Ke Pulau Sebang / Tampin dengan KTM Komuter
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dah lama tak naik Komuter untuk jarak jauh. sebelum ni, kalau naik pun turun setakat stesen Mid Valley tu je laa😂
sabtu lepas anies ada urusan kat Pulau Sebang. jadi anies decide untuk naik Komuter je memandangkan tempat tu tak jauh dari stesen KTM Pulau Sebang.
lagi satu, anies tak pernah lagi naik Komuter ikut route ni since ia dibuka kepada orang ramai pada 2016. sebelum ni, pernah naik pun sampai Seremban je.
sebelum naik tu, dah check jadual perjalanan siap-siap. lately KTM banyak upgrade facilities, jadi secara tak langsung ia akan ganggu jadual perjalanan.
masa semak jadual, tertera kat situ: THIS SCHEDULE WILL TAKE EFFECT ON 23 AUGUST 2025. jadinya, waktu perjalanan akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada kerja-kerja naik taraf.
anies tiba kat stesen KTM Bandar Tasik Selatan (BTS) jam 6.25 pagi. pintu pun tak buka lagi. jadinya, better pergi kedai dulu beli roti dan air buat sarapan.
6.40 pagi anies dah masuk platform. ikut jadual, Komuter akan sampai jam 6.52 pagi. ramai juga penumpang pagi tu. once tren sampai, anies terus masuk koc wanita, duduk tepi tingkap dan layan scenery sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam.
Alhamdulillah, anies tiba kat stesen Komuter Pulau Sebang (Tampin) jam 8.50 pagi. oh ya... harga tambang sehala BTS - Pulau Sebang (Tampin) = RM12.90. boleh bayar guna kad TnG, kad debit atau apps KTM.
KTM Komuter. masa ni OTW balik and anies turun kat stesen Kajang...
koc wanita @ stesen BTS...
dalam koc...
short video... layan suasana kampung, bukit-bukau, hutan rimba, semak-samun etc. bila tengok suasana ni, terbit rasa bangga dengan negara sendiri...
satu-satunya stesen kereta api yang 'wujud' @ Melaka...
@ platform - stesen Pulau Sebang (Tampin)...
jalan-jalan @ pekan Pulau Sebang / Tampin
selesai semua urusan, anies luangkan masa merayau kat sini. last anies ke sini kalau tak silap pada 2018. masa tu kereta ada problem kat highway. nasib baik laa dah hampir dengan exit tol Alor Gajah.
jadinya, perlahan-lahan anies drive ke bengkel yang terletak kat Tampin. tu bengkel paling dekat yang anies jumpa. melayang jugalah $$ hari tu. tak apa laa... janji kami selamat tiba KL.
anies tak merayau jauh mana pun. sekadar 'jenguk-jenguk' perubahan yang berlaku kat sini serta gelagat orang ramai yang menyempurnakan urusan harian mereka pada hari tu...
Bandar Satelit Sebang. banyak kedai baharu kat sini. perkhidmatan seperti klinik, kedai serbaneka, dobi etc pun ada. di sebelahnya ada taman perumahan...
suasana pekan Pulau Sebang / Tampin👆👇 kalau nak tengok tempat ni 'meriah lain macam', datanglah sehari sebelum Aidilfitri... terasa hidup kawasan ni! well, bukan kat sini je. kat tempat-tempat lain (dalam Malaysia) pun macam tu juga. am i right?
short video @ pekan Pulau Sebang / Tampin...
dulu-dulu... nak cari stesen minyak kat pekan kecil macam ni, agak payah. kadang terpaksa pergi bandar besar baru ada stesen minyak. sekarang... sebelah-menyebelah je...
laluan depan kedai-kedai kat pekan... tak tahu laa kenapa... anies rasa macam... estetik sangat👆👇 kalau buat photoshoot kat sini sure kebabom!
simpang 3. ke kiri ➡ stesen kereta api Pulau Sebang (Tampin)...
pasar raya Mydin. masuk sini sebab nak lunch...
jenuh cari restoran dalam Mydin ni tapi tak ada yang penuhi selera. pilihan pun tak banyak. food court pun 'sendu' je. last last anies makan kat kahwin coklat Marry Brown. 👆 (set) nasi kari + ice lemon tea = RM8.90.
well... last korang ke Pulau Sebang / Tampin bila? ke... tak pernah sampai lagi?
that's all for today...
daaa
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆