Menonton teater Di Bawah Lindungan Kaabah

9:44 am

✿...السلام عليكم✿

Ini cerita last week punyer...
dalam sibuk2 mengambil alih tugasan
opismet yang resign secara tiba-tiba,
(memang tahu dia nak resign
tapi khabarnya hujung bulan)
kami sempat juga memanjangkan
kaki untuk menonton teater.

sebenarnya ini plan last minute.
memang ada niat nak pergi tengok
sebelum ni bila baca berita mengatakan
teater ni mendapat sambutan hangat.

dan.... lepas tengok teater ni...
apa komen anies?

mmm... nak ulas panjang2, bukannya terer sangat.
tapi kalau bagi mereka yang dah pernah
tengok karya agung ni menerusi layar perak
atau membaca sendiri penulisan Allahyarham Dr. Hamka,
pasti akan berasa sedikit kecewa atau terkilan.

kenapa?
sebabnya, of coz ianya TAK SAMA seperti yang ditonton
atau yang dibaca.
pada anies, penulis skrip / pengarah teater ini
cuma mengambil plot2 / part2 yang menarik sahaja.
dialog / skrip yang dilontarkan pula
tidak 'berbunga' sangat sehingga
ia sama seperti sebuah teater moden.
tu belum sentuh lagi part costume, 'iklan Nasha Aziz' dan sebagainya.

overall, dari 5 bintang...
anies beri 3 1/2 bintang.
pada anies, karya agung sebegini
harus digarap dengan lebih baik.
bukan sahaja daripada buah fikiran
orang industri / karyawan tetapi juga harus ada
sentuhan daripada golongan sasterawan.

tu sahaja...
just my two cent ^_^
so, layankan je la yek apa yang
sempat anies snap ni...

kami pergi ber'6'...

poster barisan pelakon2 tambahan.

replika pelakon2 utama yang menjadi tumpuan pengunjung di lobi IB.

ini harus ada khususnya generasi2 yang tidak mengenali siapa itu Allahyarham Dr. Hamka.

disebabkan sepanjang teater berlangsung tidak dibenarkan sebarang rakaman / fotografi dibuat,
maka di sesi pengenalan barisan pelakon barulah dapat mengambil gambar.

teraju utama untuk watak Hamid dan Zainab,
 Adi Putra dan Nasha Aziz.

sesi autograph.
dari kanan, Dayana Roza, Elfira Loy, Yasmin Hani, Dafi dan Taufiq Izmir.
psssttt... suka tengok si Taufiq ni bila tersenyum.
minah2 yang dok belakang anies
menjerit2 dok panggil si Taufiq ni...

Adi Putra datang selepas menukar costume.
tak amik pun gambar dengan dia.
dapat tengok depan2 pun dah puas ati...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

16 Words of Lo♥e

  1. SALAM PAGI..RAMAI YG PUJI TEATER NI
    SANGAT MENARIK.
    http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award_19.html

    ReplyDelete
  2. wah ramai yng kata cukup menarik teater ni yer !

    ReplyDelete
  3. tak berkesempatan tengok teater ni, tapi review kata best.Anies pernah baca novel dia ke?biasa orang dah pernah baca novel yang ada high expectations..

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa dpt tgk teater..pas tuh dpt plak tgk artis yer.. :)

    ReplyDelete
  5. Surat khabar kata dapat sambutan hangat smpai penonton dri Spore pun dtg..

    ReplyDelete
  6. wahh merasa masuk IB yea...
    nengok live lg...
    ecah rajin g luar IB tu je..mkn char kuey teow...hahahahha

    ReplyDelete
  7. IB tgk drp luar jer ... x pernah masuk pun ... klu mcm tu punya byk kepincangan , mcm x berbaloi jer beli tiket tu kan ...

    ReplyDelete
  8. belum berkesempatan tonton teater lagi...

    ReplyDelete
  9. Tau teater ni dalam paper je anies...
    Best la dpt tengok secara live

    ReplyDelete
  10. alamak bestnya tengok adi putra itu... hihihi

    ReplyDelete
  11. tak pernah pun tengok teater.... teringin sangat

    ReplyDelete
  12. bestnyer... pernah tengok citer indon "Dibawah lindungan Ka'bah | tu. ending nya mcm pelik jer..

    kalau dpt tengok teater ni mesti best kan..

    ReplyDelete
  13. sronoknya...
    dpt tgk teater ni...
    pelakon dia pon mantop2

    ReplyDelete
  14. Sudah lama juga tak kunjungi teater :)

    ReplyDelete
  15. nina la manusia yg tak pernah tgk teater.. hehehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆