Sakitnya Mencintai 1 & 2

8:53 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis buku 1:

Perkahwinan Aleeya dan Azriel sangat bahagia meskipun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. suatu hari sewaktu berada di KLCC, Aleeya ternampak Azriel bersama seorang wanita. lalu Azriel memperkenalkan wanita tersebut kepada Aleeya sebagai rakan sekerjanya.

beberapa hari kemudian, Azriel memberitahu Aleeya yang dia mahu ke Seremban kerana urusan kerja. selepas Azriel keluar, Diana; kawan Aleeya mengajaknya ke shopping mall.

setiba di sana, Aleeya terkejut kerana mendapati kereta suaminya terparkir di situ. tanpa banyak fikir, dia terus menelefon Azriel dan lelaki itu memberitahu yang dia sudah berada di Seremban! kata-kata itu membuatkan Aleeya tak senang duduk hinggalah dia kembali ke rumah.

sebaik melangkah masuk, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Kak, abang Azriel kemalangan!"

panggilan telefon daripada adik ipar mengejutkan Aleeya. lantas dia terus ke hospital. setiba di wad, dia menerima kejutan kedua. rupanya bukan Azriel seorang sahaja yang cedera. malah ibu mertuanya turut terbabit sama! namun kecederaan yang dialaminya tak seteruk Azriel.

kejutan ketiga muncul apabila Aleeya mendapati ada seorang wanita lain terbabit dalam kemalangan tersebut dan wanita itu dikenalinya beberapa hari lepas ketika berada di KLCC!

"Ya, Azriel akan berkahwin dengan Marina!"

dalam keadaan dahi berbalut, sempat lagi ibu mertuanya menjerkah Aleeya. empat kejutan dalam tempoh tak sampai 5 jam itu benar-benar merobek hati dan perasaan Aleeya.

mampukah dia meneruskan kehidupannya selepas ini? adakah Azriel akan menikahi Marina kerana alasan zuriat?

novel ni hadir dalam box set


Sinopsis buku 2:

Bukan mudah untuk Aleeya menerima Hariz dalam hidupnya. dia tahu status dirinya pasti memberi tanggapan buruk lebih-lebih lagi dengan kedudukan Hariz sebagai peguam dan anak orang ternama.

telaannya benar. ibu mertuanya tidak menyenangi kehadiran Aleeya dalam hidup anak tunggalnya. pada suatu hari, tanpa diduga Datin Seri Adila muncul di pintu rumah Hariz.

"Aku nak jumpa anak aku!" tegas Datin Seri Adila.

"Mama, ni bukan caranya! kalau mama marah sekali pun cara ni takkan selesaikan masalah!" balas Aleeya yang ternyata tidak puas hati dengan kedatangan mamanya secara mengejut.

namun situasi itu sebaliknya telah membuka mata ibu mertua Aleeya. namun belum reda satu keadaan tiba-tiba nama Hanna muncul antara Aleeya dan Hariz.

"Dia pernah jadi girlfriend you?" soal Aleeya.

Hariz tak mengerti apa sebenarnya yang bermain di fikiran Aleeya. dia akui, Hanna merupakan antara calon isteri yang dicadangkan ibu bapanya. hubungannya dengan Hanna memang baik tapi semua itu kisah lama yang telah dilupakannya.

alasan yang diberi Hariz sukar diterima Aleeya. konflik bertambah rumit apabila Zariel muncul dan menuntut semula janjinya dengan Hariz.

Aleeya yang tersepit antara konflik dua lelaki, tak mampu berbuat apa-apa kerana pada masa sama dia baru mengetahui siapa sebenarnya Datin Seri Adila.



review:

novel ini adalah hasil penambahbaikan daripada novel karya Hani Fazuha (HF) terdahulu yang berjudul Sakitnya Tuh Di Sini.

jadinya, sebahagian jalan cerita novel ini anies dah sedia maklum. senang cerita, HF telah 'meluaskan dan menambah' plot cerita hingga terhasil 2 buah novel (combo set).

sejujurnya, anies agak sedikit kecewa dengan keadaan ni. sebagai peminat HF, anies memang sentiasa menantikan buah tangan terbaharu beliau. jadi bila dapat tahu yang novel ni di 'upgrade', anies hanya mampu mengeluh sajalah. nak tarik balik order pun dah tak guna.

sebelum ni, kalau HF keluarkan novel 'upgrade' macam ni, anies takkan beli. anies sanggup tunggu novel baru. tapi tak apalah. anggap sahaja pembelian novel ni sebagai sokongan kepada HF agar beliau terus berkarya lebih baik lagi pada masa hadapan.

penulisan dan idea yang HF garapkan novel ini memang terbaik. kali ni lebih banyak memainkan perasaan pembaca. cuma kalau perangai Aleeya tu lebih agresif, lagi best kot novel ni? sebab anies tak suka watak heroin lembik lembik atau pasrah je. bosanlah! cliché sangat. 

so untuk novel ni, daripada ★★★★★ anies bagi ★★★ 1/2

kalau korang berminat nak beli novel ni, sila klik link INI ya.


thanks 4 reading...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

47 Words of Lo♥e

  1. baca sinopsis pun menyakitkan hati..
    meh nak tepuk sikit mulut mak mertua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ex mak mertua dia pun mcm tu jg... panas je hati bla baca

      Delete
  2. novel upgrade ya xreti nk komen...ramai peminat novel tu n diupgrade tentu lebih menarik kan

    ReplyDelete
  3. Gracias por la reseña, suena muy interesante. Lo tendré en cuenta te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. simplemente disfruto las novelas románticas

      Delete
  4. buatlah cerita heroin penyokong Liverpool. hati tabah, jantung pun kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak we dia 'peti ais'. kena kecam pun kebal. selalu buat lawak of the year.

      Delete
    2. ha..ko buat novel ni, aku orang pertama beli

      Delete
    3. ko x leh baca. sbb ending dia amat menyakitkan dan boleh msk IJN

      Delete
  5. Rasanya sudah tinggalkan baca cerita cinta bersegi-segi. Hehe.
    Selamat membaca Anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ok lg. kalau drama sy tutup tv terus hehehe

      Delete
  6. kalau ada penuilis yang mama suka, akan mama ebeli semua bukunya

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya KA kagum dengan orang-orang yang boleh baca novel tebal-tebal. Novel paling tebal KA pernah baca adalah Lagenda Budak Setan masa sekolah. Tak silap tulisan Ahadiyat Akashah dan dijadikan filem dengan tajuk sama kan? Lepas tu novel kedua tebal, Kunang Pesisir Moten.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sempat baca novel2 ni. plus baca novel2 tebal ni kena ada minat jg

      Delete
  8. Oh upgrade, ingatkan buku motivasi je upgrade.. Fact or ilmiah ke bole la kan..

    Manik tu beli di GM Klang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penulis panjangkan cerita sedia ada. watak yg x wujud sblm ni diadakan

      Delete
  9. selamat membaca.. skrg bkn masa nk baca nanti ada budak dtg kacau sambil tarik buku

    ReplyDelete
  10. Parabéns pelo seu excelente trabalho e matéria.

    ReplyDelete
  11. Baca sinopsis diaaa pun dah rasa geram.. huhuu

    ReplyDelete
  12. kadang-kadang layan novel syok juga

    lihat kepada mesej yang ingin disampaikan dan permainan kata yang digunakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ada kala sy dpt belajar perkara baru dr novel2 ni

      Delete
  13. Complicated ceritanya ni. Bersangkut paut. Cliche macam drama melayu jugak ni, orang ketiga dan perkahwinan tak direstui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa laa tu. sik baik x diadaptasi ke drama novel ni😂

      Delete
    2. Kalau dibuat drama, habis semua penonton emo.hehehe...

      Delete
    3. emo x pe fiza jgn dicampak tv udah ler. nak raya ni😂

      Delete
  14. wah siap box ..mmg juai set buku 1 & 2 ye

    ReplyDelete
  15. Lepas baca sinopsis pun dah geram.. Kalau baca mau meradang.. hahaha..
    Sha pun sama tak berapa suka heroin pasif.. Kalau agresif baru syok baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psl😅😅😅kalau heroin tu dpn sy mau kena hempuk sedas😂

      Delete
  16. Dari sinopsisnya, nampaknya ini buku sangat menarik yaa kak aniess

    ReplyDelete
  17. Wah.. Lama tak baca novel.... Huhu...

    ReplyDelete
  18. Kdg2 kalau Kita dh suka author Tu mmg nak Beli semua Karya dia kan

    ReplyDelete
  19. tebalnya nk baca.. dpt kt harraz mau dikoyak. ohhh boleh baca jelah sinopsis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnr nya tak tebal pun...bg sy laa.. kalau bleh habisdlm ms 5 jam tu means tak tebal lg hahaaha

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆