Our Movie

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

dia mendapat perhatian ramai selepas filem debut nya meraih sambutan hingga digelar genius. Lee Je-ha meminati bidang pengarahan filem disebabkan ayahnya. selepas kematian Lee Do-young, dia 'menghilangkan' diri tanpa sebab.

selepas 5 tahun hiatus, Je-ha berhasrat untuk kembali aktif. filem yang bakal diarahkannya ini adalah sebuah filem romantik dan merupakan remake kepada filem arahan mendiang ayahnya yang berjudul White Love.

namun yang jadi penghalang Je-ha kali ini adalah, bagaimana dia nak deliver watak sebenar pelakon utama. dalam filem asal, heroinnya menghidap sakit kronik.

dan tak semena-mena, Je-ha bertemu Da-eum, pelakon rookie berbakat tetapi sebenarnya sedang berjuang untuk kekal sihat kerana penyakit yang dihidapinya itu sukar diubati.

pada mulanya Je-ha tidak tahu tentang penyakit Da-eum. tapi selepas mengetahuinya, Da-eum meminta Je-ha merahsiakan hal itu daripada kru dan syarikat penerbitan mereka iaitu BU Film.

tapi, sampai bila mereka harus merahsiakan hal itu? berjayakah Je-ha dan Da-eum menghabiskan penggambaran mereka sebelum Da-eum 'pergi' buat selamanya?




review:

fuhhh... lama betul nak tunggu drama ni muncul selepas kejayaan Nam Goong-min dalam My Dearest. 

well... nak mula dari mana ya? hmm... once dah start tengok (episod 1), 'cabaran' muncul satu persatu. faham-faham je laa... melodrama... dia punya slow tu betul-betul menggugat kesabaran. belum lagi bab nak fahamkan satu plot dengan plot yang lain. fuhh... tapi disebabkan Nam Goong-min, anies gagahkan juga tengok sampai habis.

senang cerita drama ni adalah drama air mata. kisahnya berkisar tentang Je-ha yang 'berperang' antara sikap profesional selaku pengarah filem vs. rasa cinta dan Da-eum yang 'dihambat keinginan mendalam' vs. melawan penyakitnya. 

plus, drama 12 episod ni memang tak lari daripada kisah cinta,  perjuangan diri dan konflik sesama keluarga / rakan sekerja.

lakonan Nam Goong-min tak dipertikaikan. superb as usual. jauh bezaaa sangat dengan watak-watak yang dibawanya sebelum ni. satu percubaan berani bila dia pilih genre sebegini dan diantahu impak dan penerumaan penonton terhadap drama ni.

Jeon Yeo-bin sebagai Da-eum, pada mulanya dia tampak kurang serasi dengan Nam Goong-min tapi lama-lama dia boleh menyerlah bersama. watak-watak sampingan juga tak mengecewakan. sesekali sakit hati jugalah bila tengok 'perangai' Seo-young dan ayah Da-eum.

kalau korang sukakan drama yang ada penghayatan mendalam, silalah tonton Our Movie ni.

well... dengar cerita lepas ni Nam Goong-min akan berehat dari lakonan. sampai bila tu, entah laa... harap-harap tak lama laa...


official trailer. credit


welll tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆