Ke Pulau Sebang / Tampin dengan KTM Komuter
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dah lama tak naik Komuter untuk jarak jauh. sebelum ni, kalau naik pun turun setakat stesen Mid Valley tu je laa😂
sabtu lepas anies ada urusan kat Pulau Sebang. jadi anies decide untuk naik Komuter je memandangkan tempat tu tak jauh dari stesen KTM Pulau Sebang.
lagi satu, anies tak pernah lagi naik Komuter ikut route ni since ia dibuka kepada orang ramai pada 2016. sebelum ni, pernah naik pun sampai Seremban je.
sebelum naik tu, dah check jadual perjalanan siap-siap. lately KTM banyak upgrade facilities, jadi secara tak langsung ia akan ganggu jadual perjalanan.
masa semak jadual, tertera kat situ: THIS SCHEDULE WILL TAKE EFFECT ON 23 AUGUST 2025. jadinya, waktu perjalanan akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada kerja-kerja naik taraf.
anies tiba kat stesen KTM Bandar Tasik Selatan (BTS) jam 6.25 pagi. pintu pun tak buka lagi. jadinya, better pergi kedai dulu beli roti dan air buat sarapan.
6.40 pagi anies dah masuk platform. ikut jadual, Komuter akan sampai jam 6.52 pagi. ramai juga penumpang pagi tu. once tren sampai, anies terus masuk koc wanita, duduk tepi tingkap dan layan scenery sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam.
Alhamdulillah, anies tiba kat stesen Komuter Pulau Sebang (Tampin) jam 8.50 pagi. oh ya... harga tambang sehala BTS - Pulau Sebang (Tampin) = RM12.90. boleh bayar guna kad TnG, kad debit atau apps KTM.
KTM Komuter. masa ni OTW balik and anies turun kat stesen Kajang...
koc wanita @ stesen BTS...
dalam koc...
short video... layan suasana kampung, bukit-bukau, hutan rimba, semak-samun etc. bila tengok suasana ni, terbit rasa bangga dengan negara sendiri...
satu-satunya stesen kereta api yang 'wujud' @ Melaka...
@ platform - stesen Pulau Sebang (Tampin)...
jalan-jalan @ pekan Pulau Sebang / Tampin
selesai semua urusan, anies luangkan masa merayau kat sini. last anies ke sini kalau tak silap pada 2018. masa tu kereta ada problem kat highway. nasib baik laa dah hampir dengan exit tol Alor Gajah.
jadinya, perlahan-lahan anies drive ke bengkel yang terletak kat Tampin. tu bengkel paling dekat yang anies jumpa. melayang jugalah $$ hari tu. tak apa laa... janji kami selamat tiba KL.
anies tak merayau jauh mana pun. sekadar 'jenguk-jenguk' perubahan yang berlaku kat sini serta gelagat orang ramai yang menyempurnakan urusan harian mereka pada hari tu...
Bandar Satelit Sebang. banyak kedai baharu kat sini. perkhidmatan seperti klinik, kedai serbaneka, dobi etc pun ada. di sebelahnya ada taman perumahan...
suasana pekan Pulau Sebang / Tampin👆👇 kalau nak tengok tempat ni 'meriah lain macam', datanglah sehari sebelum Aidilfitri... terasa hidup kawasan ni! well, bukan kat sini je. kat tempat-tempat lain (dalam Malaysia) pun macam tu juga. am i right?
short video @ pekan Pulau Sebang / Tampin...
dulu-dulu... nak cari stesen minyak kat pekan kecil macam ni, agak payah. kadang terpaksa pergi bandar besar baru ada stesen minyak. sekarang... sebelah-menyebelah je...
laluan depan kedai-kedai kat pekan... tak tahu laa kenapa... anies rasa macam... estetik sangat👆👇 kalau buat photoshoot kat sini sure kebabom!
simpang 3. ke kiri ➡ stesen kereta api Pulau Sebang (Tampin)...
pasar raya Mydin. masuk sini sebab nak lunch...
jenuh cari restoran dalam Mydin ni tapi tak ada yang penuhi selera. pilihan pun tak banyak. food court pun 'sendu' je. last last anies makan kat kahwin coklat Marry Brown. 👆 (set) nasi kari + ice lemon tea = RM8.90.
well... last korang ke Pulau Sebang / Tampin bila? ke... tak pernah sampai lagi?
that's all for today...
daaa
26 Words of Lo♥e
Beautiful photos! I love trains! Thank you so much for sharing.
ReplyDeleteRajin pulak Anies berjalan² kat situ ya. Sy tak reti dah nak naik mrt lrt atau segala keretapi, hihi. Naik bas pun dah tak pandai agaknya. Gesel kepala lutut.
ReplyDeleteRajin pulak Anies berjalan² kat situ ya. Sy tak reti dah nak naik mrt lrt atau segala keretapi, hihi. Naik bas pun dah tak pandai agaknya. Gesel kepala lutut.
ReplyDeletelast tahun lepas kot...sebab suami masih duduk di Melaka, linda naik dari Batu Caves terus sampai Pulau Sebang...balik kerja tu, memang kena cepat2 lah kejar train dekat BAtu Caves tu.
ReplyDeletethank you!
ReplyDeleteHari ni baru makan MB tapi makan bubur je.
ReplyDeletewah sonoknya naik komuter ke pulau sebang nikmati view indah sepanjang jalan
ReplyDeleteSronok sangatr naik KTM Komuter. Nak cubeee
ReplyDeleteThat nasi kari looks so tempting
ReplyDeleteRasa macam tak pernah sampai Tampin.
ReplyDeletei am in love with your photos!
ReplyDeleteKTM kalau naik santai-santai dan tak urgent memang best.
ReplyDeleteEsse lanchinho parece ser delicioso adoro chá Anies, feliz semana bjs.
ReplyDeletevery nice post
ReplyDeleteEs un lindo lugar. te mando un beso.
ReplyDeletePernah nak ke Melaka naik train, tapi tak jadi. Ini lah station nya di Melaka kan.
ReplyDeletesaya dah lama tak naik komuter. kawan baik nagn MRT je haha
ReplyDeletedulu2 naik KTM ni, ingat station terakhir kat sungai gadut je. ada lagi station lain rupanya
tampin pernah pi, tapi pulau sebang rasa belum sampai lagi.. pulau sebang tu bukan pulau kan?
ReplyDeletePertama kali dengar nama Pulau Sebang....macam ye rupanya...harap ada kesempatan untuk ke sana
ReplyDeleteTengok lantai mar-mar tu pun dah rasa cukup estetik!
ReplyDeleteTak pernah sampai lg.. sampai N9 pun hingga ke Nilai saja
ReplyDeleteApalagi saya, mungkin sudah sekitar 30 tahunan tidak naik kereta
ReplyDeleteKeretanya bersih ya
Spot kedainya juga cantik sekali
Saya ada plan sebenarnya kak, untuk road trip keliling Malaysia yg semenanjung. Yg Sabah Sarawak nanti terpisah. Sebab rasanya tak mungkin kliling Indonesia, besar sangat 🤣🤣🤣. Jadi Malaysia ajalah 😄.
ReplyDeleteTapi awalnya saya nak sewa mobil di sana. Cuma setelah baca bbrp saran, banyak bilang pakai train. Sebab train di sana dah cover ujung ke ujung kan?
Jadi rutenya nak dari paling ujung Utara, sampai ke arah selatan Johor. Dicover train tak?
ReplyDeleteTak pernah lagi sampai ke Tampin. Rajinnya Anies pergi berjalan2 kat situ.
ReplyDeleteSha tak pasti sama ada dah pernah sampai atau tak.. Ke lalu ja.. Huhuhu..
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆