Jadi PACA @ PRN Johor
5:14 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Semalam telah berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan kita pun dah tahu parti mana yang akan memerintah Johor untuk tempoh 5 tahun akan datang.
sebenarnya ini kali kedua anies jadi PACA selepas PRN Melaka pada bulan 11, tahun lepas.
tag / pas bertugas, Borang Sumpah Kerahsiaan, salinan kad pengenalan berwarna & Borang Pelantikan ejen (belakang borang pink) wajib ada dan mesti bawa ke bilik mengundi. jika gagal, ETM tidak dibenarkan masuk / bertugas.
apa tu PACA? PACA adalah akronim daripada Polling Agent & Counting Agent atau dalam bahasa Melayunya dipanggil Ejen Tempat Mengundi (ETM) & Ejen Mengira Undi (EMU).
Dalam kedua-dua PRN, anies ditugaskan sebagai Ejen Tempat Mengundi (ETM). Kalau korang masuk bilik mengundi, selain pegawai-pegawai SPR, korang pasti akan nampak 3 atau 4 pegawai lain berada di sudut bilik. Haa... tu laa ETM.
ETM ni terdiri daripada orang awam yang juga bertanggungjawab untuk memastikan proses pengundian dapat berjalan lancar.
Daripada tugas ETM juga sesebuah parti yang bertanding dapat mengenal pasti (jangkaan awal) peratusan yang keluar mengundi, kumpulan pengundi parti sekian sekian dan sebagainya.
Syif anies bermula jam 12.30 - 3.00. tapi anies bertolak awal sebab kawasan yang anies bertugas ni, anies tak pernah sampai lagi.
OTW ke Serom, singgah dulu pekan Merlimau untuk bersarapan. lepas tu barulah bertolak ke Serom melalui pekan Sungai Rambai - Kampung Kesang Tasik.
sarapan nasi lemak + telur mata + teh tarik suam.
jarak dari Kampung Kesang Tasik ke Serom tak jauh mana pun. lepas kenal pasti pusat mengundi, anies ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sampai ke Kangkar.
Pekan Kangkar, Johor.
dalam jam 12.15, anies pun bertolak ke SMK Tengku Mahmud Iskandar (SMKTMI). di sini merupakan salah satu pusat pengundian bagi N. 11 Serom yang mempunyai kira-kira 30 000++ pengundi berdaftar.
anies ditugaskan di Saluran 1. Saluran 1 terdiri daripada pengundi warga emas dan golongan OKU. jumlah pengundi yang didaftarkan di Saluran 1 SMKTMI adalah seramai 450 orang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar (SMKTMI), Sungai Mati, Johor.
Alhamdulillah, sepanjang anies bertugas tiada kejadian tak diingini berlaku. tambah pula staf SPR yang berada di situ, semuanya perempuan.
tepat jam 3.00 petang, tugas anies diganti ETM yang lain. selesai serahkan borang, terus bergerak pulang dalam keadaan cuaca yang teramattttt panas!!!
selamat datang ke Sg. Mati, Johor. Sg. Mati termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom. Kerusi DUN Serom ditandingi 4 calon.
jalan jammed teruk!
singgah Kue Street Cafe, Kg. Air Tawar Melaka untuk beli kopi dan dessert.
insya Allah anies akan kembali aktif berblog lepas ni. 🙏🙏 doa-doakanlah semoga istiqamah.
thanks 4 reading. daaa...
24 Words of Lo♥e
Greetings from Turkey:)
ReplyDeletehi Cam!
DeleteBanyak nama tugas dalam pilihan raya saya tidak tahu. Kira Anies boleh jalankan tugas di pelbagai negeri.
ReplyDeletemmg banyak. dalam bilik mengundi tugasnya lain. di luar bilik mengundi lain pulak kerjanya. mcm2. sbb tu PRU ni dibuatkan 5 thn sekali sebab selain kerja yg banyak dan rumit, belanja pun besar jg
DeleteSaya masa mengundi tak pernah jadi petugas pilihanraya. Datang mengundi dan balik.. Jadi PACA ni kiranya orang parti ke?
ReplyDeleteHi anies... Lama tak dengar berita... Ooo patut lah sibuk, jadi org spr👍👍
ReplyDeleteAssalamualaikumm Anies, lama tak ke sini,Alhamdulillah tugas sis berjalan lancar di sana. InshaAllah dipermudahkan urusan sis untuk aktif berblog Aameen.
ReplyDeletewaalaikumussalam terima kasih sudi singgah sini. saya ni baru nak aktif balik... hehe
Deletewah jadi pegawai PACA pula bertugas penuh n cemerlang tahniah anies
ReplyDeletebiasa je kak. bantu yg mana patut je hehe
Deletewelcome back awak... heheheh
ReplyDeleteOhh Anies terlibat dalam PRN Johor juga. kalau Anies bertugas kat kampung saya dah tentu jumpa. Hehe...
ReplyDeletetu lah. ada terfikir jg. kalau di tempatkan di segamat, mana tau boleh jumpa blogger fiza hehehe
DeleteWah! menarik jadi PACA ni dapat pengalaman di negeri orang
ReplyDeletejadi PACA ada dapat duit tak..
ReplyDeletesemoga istiqomah berblog kak Anies.. hehehehe.. semoga saya pun istiqomah.. Aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah semua berjalan lncar ye.. =)
ReplyDeletesemoga yang terpilih bisa bijaksana dalam memimpin kedepannya
ReplyDeletemelihat jalan dan bangunan di malaysia memang mirip Indonesia, tapi unik, jadi pengen kesana
wah..nape tak roger? dekat dengan kampung aku ni.
ReplyDeleteUih, rajinnya dia jaga pusat undi. Salute lah..
ReplyDeleteYeah!! Anies dah kembali..
ReplyDeleteBaru tahu sebahagian tugas berkaitan mengundi.. Nice..
waa tahniah jadi petugas
ReplyDeletesemogaaa mba anies kemabli aktif. haaaa. selalu tenggelam timbul entah ke mana.
ReplyDeletetahun ni tak jd ke anies? haha lupa pulak nk tanya
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆