Van Pak Len, Laos: singgah Kapok Star Hotel (Kings Romans Casino)

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

tapi sebelum tu... jangan salah sangka pulak... kami bukan pergi berjudi tau! kami just cuci-cuci mata je. kawasan kasino kat dalam hotel tu kami jeling je😂

kalau korang ikuti cerita jalan-jalan ke 5 negara ni, pasti korang dah maklum, bila masuk bandar di sempadan, pasti akan ternampak perkataan 'kasino'. contohnya masa anies masuk sempadan Thailand - Cambodia = Poipet dan juga di Kaysone Phomvihane (boleh baca kat SINI & SINI). so, bila kami jejakkan kaki kat Van Pak Len (VPL) ni, hmm... tak ada beza pun. 

kalau ada yang membezakan ketiga-tiga bandar sempadan ni, yang anies nampak adalah dari segi infrastruktur. VPL tampak lebih advance, maju & menarik berbanding Poipet dan Kaysone Phomvihane.

kata tour guide, Kings Romans Casino ni merujuk kepada bangunan (yang menyediakan kemudahan kasino) dalam kawasan GTSEZ (Golden Triangle Special Economic Zone). dan salah satu bangunan / hotel yang kami singgah ni, namanya Kapok Star Hotel. hahaha... tergelak sekejap bila dengar nama kapok. ingatkan nama tu untuk gitar kapok je... 

well anies perhatikan, banyak bangunan baru di sedang dibina. dalam tempoh 5 tahun akan datang, mungkin lebih meriah lagi kawasan VPL ni...

anies tak tahu nak tulis apa lagi... korang layan je laa ya foto-foto yang ada ni...


dari jeti, kami naik buggy yang disediakan pihak Kings Romans. sebenarnya ia lebih kepada 'jemputan ke kasino'... korang faham kan maksudnya?

dapatlah layan suasana sekitar VPL dengan buggy ni. cuaca agak terik pada hari tu tapi berangin.

binaan under construction memang bersepah-sepah kat sini... kata tour guide, semua ni bakal jadi hotel kasino...


antara binaan yang kami jumpa sebelum tiba di Kapok Star Hotel...






ni laa hotelnya...

main entrance...

siapa punya kereta ni? cepat, jangan mengaku!

sebelum masuk kena lalu pintu security ya... alaa pintu security macam kat airport tu...

reception counter...



lobi hotel👆👇



short video @ lobi hotel



disebabkan pengunjung tak boleh snap foto casino, jadinya anies snap ruang depan / masuk casino je laa yaa...👆👇





ruang di tengah-tengah hotel👆👇



lepas merayau kat lobi, kami dibawa ke tingkat 7. kat sini lebih kepada ruangan santai... ambil angin petang or cuci-cuci mata melihat kawasan sekitar hotel ni...







jadi laa... buat kenangan... (muka tengah tak ada mood tu)


well... tu je laa cerita jalan-jalan untuk hari ni...
thanks for reading...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆