#SoloTravel #HuaHin - 'bergerek' keliling bandar

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

'dendam' akibat tak dapat nak sewa basikal masa berada kat area Gunung Fuji (baca kat SINI), anies lunaskan kat Hua Hin!😂

tapi sebelum sampai sini, of coz laa anies dah check dulu macam mana nak sewa basikal, kat kedai mana, berapa harga sewa dan sebagainya.

selesai sarapan, anies terus ke kedai basikal seperti yang dicadangkan kat Google Review. jaraknya dari hotel tak jauh pun. jalan 5 minit je dah sampai. 

sebaik tiba depan kedai, anies disapa owner kedai. memang betul apa yang reviewers beritahu. owner kedai ni peramah dan boleh speaking BI.

owner kedai: how long you want to rent?
anies: whole day.
owner kedai: okay. but you have to return the bicycle before 6.00PM. now, which bicycle you want?


i want this! anies pilih basikal merah ni sebab nampak macam baru. dan... ni laa kedainya👆👆nak sewa motosikal pun boleh... a highly recommended shop to rent bicycle & motocycle @ Hua Hin!


disebabkan jarak dari kedai ke pantai tak jauh, jadinya anies bawa basikal ke tepi pantai dulu. lepak kat sini lebih kurang 20 minit. tak boleh nak lama-lama sebab angin laut kuat dan sangat sejuk!


short video @ pantai Hua Hin. lokasi yang best untuk berkelah. sempat laa layan perasaan kat sini. siap pakej menangis lagi. adoiii anies oiii... spoil laa...😂

short video. dari pantai, anies 'bergerek' ke stesen kereta api untuk beli tiket balik. lepas tu, anies ambil kesempatan untuk 'pijak' landasan kereta api. dulu-dulu nak pijak landasan tak ada masalah. laa ni kalau tak sabar nak masuk kubur, silalah pijak 😂 (rata-rata landasan kereta api di Malaysia hari ni dah dilengkapi letrik bervoltan tinggi).

dari stesen api, anies singgah sini untuk beli makanan tengah hari. ni satu-satunya restoran Muslim yang anies jumpa kat Hua Hin. lokasinya bertentangan stesen kereta api lama. foto ni anies snap pada awal pagi. tu yang nampak lain macam je kan..

nasi goreng dari kedai di atas... agak banyak. tapi anies tak dapat nak habiskan sebab ada rasa manis... helppp...

short video @ stesen kereta api lama Hua Hin. akhirnyaaa... setelah sekian lama tengok bangunan ni menerusi drama-drama Thai, anies sampai jua kat sini... walaupun cuaca terik, redah je. lepas tu lepak sekejap kat belakang stesen ambil angin sambil memerhati gelagat orang ramai. kat sini juga tripod anies patah masa nak snap foto sebab angin terlalu kuat😭😭


dari stesen lama anies ke kawasan 'pekan' sebab kat situ ada banyak shop lot. hampir pukul 2.00 petang anies balik ke hotel untuk solat dan rehat sekejap sementara tunggu cuaca redup. dalam pukul 4.00 petang anies keluar semula dan 'bergerek' sampai ke celah-celah rumah orang dan tepi pantai.


bangunan kiri kanan ni adalah restoran makanan laut. tapi masa ni belum buka lagi...

lalu kat celah-celah rumah orang then jumpa laut lagi. lepak sekejap kat sini dan sempat kena kejar dengan anjing😂konon nak kayuh basikal kat gigi pantai tapi tak boleh sebab pasirnya lembut sangat. habis tenggelam tayar tak boleh nak kayuh😂

kat belakang tembok (dalam foto di atas) ada kawasan berpagar. tapi pintu pagarnya terbuka. so anies pun masuk dan sempatlah 'bergerek' dan bergambar kat sini...

last bergambar sebelum kembali 'bergerek' satu kawasan Hua Hin. jauh jugalah anies merayau. yang bagusnya Hua Hin ni kawasannya rata. jadi memang tak penat kita nak mengayuh. rasanya lebih 10KM jugalah anies pusing-pusing Hua Hin pada hari tu... 


ada cerita tak berapa nak lawak. beberapa minit sebelum pulangkan basikal, anies try sboot video sambil mengayuh. tak semena-mena tangan yang pegang handle, sentuh hp untuk on video. 

haa... apa lagi? jatuh tergolek laa kat tepi jalan tu! nasib baik tak ada kenderaan lalu lalang dan tak ada orang nampak. adehh... luka sikit je kat tapak tangan sebab 'tersagat' dinding batu (nak tahan badan dari terjatuh tapi hampeh!) 😂😂 sabar je...

dalam pada tu syukur jugalah basikal tak rosak or bercalar. kalau tak mana nak cekau duit nak bayar ganti rugi senah oiiiii...


lepas hantar basikal, barulah singgah kedai souvenir berdekatan. ada kedai dah tutup sebab dah pukul 6.00 masa tu. anies sempat belikan mama t-shirt je. souvenir yang lain mahal-mahal belaka. then OTW ke hotel singgah 7E dan jumpa fridge magnet murah. 18 Bath sekeping. terus angkut 10 keping! haa puas hati!


well... tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading...
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆