欢迎来台湾

10:02 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Terlebih dahulu, anies nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat meraikan Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. mudah2an Ramadan kali ini dapat dinikmati dan dimanfaatkan semaksimum mungkin. insya allah...

okey, back to the title...

sebenarnya tak ada alasan kukuh pun kenapa anies pilih untuk ke negara ni. lepas balik Hong Kong tahun lepas, entah kenapa hati seakan terpanggil untuk ke Asia Timur lagi. sama ada ke Jepun, South Korea, North Korea atau pun Taiwan.

lepas buat timbang tara termasuklah cuti tahunan, currency etc. maka anies pun mulakanlah plan A - Z hahaha. pada awalnya nak travel solo, tapi entah macam mana, masa tengah WA si blogger NA ni... tetiba ter'ajak'lah pula dia dan dia pun terus setuju memandangkan dia belum plan cuti ke mana2 untuk 2018 ni.

bila dah sama2 setuju, benda pertama sekali yang perlu dibuat mestilah beli tiket, kan? cari punya cari, gali punya gali... Alhamdulillah... Malindo Air ada offer tix murah. kami beli pada Nov 2017 tanpa return tiket.

sebenarnya, kami masih nak pertimbangkan sama ada nak balik melalui Taipei atau Koahsiung. jadi sebab tu laa kami tak beli tix return.

lepas Nov 2017, kami mula rancang dan susun atur itinerary. then pejam celik, pejam celik, tinggal 2 bulan je lagi nak berlepas. maka, haruslah memburu tix return. Alhamdulillah, tanpa sebarang offer dari AA (sebenarnya Skyscanner yang hantar email memberitahu AA ada promo), kami dapat tix murah. RM200++ tanpa add on...

bila dah beli tix return ni, itinerary sedia ada ni, secara tak langsung pun berubah jugalah terutama hari terakhir. tapi tu bukan masalah terbesar kerana masalah terbesar yang perlu diselesaikan adalah 'menelaah kitab-kitab' Google untuk mencari info2 tambahan sepanjang berada di sana seperti restoran halal, public transport dsb.

jujur cakap, info yang ada tak banyak. maksud anies, info dalam BM tak banyak. boleh je kami refer info dalam BI tapi apa yang kita nak tu, tak ada / tak bersesuaian. jadi, nak tak nak, terpaksalah anies terjah Taiwan Visitors Association (TVA), KL untuk dapatkan extra info dan pamphlet. tak cukup dengan tu, terjah pula Matta Fair kalau2 ada info tambahan.

Alhamdulillah, penat lelah menyediakan itinerary tu terasa sangat2 berbaloi bila ia hampir 90% TEPAT! (yakni sampai hari terakhir di sana)

dan pada 26 April 2018, bermulalah 'Amazing Race' kami di bumi 'Meteor Garden' ini...

hmm... nak bebelkan apa lagi? oh... gambar ya! okey... sila nikmati apa yang ada ni dulu... gambar2 yang best akan menyusul kemudian... insya allah...

2 benda wajib...


SEBELUM BERTOLAK...


anies ke sini (TVA) untuk dapatkan info tambahan... nak tahu lokasinya kat mana? ni alamatnya: 


67, Jalan Raja Chulan, 
Bukit Ceylon, 
50200 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
operation hours: Mon - Fri (9 AM - 5.30 PM) 
closed: weekends, public holidays


atau lebih tepat lagi, di Tingkat 25, Menara Boustead, Bukit Bintang (selari dengan Hotel Istana)


kat sini, korang boleh tanya macam2 (sila berkomunikasi dalam BI sebab staf di situ adalah Taiwanese) tentang Taiwan, info2 terkini dan paling best korang akan dapat yang ni 👇👇👇👇👇secara PERCUMA!!! 

macam mana nak dapatkan pass Taoyuan Airport MRT ni secara percuma? just tunjukkan tiket flight ke Taiwan or nombor booking dan nyatakan jumlah yang akan ke sana. sebenarnya, masa ke TVA ni, anies cuma dapat 2 pass sahaja. lagi 2 pass, anies dapat masa terjah Matta Fair. so, bila dah dapat pass ni, bajet public transport dapat dijimatkan... (tambang sehala MRT ni adalah NT160 dan 1 pass valid untuk single journey sahaja)

sebahagian pamphlet, majalah etc yang diperoleh daripada TVA dan Matta Fair... tu pun tak habis khatam 😁😁😁


HARI KEJADIAN...


macam biasa... ERL laa kite...

tiba je di KLIA, terus check in sebab...

flight kami 7.15AM... sebab tu kena check in awal dan bila selesai semua urusan, barulah kami solat subuh... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...

ada cerita lawak sebaik selesai urusan imigresen... kami menonong je naik aerotrain walaupun perasan, kat pintu tu cuma tulis gate A,B dan C. dengan tanpa perasaan bersalah, kami pun naik laa sampai balai pelepasan. tiba kat sana, tercari2 gate H tapi tak ada... then tanya staf kat kaunter tu, dia cakap, naik balik aerotrain and cari gate H... hahaha... rupanya gate H satu bangunan dengan KLIA... adezzz... sasau di pagi hari...

walaupun happy tapi segan nak tunjuk muka sebab dah tersalah gate hahahaha

belum buka lagi... then kami terus cari tempat tersorok untuk solat. cari surau tapi tak jumpa...

ready for boarding...

both of us dapat seat sebelah tingkap... memang syok tapi sayang, betul2 bertentangan dengan sayap...

nasi lemak rendang ayam crispy tapi tak rupa nasi lemak... btw rendang ayam dia memang sedap!! tak tau laa memang betul2 sedap or kami tengah kelaparan hahaha

tak ramai penumpang hari tu... so, anies dengan bangganya dapat conquer 3 seat hahaha...

sama macam ke tempat lain, wajib isi arrival card ni siap2 sebelum landing... bila dah sampai baru ko nak isi, maknanya kau sendiri dah melengahkan masa kat kaunter imigresen nanti... lainlah kalau steward cakap kad dah habis... #notetomyself

Alhamdulillah... perjalanan kira2 4 jam 15 minit selamat mendarat di Taoyuan Inter. Airport pada jam 11.30 am waktu Taipei. yang best-nya, kami tak perlu tukar masa sebab waktu Taiwan sama macam Malaysia. cuma 'suasana' je macam kat Sabah. means, pukul 6 dah start gelap...

urusan imigresen berjalan lancar walaupun ramai penumpang masa tu... yang best-nya of coz laa bila dapat cop imigresen hahaha... terasa berbaloi2 lepas buat passport mahal2 hahaha...

well, lepas ni bermulalah 'Amazing Race' kami di bumi yang pernah dijajah oleh Jepun ini... so stay tuned and... see ya!

thanks 4 reading!

p/s sebahagian gambar credit to blogger NA

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

76 Words of Lo♥e

  1. Cerita pengalaman perjalanan yang seru,kak ...
    Beruntung ya pengurusan imigrasi berjalan dengan baik.

    Kutunggu cerita selanjutnya ya,kak.
    Happy trip 👍

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah Ramadhan sudah kita jalani semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lalu
    Seronoknye jalan-jalan hehe

    ReplyDelete
  3. dah macam nasi lemak mampat rupanya :D

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa Anies..

    ReplyDelete
  5. Wah, ke Taiwan pula yer bulan lepas... Bestnya...

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa, Anies. Tak sabar nak baca posts yang akan datang sebab saya memang teringin sangat nak ke Taiwan satu hari nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa farah... ya ke? insya allah... ;-)

      Delete
  7. dah 2 dekad x melancong ke luar negara. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya lps raya kenalah melancong ya abam kie ;-)

      Delete
  8. Wow best nya dpt pii taiwan.

    ReplyDelete
  9. negeri chiang kai sek tu kann., ;p

    ReplyDelete
  10. seronoknyaaaaa... anis, ajak la kin pulak ikut anis. haha

    ReplyDelete
  11. share lagi tau. hehe...wpun taiwan belum masuk list tp lps baca tix murah tergugat iman nih,hehehhe

    ReplyDelete
  12. Anies, zumal dah terima hadiah Anies hantar tu petang semalam. Thanks yer, zumal suka sangat2...

    ReplyDelete
  13. merata dia berjalan dah ye...
    puas hati ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banding ngan kak yan, akk lg hebat ;-)

      Delete
  14. Sebelum ke hongkong dan taiwan, Nak keliling kuala lumpur
    Tapi apa daya, liburan cuma sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa. nanti nak datang KL beritahu saya ya

      Delete
  15. Wahh seronok ni.. menarik! :)

    ReplyDelete
  16. Saya belum pernah keluar negeri, jadi belum pernah tahu sensani naik pesawat maupun dibandara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe 1 hari nanti pasti akan keluar negara. datang ke kuala lumpur ya!

      Delete
  17. Selamat Berpuasa kak Anies <3 ^^

    ReplyDelete
  18. North Korea padahal keren tuh, kenapa dicoret? Ckck

    ReplyDelete
  19. MESTI BNYK PNGLMN MNARIK ANIES DI TAIWAN

    ReplyDelete
  20. Wah jalan jalan terus Malaysia ke Taiwan ini Anis selamat menjalankan Ibadah Puasa Ramadhan.

    ReplyDelete
  21. Rendang memang juara, haha...rendangnya yg gua komentarin hehe

    ReplyDelete
  22. wahhh the journey begin hahah

    ReplyDelete
  23. Belum terfikir utk pergi Taiwan - mgkn lps baca post anies yg seterusnya, barulah teringin...hihihi

    ReplyDelete
  24. Wah seronoknya! Sebut pasal Taiwan, teringat ada blogger Malaysia yang belajar kat sana. Yun Sing dari lifeisgreatwithme.blogspot. Boleh anies riki2 dia kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke... masalahnya skrg kami dah blk hehehe

      Delete
  25. patut la tgk yun sing selfie sakan kt taman bunga purple mcm kita selfie kt sun yat sen anies rupanya study sana

    ReplyDelete
  26. Taiwan kena study..tak boleh aci redah macam HK. Anyway..congrats selamat pergi dan balik dengan jayanya. Akan tabah menanti next entry

    ReplyDelete
  27. Selamat berpuasa Anies eh! dah hari kelapan la hahahaha...
    Salute betulllah Mrs. A dengan seorang traveller bernama Anies semua recce sendiri ya..
    Mrs. A belum ada lagi bercuti main redah nak-nak oversea rasa macam susah tak terbuat. Kalau buat pun resultnya fail kot muahahaaaa...

    ReplyDelete
  28. Salam Ramadan al mubarak dan selamat berpuasa. Semoga segalanya berjalan lancar dan ceria2 selalu :D

    ReplyDelete
  29. Time pose ni..dah petang pulak tu, nasi lemak macam tu pun nampak sedap...hahaha.

    ReplyDelete
  30. xpernah terfikir nak bercuti ke taiwan pun, mcm best, heheh

    ReplyDelete
  31. eheee macam tahuuu je pegi dengan sapa hehe.. share la lagi info2 mana tau lepas ni rezeki nak kesana pulak hehe. seronok2..

    ReplyDelete
  32. Bestnyaaaa Anies jalan lagi. Sha tgh tunggu masa nak jalan jugak, tapi dekat2 je. Next time ajaklaaaaa kite :p

    ReplyDelete
  33. Seronok baca pengalaman Anies.. Teruja rasanya..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆