#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #FiveFeetApart

12:10 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Stella menghidap cystic fibrosis dan hampir separuh hidupnya banyak dihabiskan di hospital. bagi mengisi masa terluang, dia akan merakam video dan berkongsi tentang penyakit dan rawatan yang diterimanya.

suatu hari ada pesakit baru masuk ke hospital tersebut. ketika berada di wad, dia ternampak pesakit itu berada di bumbung hospital dan menyangka lelaki itu mahu membunuh diri.

sejak itu, hubungan mereka mulai rapat. namun di sebabkan Will juga menghidap penyakit sama seperti Stella, maka mereka tidak boleh rapat antara satu sama lain kerana dibimbangi akan dijangkiti kuman.

keduanya mula jatuh cinta dan Stella menggunakan satu cara agar mereka boleh rapat (ketika bersama) sekurang-kurangnya 5 kaki, bukan 6 kaki seperti yang selalu ditekankan oleh jururawat Barb.

bagaimana mereka melalui detik2 manis bersama walaupun tidak boleh menyentuh antara satu sama lain?

komen:

jujur cakap, anies amat menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ni agar ia mampu sehebat filem A Walk To Remember. tapi sayang... harapan tinggal harapan... BUT! ini bukan bermaksud anies nak spoil kan mood korang yang nak tengok filem ni ya! TIDAK SAMA SEKALI.

apa yang anies tulis kat sini hanyalah sebuah pendapat yang naif. ya, ini kisah cinta namun 'bunga-bunga' cinta itu tak banyak. mungkin sebab ia berlatar belakangkan hospital sebagai lokasi cerita. jadi 'bunga-bunga' cinta itu bagaikan tak kesampaian. faham ke?

berdurasi 116 minit agak lama bagi anies kerana konflik cerita tak banyak. tapi dari segi lakonan, Haley (Stella) dan Cole (Will) dapat deliver watak dengan baik. namun bagi anies watak2 pembantu lagi menonjol dan bersahaja selain menghidupkan lagi jalan cerita.

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐. filem ni dah masuk pawagam seluruh tanah air mulai semalam, 21 Mac 2019.

terima kasih banyak2 kepada budiey.com atas 2 pass tayangan perdana ni. cantik kan pass premiere ni? 1st time dapat pass premiere berbentuk 💛💛...

selain dua pass premiere, budiey turut memberi 2 keping pass tayangan filem Captive State. filem ni dah masuk wayang 14 Mac. dengan pass ni anies boleh tengok kat mana2 branch TVG terpilih seluruh negara pada bila2 masa as long as filem ni masih ditayangkan di pawagam. terima kasih budiey! insya Allah nanti lepas tengok anies buat review ya.

antara adengan2 dalam Five Feet Apart

Stella dan Will keluar date untuk kali pertama...

asalnya nak tengok lampu buat end up mereka berhenti di sini bermain salji seketika...

kalau tak silap, masa ni Stella sedang berbual dengan Poe. kawan sejak kecilnya yang juga pengidap CF..

Will gembira bila rakan-rakannya meraikan hari lahir untuknya... 

Will yang kecewa apabila mendapat tahu hal sebenar tentang penyakit Stella...


trailer. credit video

selamat menonton!

Salam Jumaat. daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

42 Words of Lo♥e

  1. terbaek.. nampak menarik :)

    ReplyDelete
  2. Kunjungan perdana sob, ini tentang review film ya?

    ReplyDelete
  3. My friend asked me to watch this movie with her but I declined sebab takde mood nak tengok English movie.

    I think this one of the most hyped movies recently. Betul ke?

    ReplyDelete
  4. tgk wayang lagi.. xhajak pun hakak.hehe. tunggu kluar kat tv la jawabnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dah ckp dtg KL tp x mo dtg... nasib la hehee

      Delete
  5. Bikin penasaran ni ceritanya dalam memperjuangan diri mereka melawan penyakit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. tapi perihal melawan penyakit hanya sedikit sahaja yang diceritakan haha

      Delete
  6. Sedih juga yaa..dua duanya kena penyakit yang sama...mana cystic fibrosis lagi...:(

    ReplyDelete
  7. dah agak dah, mesti movie ni lebih kurang Everything Everything.

    ReplyDelete
  8. MENARIK KISAHNYA PELAKON ENSEM N CANTIK SELAMAT MENONTON

    ReplyDelete
  9. Wahhh.. Bestnya dapat pass tayangan perdana tu. Tak sabar pula nak baca review captive state. Macam cerita ala sci-fi aje tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy br tau x semua pawagam tayangkan captive state tu

      Delete
  10. Oalah kisah romantis turun naik alur cerita nya 😊
    Terbawa emosi klo menonton nya

    ReplyDelete
  11. Oh cerita ni ke. Ramai jugak yang suggest for me to watch it. Mmg dah lama nak tengok lepas tengok trailer dia tapi asyik tak dapat je. It's okay, honest opinion is a must. Sama lah macam cerita The Fault in Our Stars and Everything Everything tu. Orang cakap best gila but bila dah tengok sendiri, macam .. meh! Especially TFIOS tu. Orang kata sedih, tapi for me tak rasa apapun, maybe I am the heartless one hahaha or I've probably watched something better that my expectations was high.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa. kalau ckp jujur org kata spoil kn cerita tp kalu ckp best sgt then org tgk sblk nya kite plak dislh kn. so terpaksa ambil jln slmt😅 yelah lain org lain citarasanya kannn

      Delete
  12. Hari ni ada plan juga nak menonton wayang sekeluarga, tp tak pasti lagi nak tonton cite apa hehee

    ReplyDelete
  13. Jadi serius nontonnya untung tidak lupa komen..😄😄 Sedih dan penuh drama..😥😥

    ReplyDelete
  14. Masih kurang bagusnya ya filmnya Kak?
    Padahal aku lumayan penasaran sama cerita cinta yang diangkat.
    Usually film cinta kan minimal bisa bergandengan tangan atau semacamnya.
    Tapi, jadi tetap nonton sih.
    Terima kasih Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya berharap ia sebagus filem a walk to remember tapi... lain yang dapat... tapi masih boleh ditonton...

      Delete
  15. Nampak sedih tapi baca review dan bintang Anies cam kurang menarik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy x leh nk ckp x best nnt spoil mood org hehehe

      Delete
  16. Suatu kisah cinta yang lain dari yang lain... boleh tonton nie...

    ReplyDelete
  17. seru banget sepertinya filem nya ya kak, kapan kapan boleh kita coba nonton bersama teman dan keluarga untuk hiburan kita ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ajak keluarga nonton sekali. ank kecil pun bisa nonton

      Delete
  18. Dilihat foto cuplikan filmnya, angle pengambilan gambar film ini bagus ...

    ReplyDelete
  19. Cystic fibrosis tu ketumbuhan la kan? Ke salah?

    ReplyDelete
  20. macam sedih jee... alaa kenapa xboleh duduk rapat2. jahatnya kuman

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆