Majlis tahlil dan kenduri arwah

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Ingatkan tahun ni tak jadi buat sebab cousin anies tu tak sihat (kenduri ni idea dia). tup tup dia beritahu dalam group WA family, dia nak order makanan dari catering. ahh... sudah...

seminggu sebelum tu, mak cik anies beri kata putus yang dia setuju untuk proceed majlis dan menempah seekor kambing (buat lauk tambahan). so yang lain-lain tak kata apa-apa. setuju dalam diam😂


sebelum buat kerja, pekena sarapan nasi lemak mama + sambal udang mak cik. terangkatttt ko! bertambah 3 pinggan!😂


pada hari kejadian... Ahad minggu lepas... seawal pagi anies dan yang lain-lain dah sinsing lengan baju untuk buat kerja. ni kerana majlis akan bermula pada 11.30 pagi. so segalanya mesti get ready by 11.00 pagi.

once pihak catering hantar makanan, kami tak tunggu lama untuk pindahkannya ke dalam tray. pada mulanya nak letak lauk-pauk dan kuih-muih di atas satu meja. tapi tak muat ni semua salah meja sebab kecik sangat😂

menu order daripada katering

nasi beriyani

dalca sayur. yang ni cousin tak order sebenarnya. tapi pihak katering bagi free...

kari kambing

ayam masak merah. ada satu lauk lagi = acar timun. lupa nak snap foto 😅


family anies ni bukan boleh percaya sangat. kononnya cukup 2-3 jenis lauk. last last keluar 4-5 jenis lauk! kuih dan pencuci mulut macam tu juga. mulanya 3 jenis kuih pun dah memadai. sekali bila dah hidang, sampai senget meja dibuatnya😂

lauk-pauk masak sendiri

nanas masak lemak + ikan masin

jelatah nanas + timun + bawang

paru sambal belado

acar buah kedondong

nasi putih

kuih-muih + pencuci mulut yang terdiri daripada: kuih donat, kuih cara berlauk, agar-agar santan gula merah, kuih seri muka, kek pisang (yang ni beli kat kedai), tauhu sumbat, kuih lopes dan tembikai.

yang tak nak makan nasi, boleh cuba nasi impit yang dijudukan dengan👇👇

sambal udang dannn...

sambal sotong (rendam)

air sirap limau ais + biji selasih hasil buatan mem besar ko😂 bukan nak angkat bakul laa... tapi ramai cakap, air ni memang ngam bila makan dengan lauk-pauk di atas. sebabnya? ia 'terlebih' masam dan tak manis. ditambah pula cuaca panas lit lit. perghhh sekejapan je dah habis...


then, jangkaan kami memang tepat. seawal jam 11.00 pagi orang masjid dah sampai. seorang demi seorang tiba sampailah pak imam tiba tepat pada 11.30 dan seterusnya memimpin tahlil, bacaan surah Yaasin dan doa.


masa ni tetamu belum ramai lagi. orang masjid je ni...


lepas tu, barulah sesi menjamu selera dan dalam tempoh tu, seorang demi seorang tetamu hadir yang terdiri daripada saudara-mara, orang kampung dan jemaah masjid a.k.a geng masjid mama😂


goodies a.k.a berkat untuk tetamu...


Alhamdulillah... majlis berakhir jam 3.00 petang... next... masa untuk mengemas! get, set, go!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

24 Words of Lo♥e

  1. Alhamdulillah...rezeki. dapat tetamu merasa lauk pauk yang sedap2..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah mewah rezeki kenduri menu sedap semua

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah meriah semua menunya tu.

    ReplyDelete
  4. Saya tertarik sekali dengan kari kambing dan masakan parunya itu. Tentu nikmat ya.

    ReplyDelete
  5. Rugi saya tak dapat selit situ. Semuanya sedap belaka. Dalca tu lama saya tak makan.

    ReplyDelete
  6. Wah, meriah sungguh hidangan kenduri ni.
    Dari nasi beriyani sampai kuih seri muka, semua nampak sedap. Air sirap limau ais tu pun memang padu, sesuai betul dengan cuaca panas.

    ReplyDelete
  7. Me alegro que todo haya salido bien. Te mando un beso.


    ReplyDelete
  8. Lots of interesting dishes. I have tried goat 🐐 once...about 30 years ago. I don't believe it was curried, that I can remember.
    I cannot eat any food that is too hot or spicy.
    I love ❤️ rice.
    The goat that I had was delicious 😋 and tender...and it was with carrots and onions with a delicious sauce and served with rice.

    ReplyDelete
  9. Cardápios deliciosos deu água na boca, feliz semana bjs.

    ReplyDelete
  10. Kak aniiiieeeeesssssss, saya rinduuuuuu nasi lemak buatan mama kakak yg kayak di Melaka 😍😍😍😍😍😍. Seriuuuuuuus itu sedaaaaap sangaaaaaaaat 🤤🤤🤤❤️❤️❤️.

    ReplyDelete
  11. Melihat aneka menu di atas, memang saya akan lama di sana kalau ikut acara 😄😄. Nak coba 1-1 menu hahahaha.

    ReplyDelete
  12. Eh saya adalah diksh bumbu instan dalam oleh kak Mulan. Nak buat nanti, rencana pakai nenas. Tapi dalca di atas pakai terong yaa? Baru tahu pula... Tapi yakin sedaaaap.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah seronoknya majlis, sama2 keluarga dan saudara prepare dan tolong menolong. Menu semua sedap nya especially air tu lah 😍

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, dah selamat majlisnya. Makanan semua nampak sedap 👍🏻

    ReplyDelete
  15. Bom dia minha querida amiga Anies. Esse banquete parece ser muito gostoso. Grande abraço do seu amigo carioca e do Brasil.

    ReplyDelete
  16. Mak aih segala jenis lauk ada tu 😍
    Seronok semua berpakat gini, senang nak urus majlis

    ReplyDelete
  17. Besar-besaran nampaknya ni Anies.

    ReplyDelete
  18. kalau dah tempah kambing tu...wajib pergi...menu sedap menanti

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah majlis berjln lancar..menu pn byk tu

    ReplyDelete
  20. Sedap2 semua menu. Meriahnya jamu orang makan.
    Aduuu ada sambal paru tu sedapnyaaa. Mesti paling laku keras kan

    ReplyDelete
  21. Sambal paruuuu, yummsss. Lama betul tak makan lauk macam ni.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆