Anda berani tampil berbeza daripada orang lain?
10:25 am
✿...السلام عليكم✿
Pernah tak terfikir, manusia di dunia ini dah macam di‘klon’. Semuanya sama sahaja. Lahir-lahir, pergi sekolah, perlu belajar pandai-pandai, perlu kerja bagus-bagus, pakai tie, keluar pagi balik malam, berkeluarga, ada rumah, ada kereta, ada hutang. Cukup?
Cuba anda pandang kiri dan kanan anda, berapa ramai orang yang anda kenal yang ada ciri-ciri ini?
Apa yang lagi buruk, kita klonkan juga perangai-perangai yang tak bagus ke dalam diri sesama kita. Jalan raya penuh sesak dengan trafik jam tapi masjid dan surau waktu Subuh dan Maghrib sunyi sepi. Kenapa? Kerana kita semua sama sahaja. Mengejar apa yang kita rasakan penting sehingga terlupa ada yang lebih penting lagi.
Kenapa kita tak nak jadi berbeza dari orang lain? Berbeza dari sudut yang lebih baik, bangun awal pagi dapat tunaikan solat-solat sunat, dapat duduk lama-lama atas sejadah, berkomunikasi dengan Tuhan.
Kemudian, dapat buat sesuatu yang kita sangat suka dan minat dan dapat hasil yang banyak daripadanya yang boleh pula dikongsikan sesuka hati dengan orang yang memerlukan, tanpa sedikit keraguan atau ketakutan.
Kenapa kita tak nak jadi seperti itu?
Apa yang menghalang kita?
Apa yang kita takutkan?
Anda tak perlu jadi sama seperti orang lain. Cuba jadi berbeza dengan mempelajari ilmu yang dapat membantu anda menjadi orang berjaya.
sumber: emel Dr. Hj Azizan Osman.
20 Words of Lo♥e
insyallahh..
ReplyDeletemudah2an ALLAH bagi hidayah kepada kita semua.. semoga kita sentiasa dalam rahmat ALLAH.. Semoga kita sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik.. :-)
inshaAllah moga kita sama2 kearah itu..
ReplyDeleteYes agree..
ReplyDeleteDr Azizan good motivator ;)
sebab kita tak berani kot nak buat kelainan tu.. kita dah terlalu biasa dengan norm yang sama..
ReplyDeleteyg selalu org buat adalah berfesyen berbeza dr org lain ...
ReplyDeleteSalam singgah sini anies...setuju ni anies tak perlu lah kita nak jadi seperti orang lain...
ReplyDeletesalam kak anies, nice entry , kenapa kita tak nak jadi berbeza dari orang lain? I am still trying .
ReplyDeletePerh... sgt ter motivasi...
ReplyDeleteTp takat motivasi je lah...
Tak move on pun...
Haila.... huda huda...
move on huda move on ;) ... move on untuk diri sendiri gak hehe :p
DeleteBerbeza dengan cara yang lebih baik...good info ni anies..ingatan untk diri sendiri yang sellau lalai dan leka ni..huhu
ReplyDeleteApa salahnya menjadi perintis, sekiranya dapat membawa kebaikan
ReplyDeleteSetuju. Setiap dari kita berbeza dan kita harus berbangga atas perbezaan tersebut. Jangan takut untuk menunjukkan perbezaan yang baik, yang memberi kebaikan kepada orang lain. Thanks Anies untuk reminder ini :)
ReplyDeleteKita semua sama di sisi Allah swt.. yang membezakan kita semua adalah keimanan dan ketakwaan..
ReplyDeletesetuju gan anis
ReplyDeleteAda yg berani.
ReplyDeleteTapi ada jugak part2 yg masih xberani untuk lain dari orang. Hukhuk
jadilah seperti apa yang kita ingini
ReplyDeleteHidup utk diri sendiri....
ReplyDeleteayat2 yg boleh membuka mata hati.. setuju dgn kata2 tu
ReplyDeleteJadilah diri kita, yang unik, tersendiri dan kalis klon hehehe
ReplyDeleteNice sharing
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆