Golden Triangle: Ban Sop Ruak, menyeberang sungai Mekong + Van Pak Len / GTSEZ

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum tulis entry ni, puas jugalah anies fikir... nak letak title apa ya... hmm...

ni kerana, Golden Triangle bukanlah milik mana-mana negara. ia cumalah suatu (kawasan) titik pertemuan sempadan bagi Thailand, Laos dan Myanmar.

disebabkan @ Ban Sop Ruak ada tugu Golden Triangle, maka tak hairanlah ramai yang anggap kawasan ni berada dalam negara Thai. tapi sebenarnya tidak.

kerajaan Thai & Laos bersepakat mahu jadikan Golden Triangle sebagai tempat tumpuan pelancong. tapi Myanmar pula tak bersedia nak ikut cara jiran mereka disebabkan konflik dalaman yang tak berkesudahan.

so secara tak langsung sukar untuk Myanmar nak bangunkan kawasan Golden Triangle (negeri Shan) supaya dikenali ramai & popular seperti Ban Sop Ruak (Thailand) dan Van Pak Len (Laos). 

kalau nak cakap fasal sejarah tempat ni, hmm... tak tertaip anies dibuatnya. apa pun dapat melawat kawasan ni then naik bot ke Laos (sekali lagi!) dah cukup buat anies teruja! dalam masa beberapa jam dapat 'pergi' ke 3 negara sekaligus! siapa tak happy, kan?😁

well, part Myanmar tu kami cuma tengok dari jauh je yakni (kawasan) sungai Ruak (sungai sempadan Myanmar - Thailand) je.

hmm... anies bercerita dengan foto laa ya!

Ban Sop Ruak

jarak dari Mae Sai ke sini lebih kurang 29KM++. sebaik tiba, apa yang kami nampak dulu adalah deretan kedai yang menjual cenderamata. ya laa kan... kawasan pelancongan. selain tu, ada juga kiosk makanan & minuman dan kemudahan lain seperti tandas, parking space etc.

disebabkan pihak tour agency nak rushing naik bot, jadinya anies tak sempat nak rakam kawasan sekitar Ban Sop Ruak ni. foto yang ada ni pun diambil lepas kami balik dari Van Pak Len. tu pun tak banyak.


nama je Segitiga Emas tapi bukannya ada emas pun!😂

tak dapat masuk Myanmar, dapat bergambar berlatar belakangkan Myanmar pun jadi laaa😂😂



snap foto je. jangan tanya apa ni...👆👇😂




haa... yang ni anies tahu sebab check kat Google😂 Tung Luam Chaloem Phra Kiat...

menyeberang sungai Mekong

tambang bot (harga tiket) = 300 ke 1000 Bath per person. tapi kami punya (tiket) dah termasuk dalam pakej.

sebelum naik, semua orang wajib pakai jaket keselamatan. kat sini tak ada check passport ya walaupun kejap lagi kita nak masuk Laos.

well... cakap fasal sungai Mekong, semua orang dah tahu kan? kalau tak tahu, pergi buka balik buku teks Geografi & Sejarah sekarang!😂


masing-masing dah siap pakai jaket dan nak turun ke jeti...

short video - suasana kat jeti @ Ban Sop Ruak...

menuju ke bot...

1 group naik bot yang sama...

terjumpa foto ni kat group WA. tak tahu laa siapa yang snap. TQVM👍

bot kami...


atas bot...

Ban Sop Ruak, Thailand.

Van Pak Len, Laos.

negeri Shan, Myanmar.

short video - atas bot...

Van Pak Len / GTSEZ

perjalanan ni ambil masa sekitar 15 - 20 minit sebelum berlabuh di jeti khas @ Van Pal Len.  oh ya, GTSEZ tu adalah akronim bagi Golden Triangle Special Economic Zone. 

kata tour guide, kawasan ni telah dipajak China selama 100 tahun sebelum dikembalikan kepada kerajaan Laos. so, syarikat-syarikat gergasi dari China boleh melabur kat sini tanpa sebarang cukai. 

ada pros. & cons. bila guna cara ni. yang pros nya, cara ni akan buka peluang pekerjaan kepada rakyat Laos, Thai dan Myanmar a.k.a penduduk sekitar Golden Triangle. cons nya pula, ia ibarat satu penjajahan moden ke atas sesebuah negara tapi berselindung di sebalik nama pembangunan. ada nak tambah lagi pros. & cons. nya?




dah sampai jeti👆👇





kawasan depan jeti. senyap, luas, cantik dan bersih👆👇kalau main layang-layang kat sini waktu petang, syok juga!



kami merayau-rayau sekitar Van Pak Len dengan buggy ni. cerita kat sini akan anies sambung minggu depan. well... kalau ada kesilapan fakta di atas, mohon perbetulkan yaa🙏

dear friends, this is an auto-published post. i'm not around at the moment, but thank you for leaving your comments. i'll be back soon...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆