Siem Reap, Cambodia: Chau Say Tevoda + Ta Keo
2:05 pm
✿...السلام عليكم✿
Diam tak diam, kita dah masuk minggu kedua November. cepattt sangat masa berlalu. anak2 yang bersekolah, pastinya sedang menghitung hari untuk bercuti panjang. yang menduduki UPSR tempoh hari pasti berdebar2 kerana result bakal keluar tak lama lagi kan? yang tengah exam sekarang, all the best... insya allah, kalau kita dah berusaha, pasti ada kejayaan yang menanti.
Okey laa... kita sambung lagi cerita jalan2 kat Cambodia ni. cerita sebelumnya boleh jengah kat SINI ya!
kalau ikutkan hati, memang nak je pergi semua monumen yang ada dalam kawasan Angkor Wat ni. tapi tu laa... macam anies cakap sebelum ni, kami ni level acah2 sejarah je. jadinya, tak tengok semua monumen pun tak apa. yang penting dah sampai sini. dah tengok dengan mata kepala sendiri... dah cukup syukur...
okey, sebaik keluar dari kawasan Angkor Thom melalui Victory Gate, kami singgah di salah satu menumen yang tak berapa besar sangat dari segi saiznya. orang pun tak ramai.
pada mulanya cuma nak amik gambar je. tapi tup tup kaki dah melangkah masuk. alang2 dah sampai kan... kita tinjau2 apa yang ada.
sama macam monumen sebelum ni, tak ada apa2 yang istimewa. CST ni tak lebih daripada sebuah binaan yang didirikan 100% daripada batu.
signboard Chau Say Tevoda (CST)
sama macam binaan lain, CST juga dalam proses pemuliharaan dan ia dilaksanakan hasil kerjasama dengan kerajaan China.
ni la dia CST...
jom masuk! kita tengok apa yang ada kat dalam tu... gambar: kredit blogger Nina.
pintu masuk...
bahagian dalam CST
bahagian sisi CST
tak tau apa fungsinya binaan kecik ni...
tengok dinding batunya, hampir sama macam dinding kat Angkor Wat...
sekali tengok macam Candi Lembah Bujang ;-) ni bahagian luar yang bersambung dengan CST.
sebelum beredar... moh posing dulu. suka gambar ni. tapi tu laa spoil nampak beg plastik kat belakang tu. apa2 pun thanks nina yang tolong amikkan gambar ni... kredit gambar: blogger nina.
kira2 dalam 20 minit kat sini, kami pun beredar dengan tuk tuk dan terus ke Ta Keo. berbeza dengan CST, Ta Keo (TK) ni lagi besar binaannya. barangkali hampir sama saiznya dengan Bayon.
masa sampai sini, blogger nina beritau, sebelum ni kat sini ada pelancong dari Jepun meninggal dunia sebab terjatuh dari tangga.
nak tengok macam mana tangganya tu? moh skrol sampai habis!
signboard ke Ta Keo. kena jalan sikit dari jalan utama. oh ya, bersebelahan jalan depan Ta Keo ni banyak gerai cenderamata. korang ke pandai tawar menawar laa... macam si Akmar buat. dia beli buku, dari harga 12 USD dia dapat 7 USD (kalau tak silap)
sama macam kat CST, Ta Keo juga dalam proses pemuliharaan...
kalau nak tau lebih lanjut pasal TK...
TK's front viiew... nampak macam biasa je kan? tak pe... skrol lagi!
TK - dari sisi
ni view dari bawah....
laluan koridor TK
bila dah masuk, kitorang telan liur... mak aiiii tingginya....
laluan sebelum naik ke atas
nina panjat dulu.... ni tengok dari bawah je dah seram. sempit. licin. and panas!
dia pun nak terai jugakkkkk
ni dia tangganya untuk terus ke puncak.. sanggupkah???
masih dalam TK...
rehat sat... penat sebab panas...
dalam area TK
view dari tingkat atas...
okey... tu je laa perkongsian hari ni... have a nice weekends everyone...
thanks 4 reading...
daaaa
31 Words of Lo♥e
MEMANG SUKA TENGUK BANGUA LAMA ERSEJARAH I BUAT KITA BERFIKIR KEUPAYAAN ORG DULM SENIBIA HEBAT SEKALI
ReplyDeletebetul tu kak
Deletebestnya dapat melihat sejarah lama tempat orang kan
ReplyDeleteyap... terapi jg ni hahaha
Deletebeg plastik tu boleh hilangkan pakai photoshop..haha
ReplyDeletepc cap itik nila x de photoshop hahahah
Deletepakai la cap liver bird lain kali
Deletesegan... nmpk sgt kipas susah mati hahahahaahhahhaha
DeleteSelamat berhujung minggu, Anies. Tangga dia, kusmangattttt!
ReplyDeletemoh ler terai panjat ;-)
Deletesemakin membara keinginan untuk melawat Cambodia apabila membaca catatan perjalanan ini.
ReplyDeletehaaa da x lama lg laa tu smpi rezekinya
Deletekurlass uols berjalan ke negara org hanya berseluar sukan je. che ta tgk nangis ni!!
ReplyDeletesyhhhhh... jgn habaq kat dia nooo
DeleteDari satu sudut nampak cantik tempat ni tapi ada rasa seram...
ReplyDeletemlm2 lg seram kot haha
Deletesuka lg CST sbb xpayah panjat hahaha.. gmbar lompat kt blkg tak masuk ke 😀😀
ReplyDeletesegan nk share pic tu kt sini hahaha
Deletemintak izin siap2 lah sbb xda org kenal nis kot hahaa
Delete😆😆😆
Deleteseram tengok tangga yang curam tu.huhu..btw, menarik kalau photoshoot kat sini
ReplyDeletesejuk tapak kaki
Deletetu laa... laa ni bgnn x siap lg tp dah roboh sn sini
ReplyDeleteTerasa nk g jln Sana lah Pula. Tp ayah syafi mesti xnak huhuu
ReplyDeletekena pujuk rayu tu ;-)
Deleteselalu fikir cam ner orang dulu-dulu buat monument yang ohsem itu
ReplyDeletetu la kan...
DeleteMemang seronoklaa photoshoot kat sini. Boleh acah2 hipsturr. Hehe
ReplyDeletehahaha
DeleteLembah bujang pun ahkak tak sampai lagi. Ini kan pulak tempat ni...
ReplyDeletemggu dpn cuti sekolah bleh laa ke sn😊
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆