Phitsanulok, Thailand: Masjid Pakistan
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
selalunya cerita jalan-jalan ni anies share pada hari Jumaat. tapi memandangkan esok cuti sempena Maulidur Rasul, so... here we go!
lepas makan, ada ahli rombongan nak singgah masjid untuk solat memandangkan masa tu dah hampir masuk waktu Asar.
tapi bila anies fikir balik, rasa macam tak selesalah pula nak solat lepas seharian tak mandi. so, anies tanya tour guide (TG), jauh ke jarak dari sini nak ke hotel? TG kata dalam sekitar 10 minit.
bila TG cakap macam tu, anies decide untuk solat kat hotel je laa. tanpa berlengah, terus je ikut ahli rombongan yang nak solat tadi untuk ambil kesempatan 'mendekati' sebuah lagi rumah Allah yang berdiri megah meskipun komuniti Muslimnya hanyalah golongan minoriti.
well, andai kata korang datang ke Phitsanulok suatu hari nanti, jangan lupa singgah & solat kat sini, ya!
disebabkan masjid ni betul-betul tepi jalan, jadi main entrance nya cuma sebesar tu je seperti mana yang korang nampak dalam foto 👆 kenapa masjid ni dinamakan masjid Pakistan? yang tu anies tak dapat apa-apa info. cuma buat tanggapan sendiri bahawa masjid ni dibangunkan warga Pakistan yang bekerja / bermastautin kat Phitsanulok seperti mana mereka bangunkan masjid INI.
ruang (macam dewan serbaguna) di tingkat bawah. ada nampak katil tak? kalau korang pernah pergi India or Kashmir or Pakistan, 'pemandangan katil' tu bukanlah sesuatu yang pelik...
tempat ambil wuduk lelaki dan di hujung tu, ada tandas...
ruang muazzin di tingkat satu...
tangga menuju ke tingkat satu...
tempat ambil wuduk wanita...
kalau tak larat nak naik ke tingkat satu, boleh je nak solat kat dewan serbaguna ni...
ruang solat utama...
taman rehat depan masjid (seberang jalan). nampak tak rel kereta api tu? kalau naik kereta api dari Bangkok ke Vientiane, pasti akan melewati bandar Phitsanulok dan ada stesen khas kat sini...
sama macam kat Bangkok, nak cari restoran halal, kena cari masjid terlebih dahulu. dan sama 'skrip'nya kalau korang datang ke Phitsanulok suatu hari nanti...
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
well tu je laa cerita untuk hari ni. selamat bercuti panjang.
thanks for reading...
daaa...
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆