Our Movie

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

dia mendapat perhatian ramai selepas filem debut nya meraih sambutan hingga digelar genius. Lee Je-ha meminati bidang pengarahan filem disebabkan ayahnya. selepas kematian Lee Do-young, dia 'menghilangkan' diri tanpa sebab.

selepas 5 tahun hiatus, Je-ha berhasrat untuk kembali aktif. filem yang bakal diarahkannya ini adalah sebuah filem romantik dan merupakan remake kepada filem arahan mendiang ayahnya yang berjudul White Love.

namun yang jadi penghalang Je-ha kali ini adalah, bagaimana dia nak deliver watak sebenar pelakon utama. dalam filem asal, heroinnya menghidap sakit kronik.

dan tak semena-mena, Je-ha bertemu Da-eum, pelakon rookie berbakat tetapi sebenarnya sedang berjuang untuk kekal sihat kerana penyakit yang dihidapinya itu sukar diubati.

pada mulanya Je-ha tidak tahu tentang penyakit Da-eum. tapi selepas mengetahuinya, Da-eum meminta Je-ha merahsiakan hal itu daripada kru dan syarikat penerbitan mereka iaitu BU Film.

tapi, sampai bila mereka harus merahsiakan hal itu? berjayakah Je-ha dan Da-eum menghabiskan penggambaran mereka sebelum Da-eum 'pergi' buat selamanya?




review:

fuhhh... lama betul nak tunggu drama ni muncul selepas kejayaan Nam Goong-min dalam My Dearest. 

well... nak mula dari mana ya? hmm... once dah start tengok (episod 1), 'cabaran' muncul satu persatu. faham-faham je laa... melodrama... dia punya slow tu betul-betul menggugat kesabaran. belum lagi bab nak fahamkan satu plot dengan plot yang lain. fuhh... tapi disebabkan Nam Goong-min, anies gagahkan juga tengok sampai habis.

senang cerita drama ni adalah drama air mata. kisahnya berkisar tentang Je-ha yang 'berperang' antara sikap profesional selaku pengarah filem vs. rasa cinta dan Da-eum yang 'dihambat keinginan mendalam' vs. melawan penyakitnya. 

plus, drama 12 episod ni memang tak lari daripada kisah cinta,  perjuangan diri dan konflik sesama keluarga / rakan sekerja.

lakonan Nam Goong-min tak dipertikaikan. superb as usual. jauh bezaaa sangat dengan watak-watak yang dibawanya sebelum ni. satu percubaan berani bila dia pilih genre sebegini dan diantahu impak dan penerumaan penonton terhadap drama ni.

Jeon Yeo-bin sebagai Da-eum, pada mulanya dia tampak kurang serasi dengan Nam Goong-min tapi lama-lama dia boleh menyerlah bersama. watak-watak sampingan juga tak mengecewakan. sesekali sakit hati jugalah bila tengok 'perangai' Seo-young dan ayah Da-eum.

kalau korang sukakan drama yang ada penghayatan mendalam, silalah tonton Our Movie ni.

well... dengar cerita lepas ni Nam Goong-min akan berehat dari lakonan. sampai bila tu, entah laa... harap-harap tak lama laa...


official trailer. credit


welll tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

19 Words of Lo♥e

  1. Sounds interesting. Thank you so much for sharing 😊 ❤️

    ReplyDelete
  2. saya 1st time tengok Nam Goong-min ni berlakon dalam cerita The Girl Who Sees Scents. tpi dia jadi watak jahat yg charming haha

    ReplyDelete
  3. Kena cari masa yang sesuai ni untuk menghayati ceritanya.

    ReplyDelete
  4. Saya tertarik sama series ini. Tapi belum sempat nonton. Setelah membaca ini, saya jadi tertarik untuk menontonnya.

    ReplyDelete
  5. drama korea ni kan? baca review macam menarik.. tapi setakat ni belum terjebak lagi dengan drama/movie korea hehe..

    ReplyDelete
  6. Gracias por la reseña. Tomó nota. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. selamat menonton deh. dah lama x nonton filem korea di netflix sbb x de yg baharu...

    ReplyDelete
  8. Boleh masuk list ni. Suka Jeon Yeo-bin berlakon sejak tengok dia berlakon dalam Vicenzo.

    ReplyDelete
  9. Saya skrg ni tgh follow cerita Bon Appetit, Your Majesty. Lucu ceritanya, tapi ada la jugak babak2 romantik yg rasa mcm nak *roll eyes* sbb typical scene romantik K-drama yg cringe sikit 😅

    ReplyDelete
  10. Ooh peminat Nam Goong-min oppa rupanya mem besar kita ni 😆

    ReplyDelete
  11. Aiiiih beda sangat muka dia di siniii 😍😍. Nampak lebih muda

    ReplyDelete
  12. Kak, endingnya sedih atau tak? Sudah selesai kan atau masih on going?

    ReplyDelete
  13. Saya juga sukaaa drama2 nam Goong min. Bagus2 kaan. Dia watak apa saja bisa masuk memang 👍👍👍. Aiiih nak rehat dulu? Harap2 memang tak lama

    ReplyDelete
  14. Review yang menarik dan pasti menghiburkan kepada mereka yang menjadi pengemar drama korea

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆