Tastefully Yours

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

terdesak untuk dapatkan tiga bintang untuk restorannya, Han Beom-woo sanggup menipu dan mencuri resepi daripada restoran / chef lain walaupun terpaksa keluar dari Seoul.

apabila sampai di sebuah restoran (yang bila-bila masa sahaja akan ditutup) terpencil yang terletak di kampung Hanok, Beom-woo menggunakan pelbagai alasan termasuklah bersedia menjadi pembantu di restoran tersebut. 

pada mulanya Yeon-joo sangsi dengan niat Beom-woo tapi melihatkan kesungguhan lelaki itu membantunya menyelesaikan sewa dan memajukan restoran itu, akhirnya Yeon-joo ubah fikiran.

segalanya berjalan dengan baik dan rancangan Beom-woo dilihat tidak menghadapi sebarang masalah hinggalah muncul bekas rakan sekerja Yeon-joo. kehadiran Min bukan sahaja membuka luka lama Yeon-joo tetapi juga 'mengheret' chef itu kembali ke Sapporo.

apa yang terjadi di Sapporo? akan terbongkarkah niat dan rahsia sebenar Beom-woo di restoran Jung Jae itu?




review:

rasa macam dah lama tak share fasal drama pilihan kat blog ni. pada mulanya anies nak tengok drama ni sebab ada Kang Ha-neul dan episodnya cuma 10 je.

well... jalan ceritanya santai dan straight to the point. turut diselitkan sense of humor jadi 5 episod awal penonton akan rasa relaks dan enjoy.

tapi bila dah masuk scene kat Sapporo, jalan cerita seolah 'terpesong' daripada 'motif' asal. ia seolah tiada kaitan pun dengan niat Beom-woo dan restoran Jung Jae. jadi episod seterusnya membuatkan anies rasa nak give up. bila baca komen kat socmed, ramai rupanya yang sependapat.

pun begitu, momentum cerita kembali setelah Yeon-joo tahu niat sebenar Beom-woo. cuma part ni anies rasa elemen 'bitter' atau dalam kata lain, 'rasa nak hempok skrin' tu tak sampai. ia mendatar je. kalau ada, pasti 2 episod terakhir buat penonton tertunggu-tunggu.

dari segi kualiti lakonan, tak tahulah kenapa lakonan Go Min-shi kurang menyengat. ekspresi marah dan sedih biasa je. 'kimia' antara dia dengan Kang Ha-neul, agak longgar. sebaliknya watak-watak sampingan pula lebih baik dan memberi impak kepada jalan cerita.


official trailer. credit video.


judul: Tastefully Yours
bil. episod: 10
network: ENA, Genie TV
tarikh siaran: 12 Mei ~ 10 Jun 2025

selamat menonton!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

19 Words of Lo♥e

  1. Akak tengah tengok ni..baru episode 3....tapi dah menguap dah...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Dalam list sudah. Tunggu masa nak tengok. Macam menarik gabungan dua pelakon ni Kang Ha-neul dan Go Min-shi. Go Min-shi ni selalu berlakon drama thriller je kan. Kali ni watak berbeza. Tapi geram dengan watak dia dalam The Frog tu. Kalau drama ada elemen komedi ni best tengok.

    ReplyDelete
  3. Hehehe.. Best cerita ni. Lagi² suka tengok bila Chef Mo plating makanan cuma tu la.. ingatkan last tu nanti dia masak daging tu.

    ReplyDelete
  4. Tunggu kalau dah takde cerita nak tengok, baru linda tengok nie.. Nampak sgt, tak berjaya tarik perhatian linda.. Hihihi..
    Sekarang tengah layan "hunter with scalpel"

    ReplyDelete
  5. artis korea comel n hensem selamat menonton

    ReplyDelete
  6. tak silap, ada scene yang mengimbau cerita class weak hero.. taktahu la sbb tak ada mood nak tengok cerita ni 😂

    ReplyDelete
  7. Uncle tumpang baca sini je lah... Nak tengok memang angkat tangan...

    ReplyDelete
  8. Tengok cerita ni pun sbb ada kang haneu je! Best sebab suka tengok makanan yg diorg masak tu, tapi sekejap sangat 10 episode je dah habiss

    ReplyDelete
  9. Thank you so much for sharing about this!

    ReplyDelete
  10. Empecé a verla. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. cantik dan hensem la para pelakon...patut la ramai peminat k-pop drama

    ReplyDelete
  12. Bnyk drama korea baru yg ibu x tgk lg. Tq anies tlg review kan.

    ReplyDelete
  13. Banyak betul drama Korea baru kan.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆