ຍິນດີຕ້ອນຮັບສູ່ປະເທດລາວ

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum tiba di Mukdahan Border Checkpoint (MBC), bas berhenti sekejap kat masjid untuk ambil makanan yang dipesan tour agensi (TA). ikut plan asal, TA nak kami solat dan makan malam kat masjid ni. tapi disebabkan takut lewat tiba kat MBC, jadi mereka minta pembekal bungkuskan je makanan tu.

jarak dari masjid ke MBC cuma lebih kurang 10 minit je. tapi TA ada beritahu sebelum tu,  semua urusan kat MBC kena selesaikan sebelum 8.00 malam. 

sebaik tiba di Welcome Savan Resorts (WSR) office (berdekatan MBC), kami pun turun dan bawa bersama barang-barang yang perlu je. sama macam masuk ke Cambodia sebelum ni, luggage akan ditinggalkan dalam bas kerana bas kami tiada permit masuk (anies ada share kat SINI).

kat WSR ni, kami kena serahkan passport untuk pengesahan seketika. lebih kurang 10 minit kemudian, 2 buah mini bus (total 3 buah) muncul di situ. kami pun naik dan terus dibawa ke MBC.

sebaik turun dari mini bus, kami masuk pejabat dan beratur untuk scan 3 jari serta cop passport. masa tu, agak ramai jugalah sebab cuma tinggal lebih kurang setengah jam je lagi menjelang 8.00 malam. kata TA, pihak MBC akan berhenti beroperasi selepas jam 8.00PM. so kalau terlewat, pandai-pandailah nak hidup😂

bila semua dah dapat cop, kami pun naik mini bus semula dan terus ke pejabat Lao Customs (LC) yang jaraknya lebih kurang 3KM dan siap menyeberang Sungai Mekong, ya!

sayangnya... suasana sekeliling dah gelap. atas jambatan tak banyak lampu jalan. jadinya nak rakam / snap foto pun gelap je. kami just tengok je pemandangan malam di sekitar Sungai Mekong.

tiba kat LC, sekali lagi kami kena turun untuk cop passport. sebelum tu TA dah pesan, lepas dapat cop kat MBC tadi, tolong check sama ada tulisan dan cop yang tertera tu boleh dibaca atau sebaliknya. 

kalau pihak LC tak boleh baca / undetected, tak fasal-fasal nanti kita kena patah balik! and 'kes' jadi lagi rumit sebab cop passport cuma diberi sekali sahaja / per day untuk urusan keluar atau masuk sesebuah negara. bila TA cakap macam tu, tiba-tiba rasa seramlah pula....

Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar. sekitar jam 8.30 malam kami dah naik mini bus semula dan menuju ke penginapan.

foto tak banyak sebab larangan mengambil foto kat kedua-dua pejabat kastam. so, yang mana ada je anies kongsikan dengan korang. maaflah, foto gelap sebab snap pun curi-curi😂


@ WSR office... kalau korang tak menginap kat Savan Resorts, maka tak perlu ke sini. boleh proceed terus ke MBC...

depan WSR office. hampir sama macam kat Aranyaprathet (boleh baca kat SINI). ada ruang parkir yang luas untuk mereka yang keluar masuk Thai - Laos.

mini bus Savan Resorts yang akan bawa kami melepasi sempadan...

dalam mini bus. nampak je kecil. tapi boleh muat 25 orang, tau!

short video menuju ke MBC... kat MBC ni, yang banyak keluar masuk sempadan adalah lori, treler dan lori kargo. nanti ada masa  anies share kenapa kenderaan berat ni pilih MBC untuk keluar masuk sempadan...

menyeberang Sungai Mekong... kata tour guide, yang bercahaya tepi sungai tu adalah restoran / gerai makan...

dah sampai LC. hanya mampu snap dari dalam mini bus je... korang nampak tak anjing warna hitam kat situ?

sebelum kami turun dari mini bus untuk cop passport...

welcome to Kaysone Phomvihane city a.k.a Savannakhet! welcome to Laos a.k.a Lao a.k.a Lao PDR a.k.a Lao's People Democratic Republic! (berapa banyak a.k.a daa😂) Alhamdulillah... akhirnya sampai jua di sebuah lagi negara ASEAN! sebelum ni pernah laa berangan nak pergi Vientiane (ibu negara Laos). tapi rupanya takdir Allah membawaku ke Kaysone Phomvihane dulu. cantik sungguh aturan-Nya! oh ya, nama tugu ni👆👆 adalah Dinasour Circle. jangan tanya anies mana dinasournya😂😂 sorry laa ya foto blur...


sebenarnya kan... ramai orang guna nama Savannakhet. tapi untuk entry kat Laos ni, anies akan guna nama rasmi Savannakhet iaitu Kaysone Phomvihane. nama ni diambil sempena nama presiden Laos yang berasal dari sini.

apa cerita kat Kaysone Phomvihane? nanti anies sambung...


esok anies dah start cuti raya. so kepada semua fellow blogger yang meraikannya... salam Aidiladha untuk kalian... hati-hati semasa pulang beraya, ya!


thanks for reading...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

51 Words of Lo♥e

  1. Baca tajuk memang tak faham lah. hihi...Rumit juga ye prosesnya. Pengesahan, cop jari pastue kena ambil cop lagi. Kalau tak jelas naya nak patah balik. Semua kena check betul-betul.

    Besar jugalah mini bas boleh muat sampai 25 orang tu. Tapi masih ada ruanglah kan. Walaupun gelap malam tak menghalang untuk kita ambil gambar. Nampak anjing hitam di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya fiza. cerewetnya banyakkk😁
      tu laa sy pun x percaya pd mulanya boleh muat 25 org. tp bla dah kira sendiri baru percaya

      Delete
  2. enjoyed your trip ;) selamat hari raya haji in advance anisgojess ')

    ReplyDelete
  3. salam aidiladha sis anissss dear!

    ReplyDelete
  4. Uncle copy dan paste kat gugel translate judul tu, tau... hehehehe

    ReplyDelete
  5. saiz minibus tu macam van yg muat 10 orang tu je, tak sangka boleh muat sampai 25 orang!
    okay tak sabar nak baca cerita laos ni sebab tak tahu apa yg menarik kat sana. dia pakai currency USD jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sy pun x percaya tp.lps kira sendiri, baru laa percaya😁
      tak. laos ada matawang sendiri bernama Kip. tp kat sempadan tahi boleh guna bath or sempadan vietnam boleh pakai USD or Dong

      Delete
  6. Tajuk tak faham. Hihi. Baca isi baru tau.

    ReplyDelete
  7. Waaah ke Laos by darat ya kak. Menariiik nih. Saya cuma pernah merasakan via Darta dari Thailand ke Kamboja saja. Cukup sekali terimakasih 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya fanny... siap merentasi sg mekong lg😁

      Delete
  8. Laos ini salah satu negara Asean yg nomor 3 saya sukaaa setelah Malaysia dan thailand. Kalo saja tiket kesana murah, pasti sering saya datangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe. nanti high speed rail siap kita boleh ke vientiene direct dr bangkok ya!

      Delete
  9. Dulu ke Laos juga dari Malaysia. Naik airasia macam biasa. Tp ke Vientiane dan vang Vieng . Vang Vieng memang best lah. Naik Zipline ekstreme dan hot balon, seruuu sangat.

    Kalo tempat yg perbatasan ini sudah pasti saya belum sempat datangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dulu ada 2 destinasi by AA: vientiene dan luang prabang. sy dah penah buat survey untuk ke sini tp lepas covid, dah tutup ke luang prabang

      Delete
  10. Btw, selamat idul adha kak aniiiees. Tgl 7 yaaa. Kami esok tgl 6. Nih lah dah habis masak buat makan esok 🤣. Harus malam2 masak, biar pagi tak kalang kabut 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal ya indonesia raya tahun ni. serentak dengan arab saudi

      Delete
  11. Parece un buen viaje. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¡Un viaje a nuestro país vecino siempre es bueno y divertido!

      Delete
  12. bestnya dpt berkunjung ke sebuah negara yg jarang dilawati oleh rakyat Malaysia. Salam Aidil Adha, Anies...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan ada rezeki cikgu melawat laos suatu hari nanti

      Delete
  13. Baca namanya saja pelan" agak susah ..Selamat menikmati cuti hari raya.. Besok jangan lupa bakar sate 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat bakar sate sebab cuti raya pendek 😁

      Delete
  14. salam aidiladha anies mai jalan rumah kak pulak

    ReplyDelete
  15. I can't read the title 🤔 but the trip looks so much fun.
    Selamat Idul Adha!

    ReplyDelete
  16. Sepertinya cukup nyaman naik bus kecil itu tapi bisa memuat sampai 25 penumpang...

    Selamat hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tampak kecil tapi besar sebenarnya😁

      Delete
  17. Kalau tidak ada basic bahasa laos, apakah bisa membaca sign di jalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. di laos ada dwibahasa. lao & roman (english) untuk semua papan tanda jalan

      Delete
  18. Selamat Idul Adha Anies... masih jalan-jalan terus ya.. semoga sehat selalu.

    ReplyDelete
  19. Selamat Iduladha Kak Anies, seronoknya trip to Laos. Negaranya moslem friendly ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. laos tak muslim friendly tapi orangnya baik2 belaka

      Delete
  20. Alhamdulillah.. Cantik aturan Allah buat Anies..
    Salam AidilAdha Anies..

    ReplyDelete
  21. Kaget juga, ternyata minibus begitu bisa muat sampai 25 orang ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bila sy kira, baru sy percaya boleh muat 25 orang

      Delete
  22. tak sabar untuk baca kisah seterusnya...sejujurnya saya tidak berani ke kawasan begini..

    ReplyDelete
  23. Best nya dah sampai Laos. Thanks for sharing trip ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti g da nang boleh laa lajak ke laos. dah x jauh pun...

      Delete
  24. Sejauh 3 km .. siap Menyeberangi sungai mekong lgi tu.. dah la tgh malam huhuu... Boleh pulak terhenti selepas jam 8 malam eh.. bab pandai pandai la hidup tu mmg gerun sekejap hahaha . 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb sg mekong tu kan lebar. tu yg jd jauh jaraknya...ya mereka beroperasi sampai jam 8 mlm. kalau buka sy x sure pukul berapa

      Delete
  25. Belum pernah sampai Laos tapi dulu pernah berangan hendak ke sana. Moga satu hari nanti sampai juga.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆