la tuuu hahaha
Deletetahun ni takde langsung orang bagi duit raya kat Mama Yan..hahaha...Kena tunggu tua sikit lagi kot...baru dapat duit raya..hahaha
ReplyDeletetu laa nape x dtg umah sy... hehehe
Deleteselamat hari raya aidilfitri! =)
ReplyDeletesalam aidilfitri
DeleteYeay! memang jalan sini nak baca cerita raya pun hehehe...
ReplyDeleteTahun ni suka-sakat Mrs. A kat kampung tak meriah sangat dengan mercun harapkan jiran jerlah berdentum-dentam macam tahun-tahun sebelum nak lawan pun tak mampu hahhaaa taukeh mercun raya Kelate da...
kannn tetiba rs nk bukak kilang mercun laa pula haha
Deleteraya ini tak tahu mengapa ngantuk nian tak pergi kemanapun di rumah je tidur seharian penuh
ReplyDeletekenapa mas? cuaca panas ke kat sana?
DeleteKat mana kampung tuan admin nie... jauh benor ke???
ReplyDeletekat marikh, tuan....
DeleteNampaknya nikmat sekali.. aku suka aku suka.
ReplyDelete-Fajarwalker.com
terima kasih selamat hari raya
DeleteHappening nya ry.. mama la tu beli Baju Raya last minute
ReplyDeleteooo ada geng rupanya hehee
Deletesehingga ke hari ini saya masih confius wajah anies..
ReplyDeletebagaimana pun selamat hari raya aidilfitri
oh ya ke?
Deletewah udah lama nih gak main di blog kak anies, makin keren dan makin rame aja nih blog nya, sukses terus ya kak, maaf baru bisa online, baru mudik lebaran nih kak di kampung halaman hehehe :D
ReplyDeleteMinal aidin wal faizin mohon maaf lahir dan batin ya kak, maafkan segala khilaf dan salah dari saya :)
thats ok mas
DeleteHaha..lawak la gambar raya yang tengah ber ootd tu. Tengah selfie ke tengah cari line orang belakang tu?
ReplyDeletetgh bergayut
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆