Rumah terbuka Nuffnang 2014 yang ____________
11:32 am
✿...السلام عليكم✿
Selasa lepas, ketika buka email ni...
biar betul ni? tak kot... Nuffnang tersalah hantar ni... tapi bila baca semula, eh... betullah! pastu mulalah acara tari menari setempat sambil tersengih2 macam kerang tembelang. Alhamdulillah... rezeki dengan YAB Nuffnang lagi...
Sabtu lepas, habis je open house kat
kilang Max Oil, terus kami ke Damansara Height.
sincerely, kami memanglah tersangat tak familiar
dengan kawasan kejiranan orang kaya ni.
pusing punya pusing... tak jumpa jalan.
bila tengok signboard, dan jumpa jalan
yang sebenar, tapi pastu tersilap loronglah pulak.
kena berpatah balik. entah macam mana boleh
termasuk highway... tak pasal2 dari jalan
tak ada tol... kena bayar tol... hambeekk ko!
kenapa tak guna GPS? kami guna... tapi tu la...
si driver ni asyik menceceh je sepanjang jalan.
mana laa nak dengar suara cik GPS tu...
hampir setengah jam melilau kat area Damansara tu,
akhirnya jumpa juga tempat yang dituju...
Wanaka The Bungalow. terletak di Jalan Dungun, Damansara Height. banglo ni terletak di atas bukit. so, kena panjang sikit leher untuk mencari sebab kat bahagian luar banglo ni memang tak ada signboard. kami cam tempat ni pun sebab ternampak banner Nuffnang.
kami sampai kira-kira pukul 3.40 petang.
masa tu, tengok kereta dah berderet kat
tepi jalan. tiba di kat pintu masuk... mata anies
dah ternampak seseorang yang sangat2 familiar.
dalam masa yang sama, dalam hati dah set,
nak cari someone yang supposed anies jumpa pada
bulan puasa hari tu tapi sayangnya kami tak berjodoh...
then bila sampai je kat banglo, sah! memang dia orangnya!
so, nak tahu siapa orangnya?
tadaaa... ni la orangnya! masa kat pintu masuk, anies jumpa 'abang Nara' ... sapa tak kenal kan dengan pemilik blog tentang artis tersohor ni... Beautifulnara. com. @ BN. sebelum datang ke sini, anies memang dah agak, BN mesti datang punyalah! then seterusnya... blogger Farah Wahyda a.k.a Mrs Secretary! farah tanya anies kenapa tak beritahu nak datang... anies cakap, sesaja... nak wat suprise kekonon... lepas tu, macam2 ceritalah yang 'terjadi' antara kami ni...
lepas register, kami merayau2 dalam banglo tu.
dah macam YB melawat kawasan pulak...
sambil2 tu kami cari juga laa mana2 blogger2 yang
kami kenal. tapi tu laa... jumpa muka yang familiar dan famous je...
macam blogger2 kat bawah ni...
pemilik blog kupukupukecik... siapa lagi kalau bukan Yuyu Zulaika! first time jumpa dan... alahai... comel je dia ni... tambah2 lagi tengah pregnant. katanya dah masuk 8 bulan. sempat anies usik dia... bersalin kat Langkawi ke? cepat2 dia menggeleng sambil ketawa. Yuyu datang bersama suaminya...
blogger yang tak perlu diperkenalkan lagi... seorang pencinta warna merah... siapa lagi kalau bukan blogger Red Mummy! sama macam Yuyu, RM pun datang bersama suaminya. ni pun first time bertentangan mata dengannya...
well, mari kita skodeng apa yang ada / berlaku
kat dalam Wanaka The Bungalow ni?
lepas register, setiap orang akan diberi kertas ni. macam kuiz laa... so, just follow the instruction, merayau2 sikit dalam banglo tu then submit. of coz, ada hadiah menarik disediakan.
antara fun games yang dijalankan sepanjang open house ni... memang sporting laa blogger2 ni walaupun berlainan bangsa!
ada demo memasak by blogger Kasih Aleeya. hari tu, beliau masak kuah lontong dan sambal ikan bilis (kalau tak silap laa). oh, ya! kalau nak tengok gambar2 sepanjang #NNRaya ni, boleh terjah blog beliau.
wishing board dan #WowPhotoBooth. tapi yang paling curi tumpuan of coz WowPhotoBooth la... tak percaya? tengoklah pic kat bawah ni!
mentang2 laa FOC kan... sampai repeat gitu... gambar ni nak frame kan sebagai kenangan. ye laa... next year belum tentu dapat lagi ke tak peluang macam ni... nak tahu lebih lanjut tentang WowPhotoBooth, klik DI SINI.
kambing golek dan mille crepe by Humble Beginning. punya laa sedap mille crepe ni... entah berapa ketul selamat masuk ke perut! kalau yu ols nak rasa mille crepe ni, klik DI SINI.
port yang sentiasa menjadi sasaran pengunjung di mana2 sahaja rumah terbuka.
kalau selama ni jumpa di alam maya je kan... bila dah bertentangan mata ni, masing2 memang berborak sakan la...
halaman Wanaka The Bungalow. beberapa jam sebelum majlis, hujan turun di kawasan tu. so, kawasan agak redup dan sedikit basah.
last but not least... di kesempatan ini anies nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada pihak Nuffnang serta para sponsor2 kerana memilih anies untuk menghadiri #NNRaya pada kali ini. suatu pengalaman yang menyeronokkan bila dapat berkumpul beramai2 di bawah satu bumbung macam ni walaupun tak pernah bertemu / bertentangan mata sebelum ini. TERIMA KASIH juga kepada blogger Farah dan minta maaf banyak2 sebab sebelum balik, tak sempat nak jumpa. kami ada hal lain lepas tu... dan harap2 next time kita jumpa kat SP pulak ya!
eh, satu lagi! TERIMA KASIH Nuffnang! dok diam2 lelama sikit yaa...
tu sahaja cerita bergambar kali ni...
daaa..
37 Words of Lo♥e
wah..bestnya..:)
ReplyDeletewah..seronoknya anies dapat join rumah terbuka nuffanng tu...mesti happening kan dapat jumpa ramai blogger
ReplyDeleteDAPAT JEMPUTAN JUGAK.. TP X DAPAT JOIN ... SBB SUAMI ADA SEKOAH GANTI PAGI TU.. PTG PULAK ADA OPEN HOUSE ... DAN NAK BELI BRG UTK KENDURI RUMAH METUA.. BESTNYA DAPAT JUMPA BLOGGER LAIN..
ReplyDeleteperghh...jadi tetamu NN gitu...femes la katakan...
ReplyDeleteHappening ..meriah..
ReplyDeletedi jemput juga...
mustahil agaknya klu pergi..
sbb bkn jiwa kut..
Wahh seronoknya... sayangnya, saya ada beberapa jemputan pada hari yg sama juga & terpaksa dari awal2 melupakannya. In shaa Allah, ada rezeki tahun depan nak juga join, boleh jumpa blogger2 retis hehee.. Nice sharing Anies.. :)
ReplyDeleteWah bestnya dapat jemputan Nuffnang open house.. tahniah anis
ReplyDeletebestnya.. :)
ReplyDeleteSalam. Hee sungguh meriah juga suasana.
ReplyDeleteTak pernah attend nuffnang punya event huhu... sebab jarang check email... ntah2 ada invitation macam2 kan :-D
ReplyDeleteWahhh...bestnya dapat jemputan...
ReplyDeleteWah meriahnya open house Nuffnang nie ^_^
ReplyDeleteBestnya anies..akak kerja hari tu..kalau tak mungkin kita berjodoh jumpa di sana..
ReplyDeleteLepas ni kalau ada event nuffnang buat nak turut serta gak la...nampak mcm menarik.
ReplyDeletewah meriahnya... sayang tak dapat join sebab diluar KL... kalau ada kesempatan boleh join juga... :D
ReplyDeleteSonoknye anies, cemburu lak Cikna nengoknye.....;-)
ReplyDeletefarra ada tag anies
ReplyDeletehttp://greenfarra.blogspot.com/2014/08/the-versatile-anugerah-blogger.html
untunglah anis kawan2 gan retiss.. bestnyaa.. meriah kauu!
ReplyDeleteWah meriahnya.
ReplyDeleteAbang Nara @ Nazuwan Ahmad tu 1 batch dengan saya kat SMAP dulu.
(tumpang glemer sikit ye abang Nara).
WAH BEST SGT NI..
ReplyDeletemeriah nampaknya :)
ReplyDeletewaaa..dah masuk kumpulan retis
ReplyDeletewaaa..dah masuk kumpulan retis
ReplyDeletebestnyer..bila la CN dapat join event mcm tu yer ;)
ReplyDeleteAssalammualaikum... anies,
ReplyDeletemeriah nampaknyer rumah terbuka nuffnang nie kan.. nice tahniah dapat jumpa blogger yang femes...
mselim3
alhamdulillah, rezeki di hari raya.. tapi saya lambat komen. jadi saya ucapkan selamat hari merdeka kpd cik anies.. hehehe.. <3
ReplyDeletePastinya acaranya seruvdan meriah ya kak :)
ReplyDeletekiranya happening majlis tu ye anies..
ReplyDeletewow bestnya...lain kali Nuffnang buat kat Utara or Kelantan...boleh join sama..
ReplyDeleteanies pun tak kurang femes..
ReplyDeletetulah diinvite..
tumpang seronok baca pengalaman anies..
bestnya dapat joinnn..
ReplyDeletebestnyaaa... have fun semua blogger2 :) makanna pun sedap2
ReplyDeleteSalam sis anis, slmt berkenalan.. kalau ada nuffnang event, next time, bley kenal2 :)
ReplyDeletehttp://cekelatmanih.blogspot.com/2014/08/nuffnang-house-raya.html
Serius best.... syoknyer klo bpluang join..
ReplyDeleteAlahaii.. mmg cutenya yuyu zulaikha.. kecik molek je
Anis joinka? wah mesti happening kan?
ReplyDeleteAda dapat hadiah tak?
Sebelum terlupa singgah dari blog kak mia
ReplyDeleteMmg best kan hari tue.. igt lagI kita sampai peluh ketiaq dok naik turun tangga cari logo umobile...hehehe
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆