Buriram → Mukdahan, Thailand: perjalanan jauh yang tak membosankan

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

usai solat, kami terus naik bas dan memulakan satu lagi perjalanan jauh. sebelum tu, kami dah hadap perjalanan sejauh 183KM yakni dari Aranyaprathet ke Buriram. then sambung lagi 292KM. so total perjalanan kami pada hari tu lebih kurang 475KM! 😅


tengoklah tu jaraknya...


BTW anies memang suka dengan perjalanan jauh macam ni sebab masa nilah anies berpeluang untuk menikmati suasana di kawasan yang jauh dari bandar tapi ia masih tak ketinggalan dengan arus pembangunan.

walaupun tak ada bangunan pencakar langit tapi bila tengok rumah-rumah batu dengan design terkini, kereta mewah dan lain-lain, membuatkan anies terfikir tentang kesamarataan pembangunan yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap penduduk di luar bandar / kawasan Timur Laut Thailand.

ada sesetengah negara ia hanya beri tumpuan pada penduduk bandar je. rakyat yang tinggal jauh / pedalaman, terpinggir langsung. tapi ni tak berlaku kat kawasan yang anies lalui ni.

kalau hal tersebut berlaku sebaliknya, entahlah... ye laa... kita cuma sekadar lalu je. bukannya tinggal kat situ.well apa-apa pun, pemandangan kampung, sawah, ladang, pekan-pekan kecil buatkan anies rasa lebih bersyukur dan berbangga dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya. 

tapi paling tak terjangka adalah, ternampak kedai Mr. DIY kat 1 kawasan ni. anies tak sempat nak snap foto kedai tu sebab bas tengah bergerak. hmm... tak sangka kedai 'made in Malaysia' ni sampai nun jauh di kawasan luar Bangkok.

BTW foto-foto ni diambil dari dalam bas ya...


ya, jalan rayanya ada 4 lane (kanan 2, kiri 2) tapi bukan lebuh raya...







antara rumah-rumah penduduk👆👇



tasik rasanya... masa ni dah masuk Mukdahan...



sepanjang jalan kereta 4WD ni memang banyak sebab bahagian Timur Laut Thailand ni kawasan pertanian. so faham-faham je laa...


korang suka tak perjalanan jauh macam ni dan dapat menikmati suasana kawasan di luar bandar? acu komen👇👇

kami tiba Mukdahan ketika waktu menjelang Maghrib. well... apa cerita kami kat Mukdahan? nanti anies sambung lagi...

oh ya Isnin ni public holiday. so see ya on Tuesday... thanks for reading...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

36 Words of Lo♥e

  1. Lama tu sampai 4 jam lebih. Saya pun suka perjalanan macam ni tapi kena ada pemandangan lah baru tak bosan. Dapat melihat permandangan lain dari kebiasaan. Mana yang menarik tu kita potretkan dia. Melihat kehidupan orang lain dapat mengajar kita untuk lebih bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap mesti ada pemandangan
      kalau pokok semata boleh mengantuk dibuatnya...

      betul sgt tu

      Delete
  2. Ana suka juga perjalanan luar bandar cmni sbb lebih tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... berbanding hutan2 buat kita mengantuk

      Delete
  3. Best jugak kalau jadi org kaya kat area selatan thai ni. Rumah besar tanah luas dan jauh dari hiruk pikuk kota. Tpi ada mall tak agak2?

    4 jam perjalanan okayla, tak kematu pungkoq sangat 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bkn selatan thai. ni timur laut thai... atas nun..
      spnjg jln x nmpk mall tp mini market ada laa

      Delete
  4. Coba seandainya kakak bisa ikut saya pas nanti saya road trip naik mobil dari Jakarta ke Medan. Aslinya kalo pakai bus, butuh 3 hari perjalanan. Tp Krn Raka single driver, jadi kami perkirakan akan makan waktu 5 hari sampai Medan. Sebab harus berhenti di beberapa tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waduhhhh 5-6 jam on the road pun dah kematu punggung sy. kalau 5 hari tak tahu laa mcm mn. lari alignment punggung sy agaknya🤣

      Delete
  5. Kalo pemandangan yg merata begini, kakak bakal lihat juga kalo lintas Jawa. Dari jakarta sampai Banyuwangi tak terlalu jauh beda timpang nya.

    Tp begitu kakak melewati sumatera , Papua, naaah baru terlihat ketimpangan pembangunannya 😔. Ini macam, kekayaan alam sumatera, Papua, diambil semua hanya utk pulau Jawa. Itulah kenapa ada beberapa pemberontakan di sini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik tu... papua tu memang menarik perhatian sy sejak layan video suster wike di sana...

      Delete
  6. Saya sukaaaaaaa sangat perjalanan darat yg jauh. Krn memang bisa melihat view cantik. Apalagi saya tipe susah tidur kalo di mobil. JD selalunya menikmati pemandangan yg dilewati. Apalagi kalo lewat jalanan yg melalui gunung, paling suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... view di tempat orang laa yang sepatutnya kita saksikan sepanjang perjalanan sebab ia sama.sekali berbeza dengan tempat kita. sebab tu sy jarang tidur esp bila jalan jauh di waktu siang...terasa rugi kalau lepaskan peluang ni

      Delete
  7. Kenapa Senin public holiday? Kami 29 - 30 may kemarin libur umum. Sebab hari kenaikan Isa Al-Masih . Nih skr tgl 1 Juni hari kesaktian pancasila, tp Krn jatuh Minggu, tak libur. So Senin masuk macam biasa 😁. Tgl 6-9 Juni nanti libur lagi. Idul adha. Di sana start tgl 7 ya? Di sini 6 idul adha. Beda pula kita...

    ReplyDelete
  8. Wahh jalan 4 lane. Thailand memang banyak pick up truck kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. sbb sn byk ladang tu yg byk pick up

      Delete
  9. view luar bandar indah semuladi

    ReplyDelete
  10. Pada saya 4 jam masih ok lagi macam KL ke Penang cuma kena ada sekurang-kurangnya 2 kali stop untuk rehat dah selesai apa yang patut. Saya kagum dengan jalan di Thailand ni, kualiti jalan utamanya sangat tinggi, jarang jumpa jalan berlubang sana-sini, kebanyakannya rata sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang berlubang tu sy setuju. mmg jarang jumpa. tp jln yg tak rata byk😁

      Delete
  11. Saya suka kalau jalan jauh memakai bus gini, atau kendaraan pribadi pun, apalagi kalau pemandangan diluar bagus, sayang kan kalo hanya tidur saja ,rugi tauuu😁, fotonya bagus walau ambil dari dalam bus👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tempat sendiri tak apa. kalau tempat orang rugi kalau tak.menikmati suasananya yang pasti berbeza dengan negara/tempat kita

      Delete
  12. Wah Mbak Anies jalan-jalannya tambah jauh saja.
    Foto-fotonya cukup bagus walau di ambil ketika bus sedang bergerak.
    Mr. DIY ya Mbak?
    Di tempat saya tinggal di Sukabumi ada 1 toko DIY di Sukabumi City Mall...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima.kasih mas👍
      oo ye ke?wah banyak juga ya cawangan Mr DIY ni

      Delete
  13. mengembara ni memang tak pernah bosan... Syaratnya kena buat homework dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. at least ambil tahu tmpt yg dituju..apa2 jd kita dah bersedia

      Delete
  14. thanks for your sharing have a good day

    ReplyDelete
  15. Pergh!! Kagum dengan Anies sebab boleh duduk lama dalam bas macam ini.. Kalau Sha memang melepeklah.. Sha suka ja laluan macam ini tapi kena naik kereta sendiri.. Kalau bas memang tak lalu.. Mau tido ja sepanjang jalan.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x nak tido acu tumpang seat sblh driver😁

      Delete
  16. canti nyer view .... mcam dalam filem yer

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆