Phnom Penh, Cambodia: Independence Monument, Norodom Sihanouk Memorial, Cambodia - Vietnam Friendship Monument
1:13 pm
✿...السلام عليكم✿
Memang sengaja anies gabungkan 3 mercu utama Phnom Penh ni dalam satu entry. ini kerana, jarak antara satu monumen ke satu monumen yang lain tak berapa jauh. tak sampai sejam kami dah selesai 'tawaf' ketiga-tiga monument ni.
tambah pulak, time tu tengah panas lit lit, so, kami pun cepat2 ambil gambar dan beredar. masa tiba kat area monument ni, orang / pengunjung tak ramai pun. plus, nak masuk ke sini tak ada sebarang bayaran dikenakan.
tapi since kami bersiar-siar ni tanpa guna khidmat tuk tuk, maka ada laa beberapa orang pemandu tuk tuk tunggu je kelibat kami beredar tak jauh dari monument. ada tu jenis tak putus asa. tetap juga menunggu walaupun kami dah beberapa kali cakap tak nak (guna khidmat mereka). kami faham, mereka nak cari rezeki. tapi, kami juga harus fikirkan diri kami dulu, ya tak?
okey laa macam biasa, terimalah gambar2 yang tak seberapa ni. Insya Allah, kalau korang ke Phnom Penh satu hari nanti, bolehlah singgah2 kat sini untuk berOOTD.
INDEPENDENCE MONUMENT
kalau nak tau, Cambodia merdeka 4 tahun lebih awal dari Malaysia iaitu pada 1953. Cambodia dapat kemerdekaan daripada Perancis, bukan daripada Inggeris ya! tapi, macam mana pulak Pol Pot boleh berkuasa walaupun dah merdeka? tu cerita. yang tu kena buka buku sejarah yang ada kaitan dengan komunis.
monument ni terletak kat tengah2 roundabout. so, kami snap gambar dari jauh je laa... tak kuasa nak melintas jalan yang maha sibuk tu.
kawasan sini banyak rumah2 / pejabat2 kedutaan termasuklah yang atas ni. kenal ke tak bendera tu? tak kenal? pi masuk kelas Sejarah lah!
nampak tak pemandu tuk tuk kat sebelah kiri gambar tu? hah, dia tengah tunggu kitorang laa tu!
tak berani nak posing cam che ta. nanti kena kecam hahahahahahahahahaha
lepas beredar dari IM, on the way yje NSM, kami lalu depan kedutaan Korea Utara. masa tu pulak, kat Malaysia tengah panas dengan kejadian pembunuhan abang tiri Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam. masa ni, kejadian tu baru je seminggu berlalu...
NORODOM SIHANOUK MEMORIAL
macam yang korang tau, Cambodia ni negara beraja. pembinaan memorial ini adalah sebagai lambang kepada usaha mendiang King Norodom yang telah membebaskan Cambodia daripada penjajahan Perancis. King Norodom meninggal pada tahun 2012 dan takhta sekarang diambil alih oleh anaknya Norodom Sihamoni.
berbeza dengan Independence Monument (IM) tugu ni terletak di tengah2 dataran. lebih kurang 500m je dari IM.
kali ni kami terpaksa melintas jalan untuk sampai ke NSM...
agak luas juga dataran kat sini...
puas cari angle yang sesuai tapi tak dapat... cuma ni je laa yang ada untuk tatapan korang...
CAMBODIA - VIETNAM FRIENDSHIP MONUMENT
pembinaan monument ini bertujuan untuk mengingati kerjasama yang terjalin antara 2 negara dalam menentang kekejaman Khmer Rouge (Pol Pot) pada masa lalu. monument ni terletak di dalam kawasan yang diberi nama Botum Park.
C-VFM ni terletak kira2 600m je dari NSM dan 500 m dari istana.
kawasan sekitar C-VFM / Botum Park
sebelum tu, ni ada pesanan penaja. 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇sila take note ya!!
insya allah... stay tuned okay!
okey tu je...
salam Jumaat penuh barakah!
daaaaa
32 Words of Lo♥e
ala posing la macam che ta, sungguh ni tak kecam punya hahahah
ReplyDeletedaku tak kan terpedaya dgn rayuanmu ituuu hahaha
Deleteyayyyy anies nak wat giveaway ;)
ReplyDeletestay tuned tauu
Deleteboleh tahan busy jugak eh bandaraya dia. ada rezeki nak pergi jalan2 kat sana
ReplyDeletebetul. sgt2 sibuk!
DeleteKeren monumennya indah dipandang itu monumen apaan ya anis?
ReplyDeletemonumen yang mana satu?
DeleteAlamak macy pun kategori kena masuk kelas sejarah ni. Hihii
ReplyDeleteKat sana memang banyak monumen kan. Lebih menarik bila berjalan dengan tahu info nya sekali
ni kami jumpa pun sket je yg x nmpk lg byk agaknya
DeleteWah seru lagi jalan jalan nya
ReplyDeleteBisa dapat 3 menara sekaligus
sebab dekat antara satu sama lain
DeleteSUKANYA ANIES RONDA2 SEMUA TMPT MENARIK DI SITU...
ReplyDeleteniat ke sini pun mmg nk tgk monumen ni
DeleteGigih berjalan ye! Mujur memang dekat2 semuanya. Tak yah naik tuk tuk. Bagus kalau tau sejarah sebelum lawat monumen2 ni kan!
ReplyDeletenk jimat punya psl hahaha nasib baik smeua kaki kuat2
DeletePemandunya kok jauh-jauh gitu ya? Wah yang ditunggu malah asyik ssndiri hehe
ReplyDeleteasyiknya jalan-jalan
mereka malu agaknya haha
DeleteBanyak juga tempat bersejarah kat situ...Dpt belajar sejarah hari ni. Good sharing Anies
ReplyDeleteterima kasih ;-)
Deletesunyi betul la..
ReplyDeletebagus juga tak ramai orang..
tak hidu bau perfume semulajadi
kat tepi jln mmg x ramai tp kalu g pasar diorg perghhh
Deletebest bila sesekali bukak artikel pasal travel ni, tak pergi pun rasa macam pergi sekali. nice sharing btw :)
ReplyDeletesama2 nadhie
Deletecantik monumen diorg..
ReplyDeletebetul tu
DeleteOh...bekas jajahan perancis rupanya. Kita sokong team sejarah je, sejarah cambodia fail. Haha.
ReplyDeletehakikat pahit yg terpaksa ditelan huhuhu
DeleteMoga ada rezeki nak pergi sana juga
ReplyDeleteaminnn
DeleteApa yg saya perasan, tempat2 tu semua kawasan dia nampak bersih dan terjaga. Tengok struktur bangunan memorial tu pun nampak teguh.. menarik.
ReplyDeletekat sana kawasan awam mmg bersih dan terjaga
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆