Mae Sai, Thailand: merayau-rayau @ perbatasan Thailand - Myanmar

5:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

masa tengah sarapan, tour guide (TG) beritahu kami tak dibenarkan masuk Tachileik (bandar sempadan Myanmar - Thailand) kerana konflik yang sedang berlaku masa tu.

sehari sebelum, TG ada cakap kemungkinan dapat masuk tu 50:50. bila dengar macam tu, sedih juga laa... anies memang dah letak harapan yang kami akan dapat masuk. tapi apakan daya...

jadinya lepas sarapan, kami diberi kebenaran untuk merayau-rayau kat pintu sempadan. tak ada apa yang menarik kecuali kedai-kedai yang menggamit pelancong untuk membeli-belah.

anies, as usual tak beli apa-apa pun. just tengok je laa gelagat warga Thai dan Myanmar yang keluar-masuk melalui Mae Sai Border Checkpoint 1. ya, warga Thai dibenarkan masuk Myanmar tapi atas urusan business je. 

masa dah nak gerak balik, anies terjumpa seorang pelancong Malaysia (bukan ahli rombongan kami). dia tanya, tak pergi ke atas tu? (merujuk kepada Sky Walk Wat Phra That Doi Wao). 50 Bath je... boleh tengok Tachileik lebih luas lagi.

warghh... mana laa anies tahu... kalau tahu, anies pergi ke situ dulu lepas check out hotel.

hmm... tak apalah... next time nampaknya kalau ada rezeki ke sini lagi...

BTW, foto terlalu banyak. anies sertakan sebahagian je laa yek!




Mae Sai Border Checkpoint 1👆👇 keadaan kat sini agak sibuk pada waktu pagi...



Mae Sai - bandar sempadan @ Thailand ketiga kami jejaki selepas Aranyaprathet dan Mukdahan.

pintu gerbang famous (The Thai-Burmese Border Gate)👆👇 di belakangnya, Tachileik.

di belakangnya, Mae Sai.

short video @ The Northern Most of Thailand....

kalau dah datang beramai-ramai macam ni wajiblah berfoto kat tempat famous ni...

Friendship Bridge yang sibuk...

kenderaan dan penduduk Myanmar yang masuk Mae Sai pun ramai...

deretan kedai-kedai sebelah Mae Sai Border Checkpoint 1. disebabkan masih awal pagi, jadinya ada kedai yang belum buka lagi...



ya, barang perhiasan wanita, batu permata, jed adalah antara barang paling banyak dijual kat sini👆👇. boleh tawar menawar? boleh je tapi dengan syarat korang kena bawa someone yang boleh cakap Thai😂



masuk je membelinya tak😂

hanya mampu tengok dari jauh je Sky Walk Wat Phra That Doi Wao...

bangga sekejap bila nampak kedai ni kat Mae Sai...



ada yang nak beli ke?😂

sedap bau buah berangan bila dipanggang... makan panas-panas pun sedap...

kat lorong ni ada macam-macam barangan dijual... antara larat dengan tak je sebab laluannya sedikit mendaki...

Wat Wiang Phang Kham.

dear friends, this is an auto-published post. i’m not around at the moment, but thank you for leaving your comments. i’ll be back soon...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

21 Words of Lo♥e

  1. Beautiful photos! Thank you so much for sharing your journey.

    ReplyDelete
  2. Cenderahati tu kat mana² tempat kadang sama aje kan. Jangan tak beli kata orang, kenangan tu. Tapi tu la, sudahnya tak dipakai pun. Mungkin lebih baik tak masuk la sempadan tu, nanti jadi apa² susah pulak, kan. Tapi sayangnya, memang Anies tak tahu ada sky walk tu ke?

    ReplyDelete
  3. Buah berangan memang sedap.
    Saya suka aromanya ketika dipanggang.

    ReplyDelete
  4. Como sempre lindas fotos pra completar o post, adoro castanhas assadas, fique bem, feliz sexta-feira bjs.

    ReplyDelete
  5. Meriah betul dekat border diorang ye... Tumpang bangga nampak Mr Diy tu

    ReplyDelete
  6. wah rambang mata tengok perhiasan yang dijual..tiba2 jadi bangga juga bila tgk diy ada jgk kat situ.. hehe

    ReplyDelete
  7. Bom sábado e com muita paz e saúde. Bom final de semana. As fotos são maravilhosas e a viagem também. Grande abraço carioca.

    ReplyDelete
  8. wahhh mr DIY mendonia! cannabis tu selamba je ye jual kat kedai2 camtu je. kalau kat malaysia ni.. habiss xD
    cantik ukiran2 kat Wat Wiang Phang Kham tu!

    ReplyDelete
  9. Murah tak cannabis tu? (bisik)
    Eh? Hahahahaha

    ReplyDelete
  10. Lebih sepuluh tahun dulu , masuk jalan kaki dari border Mei Sai ke Myanmar.Batu permata asli sangat lah murah dan cantik. Hujung tahun masa tu ... alamak sejuk...bercakap pun keluar asap.

    ReplyDelete
  11. Heaven Cannabis? oops... Nak beli ke?

    ReplyDelete
  12. suka tengok gambar-gambar kat sini. Cannabis jual macam tu jer yer

    ReplyDelete
  13. Pintu gerbang memang cantik.

    ReplyDelete
  14. Pintu gerbang memang cantik.

    ReplyDelete
  15. Kawasan bergolak nk masuk pun fikir nyawa. Nasib tak ada apa2 yg berlaku. Mr. DIY tu baru2 ni buka di Bangladesh

    ReplyDelete
  16. Meriah juga bandar sempadan antara thailand dgn cambodia ni.. ada DIY di situ hebat hebat.. cannabis tu mmg boleh beli mcm tu jer ke? huhuu..

    ReplyDelete
  17. Tengok kedai cannabis tu teringat jalan2 kat Amsterdam ternampak brownies mcm sedap rupa2nya ada cannabis dalam tu 😂 nasib baik tak beli!

    ReplyDelete
  18. Macam di Philadelphia, cannabis di mana2 🤣.

    Dulu saat ke Chiang Rai, saya juga tak sempat ke Tachilek. Lagian yg saya baca tak terlalu menarik.

    Jadi saya dan kawan memilih ke Golden Triangle, jadi dari situ pun bisa lihat Myanmar di sebrang, hanya dipisah sungai Mekong 😄

    ReplyDelete
  19. Saya ingat ada kapal penyebrangan nya juga menuju Myanmar. Tapi tak adalah kami nak menyebrang 🤣.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆