Buriram → Mukdahan, Thailand: perjalanan jauh yang tak membosankan
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
usai solat, kami terus naik bas dan memulakan satu lagi perjalanan jauh. sebelum tu, kami dah hadap perjalanan sejauh 183KM yakni dari Aranyaprathet ke Buriram. then sambung lagi 292KM. so total perjalanan kami pada hari tu lebih kurang 475KM! 😅
tengoklah tu jaraknya...
BTW anies memang suka dengan perjalanan jauh macam ni sebab masa nilah anies berpeluang untuk menikmati suasana di kawasan yang jauh dari bandar tapi ia masih tak ketinggalan dengan arus pembangunan.
walaupun tak ada bangunan pencakar langit tapi bila tengok rumah-rumah batu dengan design terkini, kereta mewah dan lain-lain, membuatkan anies terfikir tentang kesamarataan pembangunan yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap penduduk di luar bandar / kawasan Timur Laut Thailand.
ada sesetengah negara ia hanya beri tumpuan pada penduduk bandar je. rakyat yang tinggal jauh / pedalaman, terpinggir langsung. tapi ni tak berlaku kat kawasan yang anies lalui ni.
kalau hal tersebut berlaku sebaliknya, entahlah... ye laa... kita cuma sekadar lalu je. bukannya tinggal kat situ.well apa-apa pun, pemandangan kampung, sawah, ladang, pekan-pekan kecil buatkan anies rasa lebih bersyukur dan berbangga dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya.
tapi paling tak terjangka adalah, ternampak kedai Mr. DIY kat 1 kawasan ni. anies tak sempat nak snap foto kedai tu sebab bas tengah bergerak. hmm... tak sangka kedai 'made in Malaysia' ni sampai nun jauh di kawasan luar Bangkok.
BTW foto-foto ni diambil dari dalam bas ya...
ya, jalan rayanya ada 4 lane (kanan 2, kiri 2) tapi bukan lebuh raya...
antara rumah-rumah penduduk👆👇
tasik rasanya... masa ni dah masuk Mukdahan...
sepanjang jalan kereta 4WD ni memang banyak sebab bahagian Timur Laut Thailand ni kawasan pertanian. so faham-faham je laa...
korang suka tak perjalanan jauh macam ni dan dapat menikmati suasana kawasan di luar bandar? acu komen👇👇
kami tiba Mukdahan ketika waktu menjelang Maghrib. well... apa cerita kami kat Mukdahan? nanti anies sambung lagi...
oh ya Isnin ni public holiday. so see ya on Tuesday... thanks for reading...
daaa
36 Words of Lo♥e
Lama tu sampai 4 jam lebih. Saya pun suka perjalanan macam ni tapi kena ada pemandangan lah baru tak bosan. Dapat melihat permandangan lain dari kebiasaan. Mana yang menarik tu kita potretkan dia. Melihat kehidupan orang lain dapat mengajar kita untuk lebih bersyukur.
ReplyDeleteyap mesti ada pemandangan
Deletekalau pokok semata boleh mengantuk dibuatnya...
betul sgt tu
Ana suka juga perjalanan luar bandar cmni sbb lebih tenang
ReplyDeletekann... berbanding hutan2 buat kita mengantuk
DeleteBest jugak kalau jadi org kaya kat area selatan thai ni. Rumah besar tanah luas dan jauh dari hiruk pikuk kota. Tpi ada mall tak agak2?
ReplyDelete4 jam perjalanan okayla, tak kematu pungkoq sangat 🤣
ni bkn selatan thai. ni timur laut thai... atas nun..
Deletespnjg jln x nmpk mall tp mini market ada laa
Coba seandainya kakak bisa ikut saya pas nanti saya road trip naik mobil dari Jakarta ke Medan. Aslinya kalo pakai bus, butuh 3 hari perjalanan. Tp Krn Raka single driver, jadi kami perkirakan akan makan waktu 5 hari sampai Medan. Sebab harus berhenti di beberapa tempat.
ReplyDeletewaduhhhh 5-6 jam on the road pun dah kematu punggung sy. kalau 5 hari tak tahu laa mcm mn. lari alignment punggung sy agaknya🤣
DeleteKalo pemandangan yg merata begini, kakak bakal lihat juga kalo lintas Jawa. Dari jakarta sampai Banyuwangi tak terlalu jauh beda timpang nya.
ReplyDeleteTp begitu kakak melewati sumatera , Papua, naaah baru terlihat ketimpangan pembangunannya 😔. Ini macam, kekayaan alam sumatera, Papua, diambil semua hanya utk pulau Jawa. Itulah kenapa ada beberapa pemberontakan di sini .
menarik tu... papua tu memang menarik perhatian sy sejak layan video suster wike di sana...
DeleteSaya sukaaaaaaa sangat perjalanan darat yg jauh. Krn memang bisa melihat view cantik. Apalagi saya tipe susah tidur kalo di mobil. JD selalunya menikmati pemandangan yg dilewati. Apalagi kalo lewat jalanan yg melalui gunung, paling suka.
ReplyDeletekannn... view di tempat orang laa yang sepatutnya kita saksikan sepanjang perjalanan sebab ia sama.sekali berbeza dengan tempat kita. sebab tu sy jarang tidur esp bila jalan jauh di waktu siang...terasa rugi kalau lepaskan peluang ni
DeleteKenapa Senin public holiday? Kami 29 - 30 may kemarin libur umum. Sebab hari kenaikan Isa Al-Masih . Nih skr tgl 1 Juni hari kesaktian pancasila, tp Krn jatuh Minggu, tak libur. So Senin masuk macam biasa 😁. Tgl 6-9 Juni nanti libur lagi. Idul adha. Di sana start tgl 7 ya? Di sini 6 idul adha. Beda pula kita...
ReplyDeletecuti hari keputeraan rasmi YDP Agong
DeleteWahh jalan 4 lane. Thailand memang banyak pick up truck kan.
ReplyDeleteya.. sbb sn byk ladang tu yg byk pick up
Deleteview luar bandar indah semuladi
ReplyDeleteya kak
Deletethanks
ReplyDeleteurw
DeletePada saya 4 jam masih ok lagi macam KL ke Penang cuma kena ada sekurang-kurangnya 2 kali stop untuk rehat dah selesai apa yang patut. Saya kagum dengan jalan di Thailand ni, kualiti jalan utamanya sangat tinggi, jarang jumpa jalan berlubang sana-sini, kebanyakannya rata sahaja.
ReplyDeletetang berlubang tu sy setuju. mmg jarang jumpa. tp jln yg tak rata byk😁
DeleteSaya suka kalau jalan jauh memakai bus gini, atau kendaraan pribadi pun, apalagi kalau pemandangan diluar bagus, sayang kan kalo hanya tidur saja ,rugi tauuu😁, fotonya bagus walau ambil dari dalam bus👍
ReplyDeletekalau tempat sendiri tak apa. kalau tempat orang rugi kalau tak.menikmati suasananya yang pasti berbeza dengan negara/tempat kita
Deletethank you again!
ReplyDeleteurw
DeleteWah Mbak Anies jalan-jalannya tambah jauh saja.
ReplyDeleteFoto-fotonya cukup bagus walau di ambil ketika bus sedang bergerak.
Mr. DIY ya Mbak?
Di tempat saya tinggal di Sukabumi ada 1 toko DIY di Sukabumi City Mall...
Salam,
terima.kasih mas👍
Deleteoo ye ke?wah banyak juga ya cawangan Mr DIY ni
mengembara ni memang tak pernah bosan... Syaratnya kena buat homework dulu
ReplyDeletebetul tu. at least ambil tahu tmpt yg dituju..apa2 jd kita dah bersedia
Deletethanks for your sharing have a good day
ReplyDeleteurw😀
DeletePergh!! Kagum dengan Anies sebab boleh duduk lama dalam bas macam ini.. Kalau Sha memang melepeklah.. Sha suka ja laluan macam ini tapi kena naik kereta sendiri.. Kalau bas memang tak lalu.. Mau tido ja sepanjang jalan.. huhuhu..
ReplyDeletekalau x nak tido acu tumpang seat sblh driver😁
Deletecanti nyer view .... mcam dalam filem yer
ReplyDeletefilem apa tu😁
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆