Ever Green Hotel, Cisarua, Bogor

9:31 am

...السلام عليكم

Ketika sampai di hotel ni, jam dah menunjukkan pukul 10 malam.
dah lewat sebenarnya.
ni disebabkan hotel yang pertama tetiba meletakkan harga yang lebih tinggi gara2 keesokan harinya adalah cuti umum.
so terpaksalah mengubah plan B.
walaupun begitu, kami sangat2 bersyukur kerana hotel kedua ni, jauh lebih murah daripada hotel pertama.
untuk semalaman, kami cuma bayar tak lebih dari Rp150 000! (+-RM47)
alhamdulillah...
>>::<<

bila bangun pagi, ayat pertama yang keluar dari mulut anies adalah:
"sejuknyaaaaa..."

masa tulah anies baru tahu yang hotel ni dekat kaki bukit.
patutlah tak ada air cond dan kipas.
lepas tu, cepat2 pergi ke toilet then pulas kepala paip.
"sejuknyaaaaaa..."

tambah pulak, dalam toilet tak ada heater.
so yu ols boleh imagine, pagi tu kami mandi ala2 P. Ramlee gitew...
(except myself, except myself! ;-)

jom jenguk2pic yang ada ni!
hotel ni sangat cantik hokey!
ianya bukan macam hotel biasa.
ianya berkonsepkan homestay.
ada pelbagai kemudahan yang disediakan.
spa ikan, swimming pool, kedai, etc.

pendek kata, hotel ni...
sangat2 luas.
sangat2 nyaman.
sangat2 ________ (korang isi sendirilah!)
siyes!

nampak perkataan Ever je...
hotel ni bertaraf tiga bintang.

lebih kurang macam 7E.

ruang rehat.
kusyen ni diperbuat daripada buluh.
besar2 buluhnya.
mana ek diorang dapat?
kalau buat lemang, sure sebulan tak habis makan! ;-)

ruang rehat / makan.
'rumah' yang kami menginap ni ada 4 bilik.
setiap bilik ada bilik air.
orang lelaki tidur di luar.
ibu mengandung dan orang pompuan tidoq di dalam bilik.

setiap bilik ada 3 katil (super single)
sayangnya tak ada almari.
yang ada cuma meja solek.

oleh kerana sampai sini dah malam, masing2 dah letih.
acu tengok beg masing2.
mengalahkan nak pergi haji!

sangat2 letih wooo...
kena pulak badan tak sihat time tu...

menu sarapan pagi - masak sendiri.
ni murtabak maggi.
sodaaappp...

view permandangan luar dari dalam hotel.

sebahagian makanan yang dibawa dari Malaysia.
pergi Indon = macam Indon dalam perintah berkurung dan darurat!
penuh semeja!

swimming pool menggamit2 untuk mandi.
tapi apakan daya...

sebahagian daripada bangunan2 hotel yang ada...
dan sebahagian juga rumah2 penduduk.
suka sangat2 tengok view ni.
combination warna biru dan hijau...
subhanallah!

tensen je tengok iklan kat TV Indon ni.
selang 2 minit, iklan rokok.
selang 2 minit iklan rokok lagi.
selang 2 minit...
anies tutup TV!



tangga ke tingkat atas.


walaupun hotel ni konsepnya macam homestay, tapi jangan bimbang tentang keselamatan.
ada pak guard yang menjaga 24 jam.
acu tengok kat belakang tu...
sejuk mata memandang.

bila ternampak kereta Exora ni parking depan hotel, tiba2...
"waaaa...rindu nak balik Malaysia..."
mengada2lah anies ni!

kawasan di hadapan hotel.

bilik2 kecil di tingkat bawah.

tak tahulah, ni posing apa namanya...

avocado yang besar2.
kalau tak kerana kastam, dah lama kami beli 10 kg setiap seorang!

ada perkhidmatan menunggang keldai.
boleh try...
tu pun kalau yu ols belum mandi lagi masa tu...
;-)

pondok rehat pun ada...
nampak tak wayar kat atas tu?
kat sini juga ada disediakan perkhidmatan flying fox.

konon2nya macam menara tinjaulah...
tapi tak berani nak naik tinggi2.
takut patah...
maklumlah... kami ni chumel2 belaka...
ahaks!

front office.
di dalamnya ada spa ikan (gratis!)

ada anak sungai.
sejuuukkkk airnya.

bergambar sebelum balik.
masa ni baru terasa sayunya nak tinggalkan tempat ni.
waaaaa... entah bila dapat datang ke sini lagi...

so yu ols yang berhajat nak datang ke Bogor ni...
(yelah...asik2 gi Bandung... asik2 gi Medan... ;-)
dan nak try menginap di sini, ni alamat dan nombor telefon untuk dihubungi:

Ever Green Hotel,
Jalan Raya Puncak,
KM 84, Cisarua, Bogor.
no. tel: (0251) 825-007

Kisah Silam Untuk Masa Depan

26 Words of Lo♥e

  1. mmg best la... sejukkkk mcm kat CH tak?? sbb x beraircorn n berkipas...
    bleh rasa sejukknyerr...
    mmg sgt2 luas, sesuai utk rombongan kan... selesa amat

    ReplyDelete
  2. Kakcik pernah menginap di Evergreen Hotel, Penang je...

    ReplyDelete
  3. Rm47? Ok sgt la kannnn.comel keldai tuuu. Hehehe.
    Kemain byknyaaa bawak makanan dari Malaysiaaaaa. Memang mcm perintah berkurung. Hihihihi ♥

    ReplyDelete
  4. Kalau nak pergi rehat2 tenangkan minda memang best kat sini agaknya.

    Anies...dulu akak gi Bandung seludup balik 4 biji avocado yg besar2 tu, balut dgn surat khabar masuk dalam timbunan kain baju...ahahaa... 2 kilo u...

    ReplyDelete
  5. arghh...
    avokado...teringat alpokat..
    kat msia susah nak jumpa...
    mcm best jer..ni nak try gak ke sana nih..

    ReplyDelete
  6. hehe..betul ke mandi tu Anies?jangan2 basuh kaki je kot sebab sejuk, hik!!

    Waa bestnya hotel tepi bukit, nyaman gitu!!

    ReplyDelete
  7. syoknyaa... more info kalau nk holiday kt bogor :)

    ReplyDelete
  8. tq share, hotel tu nampak lapang & bersih betul yer anies

    ReplyDelete
  9. bogor ni jauh dr bandung ke anies?
    mcm best jekk...cepat la buat entry sambungan apa yg best kat sinun!

    ReplyDelete
  10. wow kalo g reramai mmg best tempah bilik cm ni.mst meriah.

    ReplyDelete
  11. murahnya bilik.. best la dapat pi jalanjalan jeles tau..sya bnyak habis kos balik sabah je kampung..

    ReplyDelete
  12. best ke sini... tapi murah bilik

    ReplyDelete
  13. buluh besar camtu buat meriam pon ok jugak

    ReplyDelete
  14. besarnye buah tu...rietta xpernah makan...chantek kusyen buluh....suka tgk...unik...

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum.

    semua gotong royong kudapan tu ye..

    ReplyDelete
  16. waaahhhh...menarik jgk tmpt ni ye,anies..avocado tu sgghla mnggoda!!tetiba2 tringat yg dh lama x mkn murtabak megi :)

    ReplyDelete
  17. mak ooi...besarnya buah avocado kat sana...sedapnya....

    ReplyDelete
  18. wow atas meja bersepah dgn makanan yer...hehe

    ReplyDelete
  19. BESARNYA AVACADO... SEYES X PERNAH NAMPAK DPN MATA

    ReplyDelete
  20. salam anies...habis seluruh Indonesia dijelajah. Bestnye..

    first time...saya tengok buah avocado.tq

    ReplyDelete
  21. wahhhh...cantik sungguh pemandangan kat hotel tu...


    erkk... xde heater?? fuhh.. konpem mandi cincai ler jawabnyerr

    ReplyDelete
  22. amboi sakan berjalanan..nasib baik tak tersangkut dgn `cowok` sana..ada yg makan hati nanti !!.. ahaha..

    ReplyDelete
  23. suka tgk viewnya . kg saya pun x indah mcm tu ...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆