#SoloTravel #Bangkok - ke Icon Siam + bye-bye Thailand!

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

akhirnya! ya... akhirnya sampai jua ke 'finale' cerita #SoloTravel ni. fuhhh... lega! 

seawal 5.00 pagi anies dah bangun dan bersiap. barang-barang dah kemas sebelum masuk tidur. lebih kurang 6.20 pagi anies pun check out dan terus ke stesen kereta api.

suasana awal pagi kat Hua Hin agak sunyi dan masih gelap. berbekalkan lampu jalan, anies menapak ke stesen. ya, agak awal anies ke stesen padahal tren akan berlepas pada 7.30 pagi.


stesen kereta api Hua Hin di awal senja... bye-bye Hua Hin😭😭ada rezeki anies datang lagi...


bagi anies, biarlah sampai awal. apa-apa jadi nanti, tak ada laa kelam-kabut. setiba di stesen, orang ramai dah menunggu kat lobi

tapi tak semena-mena, dalam pukul 7.15 kedengaran pengumuman yang mengatakan kereta api delayed. arghh... tak suka! tak suka!

jam 8.10 barulah pegawai stesen benarkan kami masuk ke platform. kereta api pula sampai tepat 8.30 pagi. maknanya delayed sejam daripada waktu asal. dalam pada tu, rasa bersyukur jugalah sebab anies balik ke Malaysia hari berikutnya. so tiba Bangkok lewat pun tak jadi masalah.


kereta api sama yang anies naik masa datang sini...


kami selamat tiba @ Krung Thep Aphiwat pada 11.30 pagi. kali ni terasa cepat sebab train cuma berhenti di beberapa stesen je.

dari Bang Sue Grand Station anies terus ke Ratchathewi sebab dalam kepala cuma ingat satu benda je. nak makan. ya, perut dah kelaparan. OTW balik ke Bangkok, tak ramai penjual makanan macam hari anies ke Hua Hin. senak juga perut menahan lapar hampir 3 jam.


sekali lagi... pad kra pao juga jadi pilihan untuk lunch...

Thai ice tea...


lepas makan, anies singgah Masjid Darul Aman (boleh baca kat SINI) untuk solat jamak. usai solat, dalam kepala dah berkira-kira sama ada nak pergi Siam Paragon atau Icon Siam. dua-dua tempat ni senang je nak tuju dengan tren.

last last anies decide untuk ke Icon Siam. sebelum tu dah sedia maklum, mall ni lebih kurang macam Pavilion je. tapi disebabkan cuaca agak panas, jadi lebih baik 'berkurung' sekejap dalam kedai-kedai branded tu untuk sejukkan badan😂😂 

nak ke Icon Siam cuma naik monorel dan stesennya pun ada 3 je. nak jalan kaki boleh. tapi macam yang anies beritahu, cuaca hari tu panas yakmat. so, better naik monorel je laa...


'nama penuhnya' BTS Monorail Gold Line'. ia cuma ada 3 stesen je setakat ni iaitu Charoen Nakhon (Icon Siam), Klong San dan Krung Thonburi. 

dalam gerabak. yes, it's driverless dan cuma ada 2 gerabak sahaja...


menuju ke Icon Siam...

sampai dah...


kat Icon Siam ni, lebih kepada cuci-cuci mata je. nak beli LV, Dior etc tu dah biasa sangat😂 puas merayau dalam mall, anies keluar dan tuju ke tepi sungai Chao Prya. kebetulan masa tu ada promo drama Squid Game S2. patung Young-hee gergasi jadi tumpuan ramai untuk bergambar.

suasana dalam Icon Siam...

kat LG Icon Siam ni kemain dia punya crowded sebab ada macam-macam stall makanan kat sini...

ramai je orang Malaysia yang anies jumpa kat sini...





tepi sungai Chao Prya


ala... relaks laa... Young-hee bukan nak aim anies pun😁


kalau nak naik bot merentasi sungai Chao Prya, boleh naik kat jeti sini. tapi Q nya... fuhhh... ketibas noks nak sampai ke giliran...



dari tepi sungai anies masuk semula ke Icon Siam. nak cari apa-apa yang boleh dibeli / dimakan. jalan punya jalan terjumpa pasar raya macam Jaya Grocer. laju je kaki ni ke rak coklat dan biskut. nampaknya ada benda yang boleh dibeli kat sini. wink! wink!

dari Icon Siam, anies pindah ke shopping mall di sebelahnya. namanya ICS. sama je macam tadi. sekadar cuci mata je. masa tengah jalan-jalan tu ternampak kiosk Inthanin

masa ikut rombongan sebelum tu, anies ada tanya tour guide, minuman kat Inthanin ni halal ke? TG mengiyakan. katanya, Inthanin ni sama je macam Cafe Amazon. so anies beli ice lemon tea sambil makan biskut dan coklat.


makan biskut & Maltese. 2 coklat lain bawa balik Malaysia. sampai rumah simpan dalam peti ais. saja anies biarkan coklat tu keras and kalau rasa nak makan baru ambil. tapi bila buka peti ais, hilang semuanya! ya Allah.... geram dan sakit hati dibuatnya!😡😡😡

dalam ICS ni tak ramai sangat orang...

ice lemon tea by Inthanin...


hampir pukul 5.00 petang, barulah anies beradar dari ICS dan kembali semula ke stesen monorel. sambil tu dalam kepala dok fikir nak pergi ke mana lagi. then anies decide untuk pergi ke stesen terakhir BTS sebelum kembali semula ke Krung Thep Aphiwat. tak ada apa-apa pun yang menarik kat stesen terakhir ni. sekadar nak tengok-tengok je.

sepanjang perjalanan tu, dapat laa tengok suasana petang kawasan-kawasan yang jauh sikit daripada kesibukan kota Bangkok.


@ stesen terakhir BTS = Bang Wa station.

usai solat Maghrib, anies naik SRT untuk ke airport... arghhh beratnya hati nak tinggalkan Bangkok😭😭😭

setiba @ airport, benda pertama anies buat adalah print tiket. kat sini, walaupun kita dah install apps Air Asia, tapi diorang masih gunakan cara lama untuk masuk (boarding).

surau dalam Don Mueng airport. lepak kat sini sampai 12.00AM. lepas tu, surau ni akan dikunci. so tak dapat laa nak tidur kat sini😂then anies cari bangku kosong untuk lelapkan mata. tapi tak dapat nak lena betul-betul sebab suasana agak bising.

6.30 pagi waktu Bangkok kami dah boarding. 7.20 pagi, flight Air Asia meninggalkan bumi Gajah Putih... Alhamdulillah perjalanan ni lancar sampailah tiba @ KLIA T2.


maka dengan ini berakhir sudah cerita jalan-jalan #SoloTravel ke Bangkok dan Hua Hin. satu pengalaman manis, tak adventure😂 tapi... of coz... ada rezeki nak repeat lagi.

ada yang nak itinerary trip ni? well PM je anies nanti ya! kalau segan nak PM, korang cari je side bar👉 dan scroll sampai jumpa bendera Thailand. 

terima kasih korang yang sudi drop komen kat setiap entry yang anies kongsikan. well, ke mana destinasi #SoloTravel seterusnya? insya Allah... nanti anies share, okey!

thanks for reading...
daaa...

dear friends, this is an auto-published post. i'm not around at the moment, but thank you for leaving your comments. i'll be back soon...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆