لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... 

tiada kata seindah puji-pujian hanya untuk Allah, bila mana segala yang dirancang & yang dikerjakan, telah pun selamat dilaksanakan dengan izin-Nya.

terima kasih ya Allah kerana menjemputku hadir ke rumah-Mu biar pun tempohnya hanya seketika. mudah-mudahan dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, Kau jemputlah aku dan sahabat-sahabat yang baca perkongsian ni ke Baitullah sama ada menerusi umrah atau pun haji sebelum Izrail datang memanggil jasad terbujur di pembaringan. amin amin aminnn...

well... dari mana nak mula, ya? 

sebenarnya hasrat nak buat umrah tu memang dah lama ada. kadang kita dah buat macam-macam usaha tapi jemputan-Nya belum kunjung tiba. tapi bila mana kita ditakdirkan berada di suatu titik paling bawah dalam hidup... siapa sangka? Dia memanggil kita datang walaupun diri masih tak bersedia dan berbelah-bagi.

untuk umrah kali kedua ni, anies pergi seorang tapi still guna khidmat travel agency (TA) untuk uruskan segalanya. bukan tak boleh nak buat sendiri tapi disebabkan jarak umrah pertama dengan yang kedua ni agak jauh, pastinya banyak benda yang anies tak tahu. jadi better serahkan segala urusan kepada yang lebih arif.

well... diam tak diam... akhirnya tiba jua tarikh 7 Oktober. pada hari tu anies masih kerja macam biasa. then bertolak ke airport lepas Isyak.

pada hari sama para sukarelawan Global Sumud Fortilla selamat tiba @ KLIA T1. jadinya keadaan kat sana pastinya sesak dengan kenderaan dan orang ramai yang menyambut kepulangan mereka.

anies nampak kelibat Zizi, Heliza dan Hazwani keluar dari aerotrain dalam sekitar pukul 10 lebih. tu pun tengok dari jauh je...

sementara tu mama, pak cik dan mak cik ikut hantar ke airport walaupun pada mulanya anies cakap, tak payah hantar sebab flight anies pukul 4.40 pagi. kesian kat diorang nanti penat dan mengantuk. tapi diorang nak juga hantar, so anies diam je laa...


antara perkara yang kena buat sebelum ke Mekah: hadiri kursus umrah anjuran TA... banyak input yang diperoleh termasuklah info-info terkini tentang umrah dan Tanah Haram. selain tu, nasihat-nasihat daripada penceramah terutama tentang ibadah tu juga kena faham betul-betul. walaupun dah pernah pergi bukan bermakna kita dah tahu serba-serbi. nooo...

macam biasa... naik MRT dari rumah dan turun kat stesen Putrajaya Sentral sebelum pindah ke stesen ERL bersebelahan. anies bawa 1 luggage je. tu pun dah rasa berat. mama cakap: "tak ada laa berat. dalam 14KG++ je ni." then masa check in luggage, memang betul 14KG++😂 kemain suka mama bila tekaan dia betul. dah macam menang jackpot pun ya😂



sesi taklimat dengan staf TA 5 jam sebelum berlepas👆👇pada masa sama, TA collect passport untuk print boarding pass. lepas tu barulah mereka serahkan ID lanyard, luggage tag & pek makanan kepada setiap jemaah. oh ya... group anies ni ada 45 orang termasuk GL (group leader). mutawif pula tunggu kami @ Mekah...



ID lanyard & luggage tag. ID lanyard ni wajib dipakai sepanjang berada kat sana. sebab kalau jadi apa-apa kepada kami, kat situ ada nombor telefon untuk hubungi...

pukul 1.00 pagi kami berkumpul semula untuk serahan passport dan boarding pass. lepas tu, terus ke kaunter untuk check in luggage...

layankan je laa muka mem besar kau yang dah mengantuk tu😂 sebenarnya kaki dia tengah sakit tu akibat lupa nak gigit kasut baru😂😂

masa taklimat, kami diberitahu usai prosedur kastam & imigresen, kami akan naik bas untuk ke bangunan satelit (gate C). ni kerana aerotrain cuma beroperasi setakat jam 12.00 pagi dan akan sambung semula pada jam 5.00 pagi sebab nak maintain kan kecekapannya selepas mengalami beberapa kerosakan walaupun dah ganti baru. tapi bila salah seorang jemaah inform dalam group WA yang aerotrain 'ada' walaupun masa tu dah pukul 3.00 pagi. apa lagi? rasa nak melompat je😂 Alhamdulillah... dapat naik aerotrain pagi tu...

awal betul kami boarding hari tu. 50 minit sebelum fly semua orang dah masuk flight. anies sempat terlena sementara tunggu takeoff😂 sepanjang perjalanan... ya Allah... turbulence... non stop! tak lena anies dibuatnya. kejap-kejap terjaga sampaikan nak makan pun tak ada mood. lebih kurang 5-7 jam lepas tu, check flight route. rupanya baru masuk ruang udara New Delhi. so anies agak, turbulence tu berlaku sepanjang flight merentasi Lautan Hindi...


well... tu je laa dulu mukadimah untuk perjalanan ke rumah Allah kali ni. insya Allah ada masa nanti anies sambung...

لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ ٱلْحَمْدَ وَٱلنِّعْمَةَ لَكَ وَٱلْمُلْك شَرِيكَ لَكَ

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

33 Words of Lo♥e

  1. Alhamdulillah, anies dah selamat balik dari buat umrah kedua. Rindunya nak pergi ke bumi Mekah dan Madinah lagi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga mendapat umrah yang mabrur.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah,seronoknya baca dapat jejak kaki ke sana..rezeki besar ni moga kami sekeluarga juga dapat ke sana satu hari nanti

    ReplyDelete
  4. Semoga selamat sampai tujuan mbak Anies...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dan seronoknya dapat menunaikan Umrah. Moga mendapat Umrah yang maqbul.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dipanggil lagi menjadi tetamu ke tanah suci. Setuju juga kalau byk benda yg tak tahu atau tak pandai, lebih baik pergi dgn travel agent. Insyallah at least ada yg membimbing kita spjng masa beribadah.. 🤲🏻

    ReplyDelete
  7. Thank you 😊 so much for sharing your journey 😊 ❤️

    ReplyDelete
  8. Parece que fue un buen viaje. te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah syukur dan tahniah dapat jadi tetamu Allah lagi. Aamin utk doanya 🤲🏻
    Semoga Anies beroleh umrah mabrurah aamin

    ReplyDelete
  10. Perjalanan yang dirindui...saya juga sentiasa menanti jemputan yang ini...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah selamat menunaikan ibadah umrah Allah permudahkan semua urusannya

    ReplyDelete
  12. Que Deus cuide de você sempre há onde você estiver, bjs pra ti.

    ReplyDelete
  13. Saya nih makin kesini makin takut dengan turbulensi 😞. Langsung macam lemas badan. Tapi tak nak juga stop traveling. Jadi walau takut, tetap sajalah naik pesawat 😅

    ReplyDelete
  14. Aiiiiih jam 4 pagi takeoff ya kak. Belum pernah saya naik pesawat yg penerbangan jam segitu. Memang bagus selama di pesawat tidur je lah 😅

    ReplyDelete
  15. Sayapun lebih suka umroh pakai travel. Walau banyak yg umroh secara mandiri, tak pakai travel, tapi saya tak nak. Sebab ingin fokus dengan ibadah, jadi tak mau direpotkan dengan hal2 cari hotel, transportasi etc.

    ReplyDelete
  16. Salut lah kakak bisa bawa 1 koper kecil saja 😅😅😅. Saya nih nak ke KL pun cuma sebentar, tapi bawa koper 3 🤣🤣🤣🤣. Apalagi yg jauh macam tanah suci 😅

    ReplyDelete
  17. Subahanallah, blogger Anies fligh ke Umrah di Mekah Arab Saudi..Semoga selamat sampai dan miliki umrah mabrul ya, aamiin..Tulislah nama Etuza sekali agar dapat Umrah lagi di depan kaabah ya..serta blogger lain..InshaAllah

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah mem Anies selamat pergi dan selamat kembali 👍✨

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah dh selamat pergi dan balik.. rezeki Allah bg 2x buat umrah..

    ReplyDelete
  20. rezeki juga tu Aerotrain pkl 3 pagi.. mcm tau2 semuanya nk ke rumah Allah

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah...teringin juga saya nak jadi tetamu Allah...terima kasih atas doanya Anies walaupun bukan secara khusus kepada saya tapi saya termasuk senarai rakan-rakan blogger kepada Anies

    ReplyDelete
  22. wahh rezeki betul tiba2 ada aerotrain tu pukul 3 pagi. agaknya dia tgok ramai jemaah umrah kot, tu dia biar operasi

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah kak anies selamat dah buat umrah kedua. saya pulak next month nak pergi umrah pertama. neves pulakk

    ReplyDelete
  24. Asalamualaikum..apa khabar di Bumi Mekah,Bumi Madinah?..semoga sihat semuanya dan kembali dengan selamat ya.aamiin

    ReplyDelete
  25. Saya pun tipe yang praktis kalau mau pergi kemana-mana malas bawa koper banyak banyak 😄, alhamdulillah urusan di permudah, ini lah part yg bikin saya selalu was-was apabila penerbangan umroh, akan mengalami turbulensi jika melewati perairan Hindia? Bisa berjam-jam.. Alhamdulillah sampai dengan selamat ke tujuan.

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
    Rezeki Anies dijemput lagi..

    ReplyDelete
  27. Nak tergelak pula part gigit kasut tu.. kikiki..

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah sekali lagi Anies dapat menunaikan ibadah umrah.
    Aamiin...Terima kasih atas doanya Anies.
    Syukur Allah permudah segala urusan dan perjalanan selamat semuanya.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆