Idol by Szindore

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pertama sekali, terima kasih tak terhingga kepada Dewi yang hadiahkan perfume ni.


sebelum ni, memang pernah dengar nama (syarikat) local brand ni tapi anies belum pernah lagi beli atau cuba atau sekadar ambil bau terutama bila melewati kiosk Szindore @ TRX.


kata Dewi, untuk Idol ni bauannya diinpirasi daripada perfume Lancóme. anies tak tahu laa perfume Lancóme yang mana satu. bila hidu, bauannya ada campuran lemon citrus dan bunga melati (ni ikut wangian pada deria anies ya. kalau salah, sorry🙏🙏) once sprayed, the scent suited me well👍


secara peribadi anies memang suka perfume yang ada bau buah-buahan dan tak terlalu 'menusuk'. just nice. paling penting kalau ada yang terhidu tu, dia tak laa pening kepala dengan bau yang anies pilih ni.




yang ni selingan je👆👇 sekarang anies pakai 2 perfume ni. Romantic Note by Aim Perfume dan EDT Strawberry Vegan by The Body Shop. Romantic Note ni untuk 30ml harganya RM29. beli kat Tik Tok Shop. selalu pakai masa nak pergi kerja. then untuk Strawberry Vegan, harganya RM79.90 (30ml). yang ni cuma pakai time nak pergi jalan-jalan atau ke majlis / undangan je.




well... korang pula macam mana? perfume apa korang pakai sekarang? dan kenapa pilih perfume tu? acu share👇👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆