30.03.13 : It's a beautiful day! (12.30pm~3.30pm)

8:40 am

...السلام عليكم

Sambungan daripada:
30.03.13 : It's a beautiful day! (3.30am~5am)
30.03.13 : It's a beautiful day! (5am~7.45am)
30.03.13 : It's a beautiful day! (9.30am~12.30pm)

cepatnya masa berlalu.
seriously, tak puas berada kat Langkawi ni dalam tempoh kurang daripada 10 jam.
pejam celik, pejam celik... tup tup...
dah kena balik semula ke KL.

kepada yang bertanya, macam mana anies boleh dapat naik Charlie ya? (cerita tentang Charlie ada kat link di atas tu)
sebenarnya semua ni kerana tunang kepada officemate anies.
dia seorang pegawai tentera.
kerana beliaulah, anies dapat merasa pengalaman naik aircraft ni, sekaligus memberi peluang menyaksikan L.I.M.A 2013 secara percuma.

alhamdulillah...
satu moment yang pasti tak kan anies lupa sampai bila2.

well, lepas balik dari Pusat Bandar Kuah, kami terus menuju ke tapak di mana berlangsungnya L.I.M.A 2013, yang terletak bersebelahan airport Langkawi.
jalan sangat2 sesak sebab orang ramai nak menyaksikan pertunjukan udara untuk kali terakhir yang dijadualkan bernula pada pukul 2pm.

tak nak menceceh panjang2.
layankan je ye apa yang ada ni...

sebelum masuk Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), bergambar di hadapan pesawat Eurofighter Typoon ni hukumnya wajib.
oit, bukan replika tau!
nak duduk kat kokpit tu, mahu sejam beratur baru dapat turn!


antara pegawai tentera yang ikut serta dalam rombongan ni...
amacam?
ensem ke tak?
tak ensem?
tak pe...

view MIEC dari depan.

walaupun kelihatan redup tapi sebenarnya panas giler!

lai... lai... kita tengok apa yang ada kat dalam MIEC ni...

masa ni, orang ramai dah berpusu2 keluar.
sebab hanya beberapa minit sahaja lagi pertunjukan udara (HO) akan berlangsung.

directory ni banyak membantu.
jangan risau kalau tersesat or tak jumpa tapak pameran.

sebenarnya bukan nak ambil pun gambar mamat ni.
tetiba je dia muncul.
well, apa yang ada di dalam MIEC ni?
segala atuk nenek tentang maritim dipamerkan termasuk syarikat2 yang membuat kapal, syarikat2 yang membantu melancarkan sistem maritim dan banyak lagi.
MIEC sangat2 luas.
tak sempat nak menjelajah keseluruhan tempat.


bukan sahaja syarikat tempatan, malah syarikat2 luar juga turut mengambil bahagian.


jentera, kenderaan, replika kapal etc. turut dibawa masuk ke dalam MIEC ni.
kalau nak test drive pun boleh.
tapi tak bergeraklah...
macam pic kat atas ni...

segala maklumat tentang L.I.M.A 2013 akan dikumpulkan di sini oleh wartawan dan pemberita dari seluruh dunia.

jangan risau tentang makanan.
MIEC turut menyediakan kiosk.
tapi harganya mahal la...

moh kita tengok apa yang berlaku kat luar MIEC?

deretan bendera, termasuk bendera negara2 yang mengambil bahagian dalam L.I.M.A 2013.

orang sangat2 ramai, okey...

jangan tanya anies...
ni pesawat apa...
yang tu pesawat apa ya!
memang sepatah haram anies tak tahu...
hehehe

anak2 kecil dan budak2 muda lah yang paling teruja bila tengok pesawat2 canggih di depan mata.
yelah... sebelum ni cuma tengok kat langit je kan?

okey... yang ni anies tahu pesawat apa.
ni pesawat milik TUDM.
hehehe...

ada pesawat / heli yang boleh diambil gambar secara dekat.
ada yang tak boleh kecuali yu ols pakai tag 'reporter'.
any pesawat yu ols boleh terjah tanpa sebarang kawalan.

tak larat nak jelajah dari satu pesawat ke satu pesawat yang lain.
tak tahan cuaca yang amat2 panas.
walaupun langit kelihatan mendung.

cuma pesawat komersial sahaja yang tak dipamerkan di L.I.M.A.
yang lain2 semuanya ada.


yu ols juga boleh bergambar dengan pilot2 yang mengendalikan pesawat masing2.
nak yang local ke, foreigner ke...
semua ada..

tak dapat naik, dapat bergambar pun cukup laa...

oh ya...
kebanyakan yang ambil bahagian dalam L.I.M.A terutama bidang aerospace ni terdiri daripada kementerian pertahanan udara dari pelbagai negara.

kalau terer, heli ni milik TUDM ke, TLDM??



ketika ni, bunyi bingit dah kedengaran dari sebelah sana.
it means, pesawat2 yang bakal membuat pertunjukan udara tengah memanaskan enjin.

orang ramai sedang menanti pertunjukan udara.

pertunjukan pertama dimulakan dengan US Air Force.
antara pesawat terbesar yang dibawa ke Langkawi kali ini.

bunyinya memang dahsyat walaupun berada jauh di udara.

seterusnya...
pertunjukan Eurofighter Typoon.
antara pesawat tercanggih yang turut berada di L.I.M.A 2013.



tu bukan bom ya...

seterusnya, Keris Sakti.
pesawat milik TUDM dan aksi stunt ni juga dilakukan oleh anak Malaysia!
well done!

banyak pic yang diambil semuanya gambar langit.
so agak keciwa di situ.
tapi tak mengapalah.
yang penting dah puas hati dapat tengok dengan mata sendiri walaupun sakit2 tengkuk dibuatnya.
;-)


anies tak sempat nak saksikan semua persembahan yang ada.
sebabnya, kami terpaksa bergerak ke airport untuk check in pada pukul 4pm.

di kesempatan ni, anies nak ucapkan TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada Wani & tunangnya (kerana merealisasikan 'angan2' anies) Encik Zaki, Shah serta pihak TUDM yang banyak membantu kami sepanjang berada di Langkawi.
semoga budi baik kalian, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

kepada kawan2 yang sudi membaca dan drop komen untuk entry2 yang dikongsikan ni, juga terima kasih banyak2.
jangan serik no...
see ya...

daaa....

Kisah Silam Untuk Masa Depan

17 Words of Lo♥e

  1. ramai jugak org yerr
    nureen ta pernah pegi lima
    sronok jugak.. dlm tv pon x berkesempatan nk tgk sgt
    merata anies jln2 yerr :)

    ReplyDelete
  2. memang bestlah kalau dapat naik typhoon tu

    ReplyDelete
  3. wah best mmg pengalaman yang menarik sgt2 ni

    ReplyDelete
  4. oic teruja tgk sendiri yer... mesti kuatkan dgr deruman kapal terbang tu...

    ReplyDelete
  5. LIMA tu hubby teringin sgt nak pi..

    ReplyDelete
  6. best nyer dapat tengok LIMA. jelesnya rasa dapat lagi naik aircarft...

    wah.. banyak tul jeles kita kat awak yer

    ReplyDelete
  7. adik ipar 3 org kerja dgn ATM...
    untung kalau ada org dalam ni anies, rezeki juga..

    dapat juga tengok LIMA, bestnya..

    ReplyDelete
  8. Hee betul juga tekaan ummi nak ke Langkawi. Memang best Anies dapat peluang macam tu,jarang orang dapat, nanti kalau nak naik lagi ajaklah ummi sekali, hik!

    ReplyDelete
  9. uiii hensem2 abg tentera tauu.. :p

    ReplyDelete
  10. Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Dapatkan 10% diskaun. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

    Terima kasih.
    ~Hijab valley~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. bestnya dapat naik Charlie...:)

    ReplyDelete
  12. Seronoknya..ros tringin nak gi tgk..tp kna tggu anak besar dulu la nampakmya :(

    ReplyDelete
  13. ramainya orang..kalau Noor pun sibuk nak bgambar jugak!!hehehe..

    ReplyDelete
  14. wah... pengalaman yg menarik ni.. best kan.. :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆