Nota Cinta Buatmu

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

hati Johanna bagai disiat-siat apabila perkara yang dibimbangi selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Dihrran, suami yang amat dicintainya itu berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya. 

beberapa bulan selepas bercerai, Johanna bertemu Graham; seorang jejaka kacukan dari Sarawak pindah rumah dan menjadi jiran barunya. pertemuan demi pertemuan, membibitkan cinta di hati masing-masing namun terpaksa dipendam kerana berlainan agama.

hubungan baik Johanna dan Graham dapat 'dihidu' Dihrran. ketika itu dia sedang bermasalah dengan isteri barunya. dek kerana cemburu, Dihrran mebuat perancangan untuk mengahwini Johanna semula.

rancangan Dihrran berjaya. namun berita perkahwinan semula Johanna dengan bekas suaminya itu telah merobek hati Graham. dia tinggalkan sekeping nota lalu dengan hati yang lara dia membawa diri ke Bandung.

adakah perkahwinan kali kedua antara Johanna dan Dihrran berjaya? mampukah Graham memadam kelukaan yang mendalam itu setelah kembali semula ke Indonesia?

review:

ya, ni novel lama Norhayati Berahim (NB) yang diterbitkan pada 2004. anies pinjam novel ni kat Perpustakaan Negara (PNM) 2 minggu lepas. entah kenapa... tiba-tiba 'mood' nak membaca tu tiba-tiba membuak-buak😂

sejujurnya, karya-karya NB dengan penerbit Alaf 21 anies tak pernah baca sebelum ni. kalau novel-novel NB dengan penerbit Creative Enterprise & NB punya production house sendiri, yes... anies dah pernah baca. hmm... tak tahulah kenapa ter missed pula yang ni...

well... karya-karya NB ni memang ngam dengan taste anies. penulisannya selalu straight to the point. tak banyak plot twist dan paling penting... penggunaan bahasa dan tatabahasanya baik.

untuk novel ni, ia berjaya buat anies 'terpaku' dari satu bab ke satu bab yang lain. kalau novel macam ni, dalam masa sehari je anies boleh khatam. tapi disebabkan 'sayang' nak habiskan terlalu cepat jadi anies sengaja peruntukan satu hari 3 bab je😂😂 boleh tak macam tu? dah macam tengok K-drama laa pula😂😂

selain penulisan yang bagus, info-info tambahan yang terkandung dalam novel ni juga jadi tarikan. sebagai contoh, dalam hal-hal interior design. banyak 'ilmu baru' yang NB ketengahkan untuk menguatkan lagi watak Johanna sebagai pereka dalaman yang berjaya. ini satu bonus dan pada masa yang sama, jadi kayu pengukur kebijakan seorang penulis yang bukan semata-mata menulis tanpa tujuan. faham ke idok?😂

well kalau korang nak baca novel ni datanglah ke PNM ya sebab ia tak ada daa dijual di kedai buku. dah 20++ tahun kot usia novel ni?😂


judul: Nota Cinta Buatmu
penulis: Norhayati Berahim
bil. muka surat: 426
penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd


selamat membaca!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

19 Words of Lo♥e

  1. Resensi novel yang lengkap dan menarik. Sepertinya ini buku lama ya

    ReplyDelete
  2. Beli buku, tak start2 baca lagi.

    ReplyDelete
  3. aduhaiiii, lama tak pegang novel ;) novel yang ado pon dah berabukkk

    ReplyDelete
  4. Wahhh Anies baca ikut bab macam tengok K-drama tu rare style 😂! Patutlah rasa sayang nak habis cepat. Novel lama tapi feel dia timeless. Johanna, Graham, Dihrran... tiga penjuru cinta yang buat emosi pembaca pun rasa macam naik roller coaster. Ni baru namanya Nota Cinta Buatmu, bukan nota minta MC 😆 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau first bab best so jd laa mcm tu. sy peruntukkan ms utk baca. kalau sy free mmg sekejapan je dah habis

      Delete
  5. Thank you very much for your comment on my blog: "Vulnerability is the doorway to authenticity." I will post it (with a link to you of course).

    ReplyDelete
  6. I pernah baca tapi tak ingat dah. so kene baca balik ni. cuma sekarang susah betul nak datangkan minat membaca tu balik. asyik asyik scroll tiktok je ni..

    ReplyDelete
  7. Ini nama penulis otai ni....

    ReplyDelete
  8. Boa tarde. Uma excelente tarde terça-feira com muita paz e saúde.

    ReplyDelete
  9. Parece un buen libro. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Kesian Graham membawa hati dan duka lara. Lama sungguh tak baca novel-novel ni.

    ReplyDelete
  11. Perlukan banyak masa nk baca novel.. bila dah anak 4 org ni.. takut dah nak pegang novel.. tak baca rapi nak tahu whats next.. nak baca byk aje gangguan nya.. huhuu..

    ReplyDelete
  12. Wow.. Novel lama.. Tak pasti dah pernah baca ke belum.. Jalan cerita macam familiar ja..

    ReplyDelete
  13. Cuya lama tak baca novel, novel kt rumah ni pon dibiarkan berhabuk
    Cuma baca komik je, tapi ni pon belum on track balik

    ReplyDelete
  14. Isssh saya nak padahal 😍😍. Tak dijual lagi sayangnya. Ada tak yg jual buku2 second kalau di sana kak?

    Jujur saja, saya lebih suka novel2 Malaysia zaman dulu dr yg skr. Kemarin beli buku temen Abdullah, saya tak masuk dengan cerita dia.

    Tapi buku2 novel macam Aisya sofea, ya Allah, masih best sangat, buku dia bagi saya tetap nomor 1. Emosinya dapat saat dibaca.

    ReplyDelete
  15. Kalo kakak tahu di mana saya bisa dpt novel2 lama, boleh lah kak. Ntah ada dijual. Soalnya di sini ada banyak novel lama dijual di toko buku bekas.

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak baca karya NB. Rindu pula. Saya pun suka baca penulisan NB.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆