Merdeka Celebration RM7.95 @ Taco Bell
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Biasanya sempena Hari Merdeka ni, banyak kedai dan restoran buat promosi untuk tarik pelanggan. ada yang buat sehari je. ada tu 2-3 hari lebih awal sebelum 31 Ogos. dan ada juga yang buat the whole month. tapi yang ni, lazimnya pasar raya laa... restoran atau premis kecil jarang buat.
Taco Bell @ ground floor, IOI Mall Damansara.
so, balik dari Merdeka 118 (baca kat SINI) anies terus ke IOI Mall Damansara. mulanya rasa nak makan kek. tapi bila ternampak promo ni kat Taco Bell, apa lagi? terus je masuk dan beratur untuk buat pesanan!
antara menu-menu terpilih sempena Hari Merdeka...
sebelum buat pesanan, staf ada beritahu, kena tunggu at least 30 minit sebab banyak order masuk. anies okey je nak tunggu sebab memang tak rushing nak ke mana-mana pun.
ground beef loaded nachos, chocodilla & ice lemon tea...
tapi tak sampai 1/2 jam pun. lebih kurang 10 minit menunggu, order buzzer pun berbunyi. dengan senang hati anies pun pergi collect kat kaunter dan enjoy makan sampai habis.
harga selepas promo...
bagi anies menu-menu kat Taco Bell ni sesuai kalau tekak rasa nak makan 'light light' tapi mengenyangkan. kalau dah makan tapi tak kenyang, mungkin korang kena buka cawangan Taco Bell sendiri, kot?😂 #gurauje
jom share! apa menu yang korang kerap order kalau ke Taco Bell?
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆