✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Hari yang ditunggu2 akhirnya tiba...
Jumaat petang lepas Asar 21hb, kami pun bertolak ke Senggarang, Johor. lama betul anies tak jejak Senggarang ni. seingat anies last time anies datang masa darjah 3 kot. fuhhh...
kami tiba kat Masjid Raudhatul Jannah lima minit lagi pukul 8.00 malam. terus ambil wuduk dan solat. then rehat sekejap sebelum Isyak berjemaah.
selesai solat barulah kami bertolak ke homestay. jarak dari homestay ke masjid cuma 1/2 KM je. sampai homestay, benda pertama kena buat dulu adalah makan!! lapar beb! bila jalan jauh ni bukan petrol je kena isi, perut pun kena isi juga.
Sabtu, 22hb...
seawal 5.00 pagi masing2 dah bangun. ni kerana majlis nikah akan berlangsung pukul 8.00 pagi. eh, kenapa awal sangat? sebab hari tu tok imam akan nikahkan 3 pengantin di lokasi berlainan. jadi turn Ekin dengan Afiq ni terpaksalah mengalah ambil sesi pagi. jadi sebab tulah kami terpaksa menginap homestay. kalau nikah pukul 11.00, no problem sebab jarak dari kampung ke Senggarang ni cuma 2 1/2 jam je.
majlis nikah berlangsung kat masjid yang kami singgah pada malam sebelumnya. tetamu yang datang cuma ahli keluarga terdekat je. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. kira-kira pukul 9.00 pagi semuanya dah selesai.
dari masjid kami ke dewan untuk bersarapan pagi. memandangkan majlis bersanding pukul 2.00 petang, jadinya kami balik ke homestay dulu, lepak2, tidur2 dan sebelum Zohor, kami kembali semula ke masjid untuk berjemaah.
then, kami bertolak ke dewan Senggarang untuk majlis bersanding. majlis berlangsung macam biasa tapi 'highlight' majlis ni adalah........... dia punya hidangan... ya Rabbi... punyalah sedappppppppp namatey!
seingat anies, dah lama betul tak pekena nasi minyak sedap. selain nasi minyak, lauk pauknya terdiri daripada ayam masak merah, daging masak kicap, dalca dan pecelis nenas. anies cuma makan nasi minyak dengan daging masak kicap je. dia punya sedap tu, sampai bertambah 3 kali! siyes! memang sedap.
anies ingat tekak anies seorang je yang rasa macam tu. anies tengok cousin anies yang umur 8 tahun (makan semeja) siap bertambah 4 kali!! dia cuma makan nasi minyak dengan ayam masak merah je. lepas tu adik dia, umur 6 tahun makan daging masak kicap dengan nasi minyak, siap bertambah 5 kali! kitorang dah habis makan dia masih tambah nasi lagi. sampaikan pelayan majlis tu beberapa kali datang ke meja kitorang nak tambahkan nasi hahahaha... kalau ikutkan muka tak malu nak je cakap kat Ekin, mintak tapau nasi dengan lauk! hahaha... BTW terima kasih Aziq Catering kerana jamu kami dengan hidangan yang sedap ni...
then lepas makan, bergambar dengan pengantin, kami pun bertolak balik. Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. insya Allah, hujung bulan depan, majlis di pihak kami pula...
last but not least, selamat pengantin baru kepada Afiq dan Ekin. mudah2an rumah tangga yang dibina ini akan dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah. aminn....
kek untuk hantaran... anies tolong tempahkan kat cikgu... butter cream / victoria sandwich. gambar hantaran lain tak snap dengan hp. malas😆😆
practice lafaz nikah. dahlah panjang, tak ada skrip pulak tu. bertabahlah wahai lelaki kalau kahwin dengan orang Johor ni😆
"aku terima nikah..." lafaz kedua baru lancar... sebab afiq memang gugup masa tu😊
selesai akad, tok imam minta mempelai baca lafaz taat setia (betul ke lafaz taat setia?) dua2 kena baca. tulisan jawi lafaz tu. yang tak reti baca jawi get ready ya...😆😆
nak sign borang pengesahan nikah rasanya...
yang baju biru tu wali Ekin... tak silap adik kepada ayah Ekin...
update: baru dapat gambar ni kat WA... masa ni belum sarung gelang lagi... see... budak yang baju biru kat belakang tu😆😆😆
kebetulan ada beca milik orang masjid yang turut hadir. pengantin pinjam kejap untuk posing lepas majlis...
yeay... my new cousin. welcome to our family... dari masjid terus ke dewan untuk bersarapan... sila abaikan mem besar yang tak ready lagi tu...
ni je gambar yang ada masa bersanding. tinggi yakmat punya pelamin. gambar2 lain semua dalam kamera. malas nak transfer...
okey tu je untuk hari ni... thanks 4 reading...
daaa.....
Alhamdulillah.. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat.
ReplyDeleteaminnn
DeleteComel tngk pengantin di beca 😍
ReplyDeletesik baik org masjid tu dtg naik beca😆
DeleteSelamat pengantin baru Afiq dan Ekin. Moga perkahwinan kalian diberkati Allah dan panjang jodohnya sampai ke syurga. InsyaAllah, Amin.
ReplyDeleteKalau dah makanan sedap. Memang confirm makan bertambah-tambah kan Anies... 😅
rs nk bw blk tukang msk skali😆
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSelamat pengantin baru buat sepupu Anies
ReplyDeletejemput dtg bln dpn
DeleteDatang betul2 baru tau 😬
Deletesila2 no prob... boleh JJCM skali😆
DeleteOk Anies
Delete👌👌👌
DeleteMoga bahagia selamanya..
ReplyDeleteaminnnn
DeleteCantik pelamin dia.. semoga penganti diberkahi Allah..
ReplyDeletetapi tggi sbb ats stage😂. pastu pelamin siap bertangga😆
Deleteselamat pengantin baru! semoga berbahagia hingga ke syurga
ReplyDeleteaminnnn
DeleteSELAMAT PENGANTIN BARU PASANGAN MEMPELAI CANTIK SEPADAN
ReplyDeletekembang kalu pengantin bc komen ni😆
Deleteweiii mana pic makanan sedap tu...nak tgk jugak...nak jugak terliur samaaaaa
ReplyDeletedah kelaparan x igt nk snap😃😆
Deleteselamat pengantin baru =)
ReplyDeletepak pung pak pung (bunyi kompang)😆
DeleteSelamat pengantin baru!! ^^
ReplyDeleteterima kasih eh ehh😆
DeleteSelamat pengantin baru Afiq dan Ekin....Awet sampai kakek nenek..!!!
ReplyDeleteSaya mau juga makan nasi minyak dan ayam kicap...yummy...
jemputlah dtg nanti majlis resepsi
Deleteselamat pengantin baru!! sedap sgt lauk tu. hahaha
ReplyDeletekalau boleh nk tapau😆
Deletebaru tau nama tempat kt joho. hahaha patut tak pernah dengar
ReplyDeletesik baik org utara. jiran johor pn lom tentu tau😆
DeleteAcaranya sederhana tapi penuh hikmat. Jadi iri nih, kapan saya bisa kawani ya?
ReplyDeletemas udah nyanyi lagu wali band 'cari jodoh?' 😆
DeleteAlhamdulillah.. tahniah buat pasangan mempelai. Semoga berbahagia dan diberkati hingga ke syurga.. aamiin :)
ReplyDeleteaminnn
DeleteComelnya pasangan mempelai posing naik beca! Selamat pengantin baru!
ReplyDeleteplannyg xdirancang sbnr nya😊
DeleteSelamat pengantin baru utk sepupu Anies...lamanya tak makan nasi kenduri..laparrrr
ReplyDeleteNota: masa bw ni.. Akak blm makan lagi ok.
tggu nasi myk sy eh ehhh😆
DeleteSelamat pengantin baru buat kedua mempelai.
ReplyDeleteBagai pinang dibelah dua.
sis penah belah buah pinang x?😆
DeletePerggh... lepas akad nikah terus naik beca... terbaik la...
ReplyDeletexpenah dibuat org😆
Deletesiap dpt pinjam beca tu hehehe
ReplyDelete