#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #SadakoVSKayako

10:36 am

✿...السلام عليكم✿

Sapa peminat Ju-On, sila angkat keyboard?
sapa peminat Ring, sila angkat mouse?
sapa tak minat dua2, sila jangan baca entry ni!
hahaha...

well, malam semalam anies berkesempatan menghadiri tayangan perdana filem dari Jepun ni. dengar khabar, ianya antara filem seram yang ditunggu2 peminat pada tahun ni...

well, meh anies cerita sikit sinopsis filem ni...

Natsumi ingin menghadiahkan video perkahwinan ibu bapanya sempena ulangtahun perkahwinan mereka. akan tetapi video itu tersimpan dalam bentuk pita video dan dia meminta Yuri men'transfer'kan rakaman itu ke dalam DVD. apabila Yuri bersetuju, dia mengajak Natsumi ke kedai barang2 terpakai untuk menjari recoder tape. apabila pulang, mereka mula memasang tape recoder tersebut. tanpa mereka ketahui, di dalam tape recoder itu tersimpan pita video yang masih boleh ditonton lagi.

di plot yang lain, Suzuka dan keleuarganya telah berpindah ke suatu tempat di pinggir bandar. sewaktu tiba di tempat tersebut, Suzuka mendapati rumahnya berjiran dengan sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan. menurut rakan-rakan sekolahnya, di rumah yang telah lama ditinggalkan itu sebenarnya pernah berlaku pelbagai peristiwa seram. dan ketika pulang ke rumah, Suzuka menjumpai 4 orang budak lelaki berada di hadapan rumah usang itu. apabila ditanya Suzuka apa tujuan mereka berada di situ, mereka memberi alasan sekadar mahu bermain.

adakah tape video itu memberi kesan kepada Yuri dan Natsumi? bagaimana nasib 4 orang budak lelaki yang dijumpai Suzuka itu? siapa yang akan terselamat antara Natsumi, Yuri dan Suzuka? bagaimana Sayako dan Kayako 'bertemu' dan 'bergabung' pada akhirnya?

dari segi jalan cerita, ianya masih boleh dilayan dan dihayati. tapi since anies ni bukanlah peminat tegar filem2 seram, jadi filem ini anies berasakan ianya so-so sahaja. tahap 'keseramannya' tidaklah sampai meremangkan bulu roma atau membuatkan jantung berdegup kencang. anies mengharapkan lebih elemen keseraman yang ada dalam filem ni, dari mula sampai akhir. tapi sayangnya, part2 seram tu, jika dikumpulkan, durasinya ada laa dalam sekitar 35-40 minit sahaja. selebihnya, cerita2 kaitan sahaja. so, agak kecewa di situ.

dari segi lakonan, walaupun tak kenal tapi mereka dapat deliver watak dengan baik. cuma bagi anies, mereka ni perlu banyak belajar macam mana nak buat ekspresi / riak muka yang lebih ummpphh lagi. ekspresi sedih dan seram macam lebih kurang sama je...lol

well, daripada 5*****, anies beri 2 1/2** untuk movie ni

terima kasih daun keladi kepada pihak Budiey.com di atas 2 pass tayang perdana filem ini.

beberapa scene menarik dalam Sadako vs Kayako

Kayako merangkak menghampiri mangsanya

'budak seram' ni muncul lagi dan memburu mangsa yang cuba menghalangnya...

Sadako dan Kayako mula mengganas memburu mangsa mereka

Suzuka dengan beraninya memasuki rumah usang itu...

Yuri bimbang dengan keadaan Natsumi...

credit gambar
trailer: youtube.com

selamat menonton

STAY TUNED!!!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

16 Words of Lo♥e

  1. singgah pagi sini...
    adoi...cter hantu...
    x tgk ler gamaknya...x berani..

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MENONTON DAN HAYATI KESERAMANNYA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  3. aku kalau seram jepun ni aku tak minat sangat...sebab selalunya jln citer slow...
    huhu...

    ReplyDelete
  4. Reen tak minat... Lemah semangat. Kalau tengok mesti terbayang-banyang sebelum tidur. Aduh.. Tak sanggup. Reen terus scroll ke bawah untuk ke ruangan komen.. Tak sanggup tengok lame2 gambar yanh anies letak. Kuuhhhh semangat.

    ReplyDelete
  5. Hantu jepun ni suka sangat merangkak..menakutkan. ada satu cerita hantu merangkak naik tangga..ky fobia bila mlm naik turun tangga..rasa seram smpai sekarang..

    ReplyDelete
  6. bila terbaca atau tengok pasal cerita seram hantu ni...teringat harith iskandar cakap dalam lawak ke der....memang lawak

    ReplyDelete
  7. Klu citer seram korea ni mmg kena tarik nafas panjang2 sebelum menonton hahaa

    ReplyDelete
  8. takut nk tgk.. nnt terbayang2

    ReplyDelete
  9. seram atau kurang seram mesti tengok cerita ni..

    ReplyDelete
  10. lya mmg minat filem seram...
    cuma kdg2... x seram mna citer tu..sound effect terkejut j y lebih..

    trademark hntu jepun/koren msti ade mrangkak camni..hehe

    ReplyDelete
  11. Saya kurang minat sikit tengok citer seram ni. Rasanya dua2 filem ni dulupun saya tengok gitu2 je ;)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆