#SoloTravel #HuaHin - 'bergerek' keliling bandar

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

'dendam' akibat tak dapat nak sewa basikal masa berada kat area Gunung Fuji (baca kat SINI), anies lunaskan kat Hua Hin!😂

tapi sebelum sampai sini, of coz laa anies dah check dulu macam mana nak sewa basikal, kat kedai mana, berapa harga sewa dan sebagainya.

selesai sarapan, anies terus ke kedai basikal seperti yang dicadangkan kat Google Review. jaraknya dari hotel tak jauh pun. jalan 5 minit je dah sampai. 

sebaik tiba depan kedai, anies disapa owner kedai. memang betul apa yang reviewers beritahu. owner kedai ni peramah dan boleh speaking BI.

owner kedai: how long you want to rent?
anies: whole day.
owner kedai: okay. but you have to return the bicycle before 6.00PM. now, which bicycle you want?


i want this! anies pilih basikal merah ni sebab nampak macam baru. dan... ni laa kedainya👆👆nak sewa motosikal pun boleh... a highly recommended shop to rent bicycle & motocycle @ Hua Hin!


disebabkan jarak dari kedai ke pantai tak jauh, jadinya anies bawa basikal ke tepi pantai dulu. lepak kat sini lebih kurang 20 minit. tak boleh nak lama-lama sebab angin laut kuat dan sangat sejuk!


short video @ pantai Hua Hin. lokasi yang best untuk berkelah. sempat laa layan perasaan kat sini. siap pakej menangis lagi. adoiii anies oiii... spoil laa...😂

short video. dari pantai, anies 'bergerek' ke stesen kereta api untuk beli tiket balik. lepas tu, anies ambil kesempatan untuk 'pijak' landasan kereta api. dulu-dulu nak pijak landasan tak ada masalah. laa ni kalau tak sabar nak masuk kubur, silalah pijak 😂 (rata-rata landasan kereta api di Malaysia hari ni dah dilengkapi letrik bervoltan tinggi).

dari stesen api, anies singgah sini untuk beli makanan tengah hari. ni satu-satunya restoran Muslim yang anies jumpa kat Hua Hin. lokasinya bertentangan stesen kereta api lama. foto ni anies snap pada awal pagi. tu yang nampak lain macam je kan..

nasi goreng dari kedai di atas... agak banyak. tapi anies tak dapat nak habiskan sebab ada rasa manis... helppp...

short video @ stesen kereta api lama Hua Hin. akhirnyaaa... setelah sekian lama tengok bangunan ni menerusi drama-drama Thai, anies sampai jua kat sini... walaupun cuaca terik, redah je. lepas tu lepak sekejap kat belakang stesen ambil angin sambil memerhati gelagat orang ramai. kat sini juga tripod anies patah masa nak snap foto sebab angin terlalu kuat😭😭


dari stesen lama anies ke kawasan 'pekan' sebab kat situ ada banyak shop lot. hampir pukul 2.00 petang anies balik ke hotel untuk solat dan rehat sekejap sementara tunggu cuaca redup. dalam pukul 4.00 petang anies keluar semula dan 'bergerek' sampai ke celah-celah rumah orang dan tepi pantai.


bangunan kiri kanan ni adalah restoran makanan laut. tapi masa ni belum buka lagi...

lalu kat celah-celah rumah orang then jumpa laut lagi. lepak sekejap kat sini dan sempat kena kejar dengan anjing😂konon nak kayuh basikal kat gigi pantai tapi tak boleh sebab pasirnya lembut sangat. habis tenggelam tayar tak boleh nak kayuh😂

kat belakang tembok (dalam foto di atas) ada kawasan berpagar. tapi pintu pagarnya terbuka. so anies pun masuk dan sempatlah 'bergerek' dan bergambar kat sini...

last bergambar sebelum kembali 'bergerek' satu kawasan Hua Hin. jauh jugalah anies merayau. yang bagusnya Hua Hin ni kawasannya rata. jadi memang tak penat kita nak mengayuh. rasanya lebih 10KM jugalah anies pusing-pusing Hua Hin pada hari tu... 


ada cerita tak berapa nak lawak. beberapa minit sebelum pulangkan basikal, anies try sboot video sambil mengayuh. tak semena-mena tangan yang pegang handle, sentuh hp untuk on video. 

haa... apa lagi? jatuh tergolek laa kat tepi jalan tu! nasib baik tak ada kenderaan lalu lalang dan tak ada orang nampak. adehh... luka sikit je kat tapak tangan sebab 'tersagat' dinding batu (nak tahan badan dari terjatuh tapi hampeh!) 😂😂 sabar je...

dalam pada tu syukur jugalah basikal tak rosak or bercalar. kalau tak mana nak cekau duit nak bayar ganti rugi senah oiiiii...


lepas hantar basikal, barulah singgah kedai souvenir berdekatan. ada kedai dah tutup sebab dah pukul 6.00 masa tu. anies sempat belikan mama t-shirt je. souvenir yang lain mahal-mahal belaka. then OTW ke hotel singgah 7E dan jumpa fridge magnet murah. 18 Bath sekeping. terus angkut 10 keping! haa puas hati!


well... tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading...
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

27 Words of Lo♥e

  1. Beautiful photos, so much to see! Thank you so much for sharing!

    ReplyDelete
  2. Alamak, nasi goreng rasa manis. Kacaulah macam ni hihihi.

    ReplyDelete
  3. Masyaa Allah, Anies menariknya pemandangan di sana sambil berbasikal pula tu..

    ReplyDelete
  4. wah ronda pantai indah naik basikal ya anies

    ReplyDelete
  5. Dalam bahasa Sarawak, bergerek tu maksudnya ber'couple' hehe. Wah, jauh jugak tu 10km pusing2 sekitar hua hin.

    ReplyDelete
  6. wahh mantap keliling bandar naik beskal, barulah local!
    tak berkicap ke kak anies? nampak macam panas jugak cuaca tu

    ReplyDelete
  7. Bersepeda sampai 10 km jauhnya. Wow.... Pantas langsung lemas.

    ReplyDelete
  8. Parece un lindo lugar. te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. Akhirnya dapat jugalah berbasikal walaupun di negara lain. Baguslah kalau tuan kedai tu peramah. Kalau travel tak dilayan elok spoil mood jugak kan. Awat nangis tu Anies? Tenang tenang. Cantiknya pantai Hua Hin ni. Kalau angin kuat seram juga.

    Aduh tak pasal kena kejar anjing. Lepas tu jatuh pulak. Apa nak jadi lah kan. Mujurlah tak luka teruk dan basikal tak rosak. Naya nak ganti kalau rosak. Mahu dia charge harga satu basikal. Nayaaa...

    Syok juga kan berbasikal pusing-pusing. Pengalaman mahal yang menarik.

    ReplyDelete
  10. Anies gostei de acompanhar os vídeos, bjs.

    ReplyDelete
  11. Tadi saya sempat ragu, huahin ini di Thailand atau Vietnam 😄. Ternyata di Thailand. Ntah kenapa pula malah teringat Vietnam

    ReplyDelete
  12. Saya kadang teringin kak sewa sepeda begini. Tapi jujur trakhir naik sepeda masa sekolah junior high school 🤣🤣🤣. Trus tak pakai lagi. JD saya ragu, masih bisa tak naik sepeda . Takut2 malah jatuh pula 🤣

    ReplyDelete
  13. Eh kalau rel KA dipasangi listrik, macam mana kalau rel nya melewati jalan raya? Tak masalah kah kalau dilewati mobil atau kendaraan lain? Soalnya di sini banyak rel commuterline yang kadang memotong jalan raya.

    ReplyDelete
  14. Saya pernah makan nasi goreng di Yana resto saat ke Bangkok. Dan tak suka dengan rasanya. Sebab ada kuah dan manis. Memang tak bisa makan juga kak.

    ReplyDelete
  15. Menarik lah kak restoran tepi laut itu 😍. Sayang belum buka yaa. Penasaran juga rasanya. Seharusnya seafood yg mereka pakai segar nih, Krn dekat laut.

    ReplyDelete
  16. 10 km naik sepeda lumayan juga jauh. Kalau jalan kaki makin mantap kak, biar sekalian workout 😄. Kdg saya banyakin jalan saat traveling, apalagi biasanya saya banyak makan kalo sedang traveling

    ReplyDelete
  17. Thb18 berarti kurang dari Rp10rb 😍😍😍😍. Ya Allah murah sangaaaaattt. Memang laaah beli banyak kak hahahahahah.

    ReplyDelete
  18. kalau ada basikal chopper lagi best.. nampak klasik je

    ReplyDelete
  19. awak gi sorang2 ke? berani nya awak... tapi tengok pada gambar macam sangat santai hehehe

    ReplyDelete
  20. terlupa ya tengah pegang handle basikal...nasib baik takde apa2 yang serius..

    ReplyDelete
  21. Nasib naik kt sun moon lake tak jatuh kan. Haha.. perasan jugak laut2 kt Thailand semua angin kuat, nak melayang kalau duduk lama2

    ReplyDelete
  22. Naik basikal best juga keliling sini. Naik motor tak reti pulak.

    ReplyDelete
  23. Wah!! Sha tabik spring dengan Anies.. Menjelajah secara solo dengan basikal.. Ohsem sangat..
    TQ tau sebab berkongsi pengalaman dekat sini..

    ReplyDelete
  24. Spoil betul ya bila nasi gorengnya manis.. huhuhu..
    Rezeki Anies terjumpa cenderahati murah di 7E..

    ReplyDelete
  25. Aduh!! Sakitnya terjatuh.. Mujur tak cedera teruk dan basikal pun okay..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆