Bangkok, Thailand: jalan-jalan sekitar Grand Palace dan singgah Chatuchak Weekend Market
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas check out hotel, bas terus bawa kami ke area (berhampiran) istana. kalau ikut itinerary asal, tiada lawatan ke sini. tapi disebabkan ada situasi genting tengah berlaku masa tu (beberapa kawasan @ selatan Thailand dilanda banjir), jadinya pihak tour agensi terpaksa ubah itinerary supaya masa kami balik nanti, bas boleh elak kawasan banjir.
well, anies tak tahu nak tulis apa fasal lawatan ni. our tour guide cuma sebut, ni bangunan kerajaan... ni bangunan bersejarah etc... tapi macam biasa laa... dengar je. mata plus otak melayang entah ke mana sebab sibuk snap foto😂
oh ya, foto-foto yang warna biru tu disebabkan anies snap dari dalam bas...
tour guide beri kami masa 20 minit untuk turun dan bergambar kat area / depan Grand Palace...
bas menghampiri kawasan istana...
Grand Palace
bangunan-bangunan berdekatan Grand Palace
jumpa kat group WA. terima kasih tolong📸
kami kembali naik bas untuk menuju ke Chatuchak Weekend Market...
Chatuchak Weekend Market
sampai dah... korang ingat tak perkongsian tentang solo travel anies ke Bangkok tu? (baca kat SINI). well, sebenarnya 5 hari selepas ke sini, anies kembali sekali lagi (berseorangan). kiranya, dalam tempoh seminggu, anies datang ke pasar minggu ni 2 kali😂 faham tak? kalau tak faham, macam ni... anies ke sini dengan ahli rombongan pada 15 Disember. then pada 20 Disember, anies datang lagi secara solo. ni kerja gila ke, mereng?😂😂

suasana @ Chatuchak Weekend Market👆👇
antara barangan yang dijual @ Chatuchak

kat sini anies tak beli apa-apa pun kecuali makanan sebab dah masuk 'lunch break'. sebelum tu anies try cari kedai kuetiau sup bebola yang pernah anies singgah dulu (baca kat SINI) tapi tak jumpa😒
well tu je laa cerita jalan-jalan pada hari ni...
thanks for reading. insya Allah esok ada kelapangan, anies akan BW satu persatu. sabaq naa...
daa







.jpg)
















.jpg)


Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
15 Words of Lo♥e
cantik bandar Bangkok xsesak mcm KL...anies emel alamat ya
ReplyDeleteBeautiful photos of this magnificent place.
ReplyDeletebestnya g jalan2
ReplyDeleteIni samaaa kita. Saya kalau dijelaskan oleh travel guide, kadang dengarnya setengah2. Trus nanti lupa lagi 🤣. Apalagi kalau dengar sambil ambil gambar
ReplyDeleteDah beberapa kali ke bangkok, grand palace ini saya tak tertarik utk lihat 😅😅😅. Jadi memang selalu skip ke sini.
ReplyDeleteTp kalah bab chatuchak market, tak akan bosaaaan hahahahahhaha. Walau tak belanja apa2 di salam, tp saya sukaaa cari Snack dan kuliner di sana 🤭🤭🤭.
ReplyDeleteBello lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteWow sampai 2 kali ke sini ya. Akak teringin juga ke Bangkok ni tapi belum sampai lagi.
ReplyDeleteWah, rupa-rupanya di Thailand pun ada banjir ya. Ingatkan hanya di Indonesia saja. Gambar-gambar dan suasananya memang cantik sungguh, terasa tenang, hening dan syahdu. Insya-Allah satu hari nanti seronok juga kalau dapat menjejakkan kaki ke Thailand.
ReplyDeleteRindu Chatuchak. Tak puas ke sana dua tahun lepas.
ReplyDeleteDua-dua tempat ni uncle tak pegi waktu ke bangkok tahun lepas
ReplyDeleteTeringin pula nak ke Bangkok. Katanya makanan murah dan sedap di sana. Pelik betul macam mana boleh repeat tempat sama dalam masa seminggu tu.
ReplyDeletehave a nice day
ReplyDeleteWeishh dalam seminggu 2 kali gi bangkok. Memang semberono betul ni kak 2nd time tu jalan sorang2 je 🤣
ReplyDeletePuas juga menjamu mata melihat hidangan gambar di Bangkok...nak pergi tapi belum plan lagi hehehe
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆