Shopaholic abroad chapter 5 : Gramedia & Toko Wali Songo, Jakarta

11:29 am

...السلام عليكم

Sebelum bertolak balik ke Malaysia (sob, sob... sambil lap hingus yang meleleh), kami singgah sebentar di dua buah toko buku terkenal di Jakarta iaitu Gramedia dan Toko Wali Songo.
jarak antara kedua-dua toko buku ni tak lah jauh sangat.
kalau tak jammed, mungkin dalam sekitar 15-20 minit sahaja.

rasanya, nama Gramedia bukanlah asing bagi orang kat Malaysia ni esp. yang selalu menebeng kat The Mines.
ya, salah satu branch Gramedia ada kat sana.

menurut 'pak supir', Gramedia yang kami terjah ni merupakan HQ Gramedia dan terletak di Jalan Matraman Jaya, Jakarta Pusat.

ada jutaan buku dalam pelbagai tajuk dan genre yang boleh yu ols peroleh kat sini.
selain buku, gadget, CD / DVD, stationaries, etc turut terjual di sini.

agak terkilan jugalah masa anies datang ke sini.
buku2 berbahasa Inggeris kat sini sangat2 limited bilangannya.
anies ulang: limited okey!
ada buku yang menggunakan judul berbahasa Inggeris, tapi isi kandungannya fully Indonesian, ya!
so, memang tersentaplah anies di situ.

oleh kerana masing2 dah meroyan apabila ternampak buku, jadinya memang tak banyak gambar yang dapat diambil (di Gramedia khususnya) untuk dikongsi bersama.

ni lah bangunannya.
ada 5 tingkat (kalau tak silap) dan terletak betul2 tepi jalan.
gambar : credit.

view Gramedia dari jauh.
puas tau nak 'menawaf' satu bangunan ni.
gambar : credit.

beginilah rupanya keadaan di dalam Gramedia ni.
daripada pemerhatian anies, buku2 best seller dan terbaharu akan diletakkan di 'island' macam pic kat atas ni.
manakala buku2 sedia ada diletakkan di rak.
gambar : credit.

sama macam kat bookstore yang lain, kat sini yu ols boleh buat macam kat rumah sendiri.
nak baca buku dari pagi sampai ke malam pun, takde sapa yang nak marah.
gambar : credit.

buku ni lah yang membuatkan anies terkeciwa tahap gaban dan tersentap-mentap
sebab apa?
sebabnya buku ni dah translate dalam bahasa Indonesia.
arrrghhhhh memang tension giler!
sebenarnya anies nak yang dalam bahasa Inggeris.
bukan tak suka bahasa Indonesia tapi perkataan yang sukar nak faham tu...
adoyaiii... boleh demam mak jemah dibuatnya!
gambar : credit.

dan satu lagi buku ni.
masa kat IBF (ceritanya ada di sini), ada jumpa.
tapi sama macam buku kat atas.
dah siap translate dalam bahasa Indonesia.
kesian anies...
gambar : credit.

tajuk kemain...
dalam bahasa Inggeris.
tapi sekali selak...
adoyaiii... 99.99% Indonesian, okey!

dari segi kandungan buku, layout, grafik design, penerbit2 di Indonesia memang tip toplah!
judul2 buku pun memang kaw2 lah.
yang anies suka, kadang kala kita tak terfikir pun ada judul2 buku yang bunyinya pelik tapi kreatif.

khusyuk betul haji anuwar mengadap buku.
sampai tak sedar kami curi2 gambarnya.

for more info about Gramedia, click here.

>>::<<

selepas makan tengah hari, sepertimana yang dijanji, kami berhenti di Toko Wali Songo sebagai  destinasi terakhir untuk membuang duit.
yelah kan... pasni entah dapat pergi lagi ke tak.
kalau ada, adalah rezekinya.
kalau tak, anggaplah ni kenangan terakhir.
eceh!

toko buku Wali Songo ni antara kedai buku Islami yang terkenal di Jakarta.
terletak di jalan Kwitang Raya, No. 13 Kel. Kwitang, Kec. Senen, Jakarta Pusat.
(amik ko! lengkap punya address!)
selain buku2 Islami, busana, CD/ DVD, kurma, minyak wangi, barangan kecantikan, brooch, telekung,  kopiah dan pelbagai lagi barangan turut terjual di sini.

bangunan toko buku Wali Songo ni ada 4 tingkat.
setiap tingkat mempamerkan pelbagai jenis barangan yang berbeza.
sebagai contoh, tingkat bawah hanya menjual buku2 Islami sahaja.

view dari tepi jalan.

masa anies sampai, orang tengah solat Asar.
maka kedai2 kecil bersebelahan toko Wali Songo ni ditutup dan peniaga akan solat berjemaah bersama2.

surau bersebelahan dengan toko Wali Songo.

ni antara buku terlaris yang sempat anies rembat.
insya-allah ada masa nanti anies akan review buku ni.

antara barangan yang dijual di sini.
harga? boleh tahan jugalah.

kalau kat Tanah Abang or Pasar Baru, memang susah nak cari jubah lelaki.
tapi kat sini ada pelbagai pilihan.
cuma sediakan duit je.

fesyen dan jenis kain jubah juga berkualiti.
tapi kalau berhasrat nak tawar menawar, maaflah.
kat sini bukan tempatnya.

pelbagai jenis frame ada di sini.

bukan tak nak beli tapi beg dah terlebih muatan.
camne tu??
ada sapa yang sudi tumpangkan bagasi?

hah, tengok tu!
jubah untuk sefamily pun ada!
boleh buat baju raya ni.
sedondon sedondeng gitewww

sebagai penutup entry jalan2 buang duit di Jakarta / Bandung, terimalah unpaid model kami, budak ticit.
penghibur lara kami sepanjang hampir seminggu di sana.

di kesempatan ni juga, anies nak ucapkan terima kasih banyak2 di atas semua komen2 yu ols.
yang tak komen tapi sudi singgah ke rumah blog anies ni, juga diucapkan terima kasih daun senduduk keladi.
jangan serik noo... 

kalau nak review entries sepanjang anies kat sana, silalah klik link2 ni.
jangan malu, jangan segan ya...

Bogor:

Jakarta:

Bandung:

Bekasi Barat:

terima kasih sekali lagi.
daaaa....

Kisah Silam Untuk Masa Depan

25 Words of Lo♥e

  1. Panjang senarainya tu Anies...tapi akak dah baca kesemuanya.

    ReplyDelete
  2. puas hati baca n3 Anies,banyak tempat dapat Anies singgah kan,sangat bagus untuk panduan bila nak pergi lain kali.

    ReplyDelete
  3. uwaaaa... seronoknya... jalan2 kat indon... bila saya nak gi bandung ni...

    ReplyDelete
  4. sedihkan dah nak balik..
    tapi puas hati datang sini semua tempat femes anies singgah..seronoknya

    ReplyDelete
  5. photoshop dah cs6 ke? oh, ketiggalannya saya :(

    ReplyDelete
  6. dpt kat anak2 dara KA mahu tidur theyals kat dalam kedai buku tu !

    ReplyDelete
  7. wah best tuh :)
    islamic sungguh kan kt sn? :)

    ReplyDelete
  8. ##bukan malware..masalah feed je..

    ReplyDelete
  9. erm, da abes ke ni.....
    lepas ni travelog negara mana pulak ye anies... hehe

    ReplyDelete
  10. psss....jika berminat utk buku add math tu...mail details kat rietta...

    henrietta3321@gmail.com

    ReplyDelete
  11. bila agaknya saya dapat pergi sana

    ReplyDelete
  12. Anies...kalau dah duduk dalam kedai buku berjam jam pun tak terasa masa berjalan yer..

    ReplyDelete
  13. assalam dear..ehem nampaknya anies kena cari satu jurubahasa dr indonesia utk tolong terjemahkan.. ;)

    ReplyDelete
  14. pening baca buku bahasa indon..byk yg tak faham..tapi bahasa diorg standardnya sgt tinggi..kita byk bahasa rojak.

    cantik jubah2 tu..

    p/s ada tanam cili yg mmg dah ada buah...akak jaga je terus arwah pokok cili tu

    ReplyDelete
  15. habis dah eh.... huwaaah... seronoknya.. kire hbis travel dah tempat2 best kat sana ni.. hehe.. teringin nak pegi bandung.. atau lawat danau toba..(tak pasal) ehehe..

    ReplyDelete
  16. jauh perjalanan luas pemandangan kan..??

    ReplyDelete
  17. pergh. siap boleh bersila lagi kat bookstore. ada stgh bookstore. nak belek baca pun xkasi. kalo nak, kena beli. hihihi
    btw. comel sangat budak tecik tuuu. hehe

    ReplyDelete
  18. bestnya ronda ronda...
    selamat cecah semula kaki ke tanah pertiwi.

    ReplyDelete
  19. Bestnye sis dapat jalan2 macam ni...besar gile kedai buku kat sana kan :)

    ReplyDelete
  20. Kalau dah ulat buku, dpt ke kedai buku mmg teruja habis la kan, tp tula dah di translate ke Indon-spoil mood la pulak kan..

    ReplyDelete
  21. menarik..
    eyh.blh baca buku kat book store.. rasanya kat sini sekadar belek2 je blh la kan..klo nak mbaca mau kna perambat.

    ReplyDelete
  22. seronoknya anies...!!!!books adalah cinta k'imi :))))) tp mmg sayanglakan klau dh semuanya translated into bahasa Indonesia ..sobsobsob....

    ReplyDelete
  23. bagus ini kak toko gramedia memang lengkap koleksi buku nya, kebetulan saya juga sering beli buku di gramedia cabang di daerah saya, tapi lumayan mahal juga harga nya :D

    ReplyDelete
  24. Di Indonesia, buku dalam bahasa Inggris memang jarang kak. Mostly buku sudah diterjemahkan dalam bhs Indonesia.

    Daaaan yg lebih sedih, harga buku BHS Inggris di sini mahaaaaal 😅.

    Itulah kenapa, tiap kali saya ke Malaysia, saya selalu mampir ke toko buku popular dan beli banyak buku bhs Inggris disana karena jauuuh lebih murah.

    Tapi saya juga suka cari novel bahasa Melayu, Krn dulu saya melatih bahasa Malaysia saya dengan membaca novel lokal di sana. Tiap kali ada istilah yang saya tak paham, saya tanya teman yg orang Malaysia , apa artinya. Dulu saya lumayan lancar cakap Malaysia, tapi kalo skr nih sebatas paham, tapi rasanya lidah dah agak kaku bicara Melayu 🤣. Jadi kalo ajak nak buku BHS Inggris, bagus beli di Malaysia, Krn Hrg lebih murah. Indonesia tuh mahal utk buku impor. Saya tak rekomen beli di sini

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆