Selamat pengantin baru Afiq + Ekin vol. 2
10:37 am
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Hari yang ditunggu2 pun tiba...
kira2 sebulan yang lepas (boleh baca kat SINI), mereka dah diijabkabulkan. so, Sabtu lepas adalah majlis sambut menantu merangkap majlis di pihak kami...
lama betul kitorang tak buat majlis macam ni. last majlis, tahun 2013 rasanya. sama macam sebelum ni, kami pilih buat kat dewan. bukan tak nak buat kat rumah, tapi disebabkan nak beri keselesaan pada tetamu, tak apa laa.... belanja lebih sikit asalkan tetamu pulang dengan senyuman. tak gituuww...
majlis bermula 11.30 pagi. tapi tetamu datang sedikit demi sedikit. so tak adalah terasa sesak. yang nak borak lama2 kat meja pun no hal hahahaha.... sapa tu??
then rombongan pengantin tiba dalam pukul 1.00 petang. tiba2 datang seorang hamba Allah ni cakap, "kak anies, tolong jadi pengapit ya?" "hah??" macam tau2 je time tu kita baru nak relaks.... aduh...tak apa laa... bukan tiap2 hari pun jadi pengapit kan... 10 tahun sekali hahahaha....
lagi satu highlight majlis ni adalah, pertemuan jejak kasih dengan saudara jauh kami. jujur cakap, anies memang tak pernah jumpa. dengar nama apatah lagi. saudara jauh kami ni anak saudara opah dari adik beradik mak pertama. kalau cakap fasal salah silah keluarga nanti ada yang pening.
make it short, anak saudara opah ni tinggal kat Aberdeen, Scotland. kahwin dengan orang sana. anak dia tak tahu laa pula berapa orang. dia balik Malaysia kali ni pun sebab tergerak hati nak cari adik beradik arwah ayah dia yang masih hidup yakni opah anies laa... itu cerita yang anies dengar...
alhamdulillah, pertemuan tak dijangka ni memang menyoronokkan. apatah lagi bila masing2 dah start berangan nak pergi Aberdeen tahun depan! ayuhhhh cepat kumpul fulussss!! hahahaha... insya allah, ada rezeki pasti tak ke mana.
okey laa tu je cerita nak share hari ni... selebihnya korang belek2 laa gambar yang ada.
anies tak pasti ni lauk apa. sama ada pacelis mangga atau daging masak kurma... korang rasa lauk apa?
buah oren sebagai pencuci mulut...
pacelis timun karot...
kacang panjang masak hijau... rasanya laa... sorry tak tahu nama... mem besar tak makan semua lauk pauk ni sebab dia makan lauk pengantin je... ye laa nama pun pengapit kennnn😆😆😆
ayam goreng...
dalca...
kari daging... semua lauk pauk ni disediakan oleh katering milik kawan Afiq... dahsyat laa budak seorang ni... dari dulu lagi, kalau ada majlis mak cik akan tempah katering dengan dia... pada hal umur belum lagi 30. ada sapa nak usha?😆😆😆
siapa datang sebelum pukul 1.00, dapat laa merasa kambing golek... kambing golek makan dengan potato wedges dan coleslaw...
aneka kuih-muih... mi goreng pun ada. oh lagi satu bubur pulut hitam pun ada...
masa ni tetamu belum ramai lagi...
budak kenit dua orang ni, dapat je guestbook dia dok conteng... aduyaiii
gambar candid kot hahaha... sebelum pengantin masuk dewan...
pengantin zaman sekarang tak macam dulu. malu2 meow je dok atas pelamin. hmmm.... tengok laa tu. sempat lagi dia membawang dengan dak Ekin hahahah
last but no least, saudara kami dari Scotland. yang bertudung hitam... 3 dari kanan... percaya tak umur dia dah 74 tahun?
okey tu je laa perkongsian hari ni... ni entry auto publish ya... mem besar dah bersenang lenang bercuti panjang... jangan tanya dia pergi mana... tu hah... ada melengkau atas katil ternak lemak hahahahah
thanks 4 reading... daaa
52 Words of Lo♥e
Hahaha.. part pengantin membawang tu tak menahan.. Tak sama macam pengantin dulu-dulu yek.. Malu-malu, jeling-jeling je.. hahaha..
ReplyDeleteSekarang ini mudah lagi kalau buat dekat dewan.. Akses untuk tetamu pun mudah, rumah tak de orang luar masuk sesuka hati dan senang kemas..
tu laa... tp bla buat kt dewan sedia je laa ongkos nya ;-)
Deletebab ongkos tu memang tak dinafikanlah.. hehehe..
Deletetp kalu x mampu buat kenduri doa selamat pun dah berbaloi
Deleteselamat pengantin baru buat pasangan ..
ReplyDelete;-)
DeleteUntungnya dapat buat jejak kasih masa majlis kahwin. Terus dapat saudara dekat Scotland :D
ReplyDeletetu laa... dah smpi hari kejadian baru kitorg tau hehehe
DeleteNampak macam bukan 74 :D Saya tengok dalam around 30an lebih.. mesti ada petua hebat mak cik tu kan.
ReplyDeletehehehe
http://www.imaginasiklasik.com
34? suka mak cik robiah kalau dia dgr ni
DeleteWow....jadi pengapit...haruslah makan ngan pengantin kannn🌷🌷
ReplyDeletex mkn dgn pengantin tp kebas lauk pengantin lps tu hahaha
DeleteJamuan pernikahan pengantin itu selalu menggoda lidah ya :D
ReplyDeletebetul betul betul
DeleteAssalamualaikum. Tahniah kerana anda telah menang segmen yg abam kie anjurkan. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah, sila layari http://www.zukidin.com/2019/02/keputusan-bloglist-exchange-segment-by.html. Terima kasih.
ReplyDeletewsalam terima kasih abam kie sy dah wasap bg details
DeleteTahniah , bertambah ahli keluarga
ReplyDeletetetima kasih kak😊
Deletescroll2 tengok gambar lauk kenduri lapaq pula jdinya ahak ahak..
ReplyDeletelaaa x mkn lg ke? ;-)
Deletesaya sentiasa lapar kak =P
Deletetak dapek nk nolong hahahaa
DeleteMasa ada kenduri memang masa untuk bertemu sedara mara kan anies
ReplyDeletetu laa nk harapkan time raya mmg x laaa
Deletefuhh..igt majlis anies tadi..klu majlis anies xjmput hakak..hakak boom blog anies ni..haha
ReplyDeletesy jemput nnt cik nor x dt siap laaa
Deletehalamak majlis kahwen! silap ssguh la singgah sini time tengah hari lapaq T_______T hehehe
ReplyDeletenasib laa ana hehehe
DeleteSelamat pengantin baru buat kedua pasangan.
ReplyDeleteSemoga diberkati Allah selalu :)
aminnnn
DeleteSelamat penantin baru. Moga jodoh kalian sampai ke syurga.
ReplyDeleteLauk kenduri semua nampak sedap ya amat!!! Terliur.
antara tarikan ke majlis kahwin... hehehe
Deletehahahah lauk sedap tp yg best tu dengar org scottish
ReplyDeletesedap makan kenduri ye...
ReplyDeletesemoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat. sedap menu :)
ReplyDeleteaminnn
DeleteW'salam dear anies..
ReplyDeleteRindu sungguh lauk pengantin.. Majlis nampak meriah, masing-masing happy dapat berjumpa saudara-mara jauh dan dekat..
apa kata bersanding skali lg? nnt dpt laa mkn lauk pengantin😆
DeleteSeronok bila dapat berjumpa dengan saudara marah ni. Lepas ni kena catatlah salah silah keluarga tu anis. Senang nak buat rujukan anak cucu akan datang. Hihi.
ReplyDeleteBestnya kalau dapat travel ke luar negara tu.
insya allah akan cuba diusahakan... ramai saudara mara (generasi baru) yg x kenal lg
DeleteAlhamdulillah, meriah!.. tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia dan diberkati hingga ke syurga.. aamiin :)
ReplyDeleteaminnnn
Deleteapabila sudah menjadi pengapit pengantin...maknanya jodoh awak kian mendekat..
ReplyDeleteuntuk itu saya ucapkan tahniah dan selamat berbahagia hingga ke jannah
aamiin
saya aminkan sahaja....
DeleteWow..74 tahun tapi nampak macam baru 50-an. Btw tahun depan bolehlah pengapit pulak dok atas pelamin tu..jangan lupa ajak tau :P
ReplyDeletejgn x dtg sudah. putus sahabat😆
DeleteLauk pengantin best wooo. Untung pengapit :D
ReplyDeletealaa kalau dpt komisyen (duit tol) jd pengapit x pe gak hahahaa
DeleteSelamat pengantin baru. .. Lama dah tak mkn nasi kenduri.
ReplyDeletemeh laa dtg kenduri sy eh ehhh
Deletecepat bt iti ke Scottish land. hahaha... membawang rupanya baju purle tu.
ReplyDeletehello beiibbyyy ,,,,,,
ReplyDeleteni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
>>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
WA @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting
bersama dengan kami CS fansbetting
kami ucapkan semat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆