Asgabat, Turkmenistan: transit 2 jam dan cerita lain yang berkait
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
masa register umrah, anies dah dimaklumkan pakej ni akan naik Turkmenistan Airlines. jadi secara tak langsung, kami akan transit kat sini; pergi dan balik.
walaupun ada yang buat muka pelik (bila beritahu akan transit kat sini - esp family), tapi secara peribadi anies happy sebab anies tahu bukan mudah nak masuk The Land of White Marble ni. korang boleh tanya pak cik Google or aunty ChatGPT kenapa Turkmenistan ni sukar untuk dilawati pelancong luar.
walaupun cuma sekadar berlegar-legar dalam airport, tapi ada juga beberapa beberapa hal yang anies peroleh kat sini. antaranya, fasal bahasa Türkmen. rupanya ia ada sedikit pengaruh bahasa Arab,
sebagai contoh: kitap (ikut ejaan bahasa Turkmen). dalam bahasa Arab juga disebut kitab, yang bermaksud buku.
selain tu, orang luar yang nak membeli-belah kat dalam airport ni boleh guna duit USD secara terus. tak perlu ke money changer. dan barang-barang termasuklah makanan / minuman boleh dibeli dengan harga serendah USD 1.
well... yang tu fasal kat airport. macam mana pula dengan flight yang dinaiki selama hampir 8 jam perjalanan? teruskan scroll down!
tiket pun ikut warna rasmi negara, hijau & putih... jangan terkeliru ya. ni bukan tiket pergi-balik, ya... tapi tiket KUL - ASB & ASB - JED...
hish... blur laa pula... ni business class suite...
ni economy class👆👇1 row (kiri ke kanan) ada 9 seat. ni flight Boeing 777. dari KUL - ASB, penumpang tak ramai. so anies dapat 'conquer' 3 seat!😂 bahagia sungguh duniaku😁 seat okey, tak laa keras sangat. inflight entertainment banyak pilihan termasuklah dokumentari fasal Turkmenistan.
inflight meals. 👆diberi 3 jam sebelum mendarat. dapat sandwich & air kotak. roti keras, mayonis, sos & madu tu dari meal sebelumnya👇diberi kira-kira 2 jam selepas takeoff. beef makaroni + roti keras + salad + kebab + biskut manis + jus prune. masa ni nak makan pun tak berselera sebab tengah mengantuk giler!
ketika flight melewati kawasan pergunungan @ Pakistan... Subhanallah... speechless!
beberapa minit sebelum mendarat... teruja sangat dapat tengok negara hijau putih ni. dalam hati masih masih tak percaya, bakal jejakkan kaki kat sini walaupun sekadar transit je...
nampak roundabout yang famous tu...
Alhamdulillah... selamat mendarat... tapi landing nya tak smooth. sekejapan lepas tu, pilot dah tarik brek... haihh...

Asgabat Halkara Howa Menzili...
terkesima sekejap... lawa airport nya... tapi sayang... travelator tak berfungsi...
flight yang kami naik dari Malaysia...

kastam & imigresen kat international departure... punya laa simple dan sunyi sepi...
sempat bergambar sebaik saja semua dah berkumpul kat departure hall...

nak bertolak dah. kat sini jemaah lelaki start pakai ihram. dalam flight nanti pilot akan inform bila dah sampai miqat dan berniat. kami berlepas pada 1.05 PM waktu Asgabat dan dijangka mendarat pada 5.30 PM waktu Jeddah.
well... macam mana perjalanan umrah pertama kami? insya Allah nanti anies sambung. tapi lambat sikit ya. agak sibuk kebelakangan ni...
apa-apa pun thanks for reading...
daaa....
p/s belum dapat BW sepenuhnya🙏🙏
p/s belum dapat BW sepenuhnya🙏🙏





















Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
13 Words of Lo♥e
subhanallah, cantiknya pemandangan gunung dripada atas tu.. tengok gambar je pun, teruja... apatah lagi tengok dengan mata kepala sendiri..
ReplyDeletebaca asgabat, tiba2 teringat harry potter pula.. hahahha
indahnya view terbang lihat dunia di bawah subhanallah
ReplyDeletethank you!
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan utk anies serombongan.. aminn
ReplyDeleteKalau saya pun happy jugak dapat Transit. Dapatlah tengok airport negara lain juga kan. MasyaAllah cantiknya permandangan dari aras atas.
ReplyDeletelengang airport nya kan Anies, selesa lah untuk kita singgah transit dapat berehat dengan aman sementara menyambung perjalanan.. alhamdulillah
ReplyDeleteSeronoknya!
ReplyDeleteSalam singgah,subahanallah..travel lagi..jauhnya berjalan luas pandangan..alhamdulillah rezeki Allah ..
ReplyDeleteBellas imagenes. Espero que disfrutes tu viaje. Te mando un beso.
ReplyDeletedapat 3 seat sekali.. haha walaupun transit kira termasuk dah jejak kaki di turkmenistan..
ReplyDeleteSubhanallah gunung-ganang tu lawanya Anies! Rezeki u dapat tengok depan mata wpun atas flight. So excited la...
ReplyDeletePH suka airport yg simple gini, tak payah jalan jauh² & less complicated hehe
Beautiful photos. ❤️
ReplyDeleteSyokk..makan.menarik...View.pon cantikkk❤️
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆